CHAP 32

237 2 0
                                    

Semua angan Lia menjadi kenyataan. Jika dulu, dia hanya melihat suaminya romantik kepada Maria. Kini, dia merasai semuanya.

Suaminya memotongkan daging, meniup daging agar tidak panas. Lia hanya mengikuti rentak Haider.

"Can we talk after this?" Soal Lia dengan mulut penuh akibat disuap suaminya.

"About what?" Soal Haider yang merenung Lia. Comel dirasakan pipinya yang kembung dengan makanan.

"Everything..." Jelas suara Lia.

Selepas mereka makan yang agak berat pada awal pagi tadi. Kini, mereka berada di bilik bacaan.

Lia duduk di sofa, berhadapan dengan Haider.

"What do you want to ask, Sayang?" Soal Haider. Kakinya disilangkan.

"Kenapa awak suruh Yna buat macam tu dulu? Kenapa awak tak jadi kahwin dengan Maria? Kenapa awak ke sini? Kenapa awak beli perusahaan bakery?" Soal Lia, senafas.

Haider sudah tersenyum. Lia pula terkesima. Pertama kali melihat Haider senyum. Ya, dia rindu.. Dia merindukan suaminya. Namun, tak bermakna dia melupakan apa yang dilakukan oleh suaminya terhadapnya dulu.

"Banyak betul soalan Lia. Macam mana Abang nak jawab?"Kata Haider.

"We have a whole day... For you to answer my questions" kata Lia.

"Okay. Baiklah.. Soalan pertama, ya. Memang tidak dapat dinafikan, Abang jahat dulu. Sangat jahat. Sebab dendam, ego Abang dengan Lia. Sampai abang suruh Yna buat macam tu. Tolong maafkan Abang. Kedua, Abang tak jadi kahwin dengan Maria sebab Maria dapat tawaran model dan Abang bersyukur untuk itu sebab Abang tahu yang jalan cerita kita belum tamat Lia. Untuk soalan ketiga dan keempat, senang.. sebab Abang nak sokong apa yang isteri Abang minat. Tu je" kata Haider.

Lia diam...

"Macam mana Master tahu yang saya dah ada bakery.?" Soal Lia.

Haider senyum lagi. Gelaran Master masih sebati dalam diri Lia.

" Well, that's easy. From Tok Puan...and Puan Sally" kata Haider.

"Tok Puan... Dia sihat? Sophie sihat?" Soal Lia, perasaan rindunya terus menerjah ke sanubari Lia.

"Sangat sihat. Mereka harap Abang balik dengan isteri Abang ni" kata Haider, masih senyum.

"Macam mana pula Abang kenal Puan Sally?" Soal Lia.

"Well.. she my partner, right now" kata Haider.

"Partner. Rakan kongsi.. hemm patutlah.." kata Lia. Kemudian, Lia berfikir sesuatu. Jangan-jangan...

"Don't say... that pinjaman from Master? Betul kan? Pinjaman tu daripada Master? Ya Allah... Macam mana saya nak bayar ni. Ya Allah...." Kata Lia, sudah risau...

Haider sudah berdiri dan menarik Lia dalam pelukannya kembali.

" Kenapa nak risau pasal tu, Lia?" Soal Haider.

"Sebab saya pinjam duit Master. Dan, saya dah janji nak bayar balik dengan Puan Sally.. dan duit pinjaman tu daripada Master.." kata Lia.

"Consider it as my present to your, Lia. Sebab berjaya bangkit daripada kesedihan yang Abang sendiri buat. Kenapa nak risaukan bayaran balik kalau duit tu daripada suami awak, Lia" kata Haider, masih memeluk isterinya.

"I want to be a husband who always support you, whenever you want to be. Abang nak balas apa yang Abang dah buat dengan Lia. Abang minta maaf Lia. Betul, dulu Abang rampas segalanya daripada Lia. Masa depan Lia, kawan baik Lia, kerja Lia. Ya, Abang mengaku. Abang ialah suami yang paling teruk. Jadikan isteri sebagai orang gaji. Izinkan Abang baiki semua ini, Lia" kata Haider, tulus dari hatinya.

Lia menangis lagi.. begitu banyak yang dilaluinya.

"I'am sorry, Lia Ilysa" kata Haider memujuk Lia lagi. Diusapnya rambut pendek Lia.
********

"Maksud mommy, rupanya pinjaman untuk buka bakery ini daripada Haider?" Soal Alan.

Puan Sally menganggukkan kepalanya.

"You don't know. Apa yang Lia hadapi dekat UK. Jangan ingat dengan pinjaman ini. Lia akan berhutang budi. Kami boleb bayar balik lah pinjaman tu" Marah Alan.

"Kenapa anak mommy ni marah-marah?" Soal Puan Sally.

"Sebab Alan cemburu. Alan dah lama simpan perasaan dengan Lia, mommy. Alan yang ada dengan Lia, di saat dia bangkit daripada kesedihan yang Haider buat" terang Alan.

Puan Sally sudah terdiam.

"But Alan. Kita tak boleh masuk campur hal mereka , Alan. They still husband and wife.." terang Puan Sally.

"Biar mereka suami isteri. Sebab, Alan percaya. Haider akan lukakan hati Lia lagi... Dan, Alan akan pastikan Lia milik Alan" kata Alan.

"Alan.. please. Jangan macam ini. Mommy tak ajar Alan runtuhkan rumah tangga orang, Alan" kata Puan Sally.

"Selagi Lia dengan Haider, selagi tu Lia tak akan gembira, Mommy. Sebab Haider tak tahu menghargai Lia" kata Alan.

Puan Sally sudah terdiam.

"Bukan Alan atau Haider yang akan buat pilihan. Lia yang akan buat pilihan. Sama ada dia pilih Alan atau Haider. Dan, Alan akan pastikan Lia pilih Alan" janji Alan.

Puan Sally sudah terkesima dengan kata-kata Alan.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now