CHAP 40

179 3 0
                                    

"Mak.. Syidah tak boleh mengandung, Mak. Syidah malu tak dapat bagi pewaris dekat Mak dan Abang Luthfi" tangis Syidah.

Tok Puan pergi meluru memujuk menantunya, dia faham apabila seorang perempuan tidak dapat memberikan waris kepadanya. Dia takut dia akan diceraikan hanya kerana ini.

Namun, dia yakin anak lelakinya tidak begitu. Anak lelakinya sangat baik.

"Mak... Abang Luthfi akan ceraikan saya kan, Mak." Tangis Syidah lagi.

"Syidah... " Laung Luthfi. Dia mendengar semua yang dituturkan oleh isterinya, dia bukannya seorang yang begitu.

"Abang, maafkan Syidah." Tangis isterinya yang masih bersisa.

"Abang tak akan pernah ceraikan Syidah. Jangan risau sayang.. Kita boleh ambil anak angkat. Abang ada kawan dekat rumah anak yatim. Nanti kita pergi ye, sayang.. Tapi, dekat Malaysia. Nanti, kita ke sana. " Pujuk Luthfi.
*******

"Abang... Saya nak anak tu, boleh?" Soal Syidah.

Luthfi melihat budak yang dimaksudkannya. Seorang budak lelaki yang keseorangan sedang membaca buku di pangkin.

"Siapa nama dia?" Soal Luthfi kepada penjaga rumah anak yatim berkenaan.

"Owh.. Nama dia Hamzah. Dia memang macam tu, keseorangan." Kata Penjaga berkenaan.
*******

"Salam Tok Puan. Hamzah" kata Luthfi. Hamzah menyalam tangan Tok Puan.

"Apa Khabar, Puan..." Sopan Hamzah.

"Janganlah panggil Puan. Panggil Tok Puan ye" kata Tok Puan.

Dan, mereka menambah sedikit nama pada Hamzah dan meletak Haider. Inipun atas cadangan Tok Puan untuk menambah nama.
*******

Selang beberapa tahun, Syidah dan Luthfi mengambil seorang lagi anak perempuan. Haider senang dia akan mendapat seorang adik perempuan. Dia belum pernah merasakan mempunyai adik perempuan.
******

"Haider, jadi lelaki yang mengotakan janjinya. Faham?" Soal ayahnya. Haider menganggukkan kepalanya.

"Kalau kami ada berlaku apa-apa. Berjanji lah dengan ayah dan ibu. Kamu akan menjaga Sophie dan Tok Puan" kata Luthfi kepada anak lelakinya.

Haider menganggukkan kepalanya.
******

Hatinya sedih apabila dikhabarkan kedua ibu bapa mereka pergi meninggalkan mereka. Dan, dia akan berjanji akan menjaga Tok Puan dan Sophie.
**********
(Malaysia)

"Sophie tengok apa tu?" Soal Haider yang melihat adiknya belum tidur.

"Takdelah.. Tengah belek-belek album ni hah..." Kata Sophie.

Haider pergi mendekati Sophie. Sophie sedang membelek gambar mereka sekeluarga.

"Kalau ibu masih hidup. Dia mesti gembira dapat menantu macam Kak Lia. Walaupun, hakikatnya... ayah dah jodohkan Abang dengan Kak Maria" kata Sophie.

Haider hanya tersenyum.

"Dan, kita seharusnya bersyukur.. yang kita menghuni rumah mereka, Sophie. Ayah dan ibu sangat sayang dengan kita. Dan, tidak pernah menganggap kita sebagai orang luar" kata Haider.

Sophie sudah menangis. Dia rindukan ibu dan ayah mereka.

"Stop crying sister... Macam mana lah Abang nak pujuk ni.. Kalau dulu, boleh lah. Abang pujuk guna gula-gula. Sekarang dah besar, macam manalah Abang nak pujuk ni" kata Haider.

Sophie sudah terketawa.  Menipu jika dia tidak pernah mencintai Haider. Ya, dia pernah mencintai Haider dahulu. Namun, apabila dia bertemu dengan Lia. Dari hari pertama di UK. Dia tahu Lia untuk Abangnya, dan Abangnya untuk Lia.

Elaine di luar bilik menangis kegembiraan. Jikalau majikannya masih hidup, mereka akan menjadi satu keluarga yang gembira.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now