CHAP 30

258 2 0
                                    

Lia bangun awal. Ya, dia tidak dapat tidur memikirkan bahawa Haider akan datang ke bakery mereka hari ini.

Dia tahu Haider dan Maria tidak jadi berkahwin. Kerana, Haider membahaskan dirinya sebagai isteri kelmarin. Namun, dia ingin tahu kenapa Maria dan Haider tidak jadi kahwin.

Lia melilit tudung. Tidak dilupa rantai milik Haider dipakainya. Bagaimana dia ingin memberitahu kepada Alan mengenai berita ini. Dia takut.

"Follow with the flow, Lia. But, remember. Anggap orang asing. Ingat Lia.. Kejahatan Haider dulu." Bisik hati Lia.
********
Alan sampai ke bakery awal pagi. Dia membantu Lia bersama pekerja lain untuk mempersiapkan tempat kerana mereka akan kedatangan syarikat HH.

Bakery hari ini ditutup khas untuk ketua syarikat berkenaan. Lia masih gugup namun dia sedia upaya mengawal agar dia tidak gugup.

"Alan naik atas dulu tau. Bagitahu kalau bos syarikat tu sampai" kata Alan, naik ke atas.

Lia memastikan bakery mereka bersih dan kemas.

"Cik Lia, Mr Haider and Miss Elaine dah sampai.." bisik pekerjanya.

Lia melemparkan senyuman paling manis. Ya, mereka ialah tetamunya. Hal peribadi dan pekerjaan tidak boleh dicampur-adukkan.

Haider masih merenung isterinya dan dia tersenyum, rantai pemberiannya masih dipakai oleh Lia

"Puan Lia.. apa makanan yang awak nak sajikan kepada kami. Supaya kami boleh promosikan?" Soal Haider, mengawal keadaan agar menjadi lebih terkawal di antara mereka berdua. Dia tidak mahu Lia gugup hari ini.

Elaine senyum kepada Lia. Dia ingin sekali memeluk Lia. Hatinya rindu kepada gadis ini.  Syukur, dia mampu bangkit kembali daripada kesedihan dahulu. Makin bertambah cantik isteri majikannya ini apabila memakai tudung. Wajarlah Masternya tidak sabar bertemu dengan isterinya pagi ini.

"Sebelum itu, silakan duduk Encik Haider, Cik Elaine" tutur lembut Lia membawa mereka duduk di meja yang telah disediakan.

"Guys, semua boleh buat kerja masing-masing. Anyway, tolong panggilkan bos ye ke sini" terang Lia kepada pekerjanya.

Alan turun ke bawah setelah dipanggil oleh Lia. Ada seorang lelaki dan perempuan membelakangi dia. Alan mendapatkan Lia..

"Hai.. selamat datang ke..." Belum sempat Alan berbasa-basi, terkejut dian melihat Haider di sini.

"Haider? Kau buat apa dekat sini?" Soal Alan. Lia sudah diam. Dia tidak mahu perkara ini berlaku.

"Yalah.. aku datang nak tengok.. menu mana yang boleh dipromosikan. Bukan ke bakery Puan Lia ini menang?" Kata Haider kepada Alan.

Haider dalam hatinya berkata, "tiga tahun aku bagi peluang dekat kau, Alan. No more after this"

Alan sudah tercabar. Haider merenungnya tajam. Persekitaran di situ tiba-tiba dirasakan panas membahang dengan kemarahan daripada dua orang lelaki ini.

"Kalau kau datang sini, cuma nak sakitkan hati Lia. Baik kau balik.. " amaran Alan dengan suara kerasnya. Takkan dibiarkan Haider melukakan hati Lia lagi.

"Enough, Alan.. Haider... Alan, please... Make it professional.. kita kerja kan sekarang" kata Lia menghentikan mereka. Dia tidak suka perkara begini terjadi.

Alan bersetuju. Dia duduk di sebelah Lia. Haider sudah mula panas. Kedudukan isterinya dan Alan sangat rapat. Jika tidak kerana ada Lia, mungkin muka Alan sudah lama ditumbuknya.

"Baik Puan Lia. Ni cek, 10 ribu. Cuma, saya nak tanya.. resepi apa yang akan dipromosi oleh syarikat saya?" Soal Haider, merenung muka Lia. Tidak dipedulikan renungan Alan yang tajam kepadanya, kecantikkan isterinya lebih menarik perhatiannya.

"Rasanya Encik boleh rasa  pastri ni. Kami dah sediakan. Kalau ada berkenan, boleh lah tolong promosi kan" terang Lia kepada Haider, sedaya upaya dia tidak merenung Haider, semakin tampan dirasakan. Hatinya tidak berhenti berdegup kencang.

Elaine hanya senyum kepada Lia. Lia membalas senyuman Elaine.

Haider mencuba semua pastri yang dimasak. Dia suka..... Patutlah, ketika mereka bercuti di Pulau Bora-Bora dulu, Lia membaca buku kek. Ada kaitan dengan semua ini.

"Sedap... Saya minat. Elaine, i want this and this on our book. Okay?" Kata Haider. Elaine menganggukkan kepalanya.
*********

Hampir sejam mereka di sana. Mereka meminta diri. Haider keluar terlebih dahulu. Bukan kerana apa, takut kesabarannya hilang kerana sikap Alan kepada isterinya. Tinggal Elaine di situ. Dia mengambil masa sedikit untuk bersama Lia.

"Puan... Cantik Puan sekarang" kata Elaine memeluk Lia. Lia membalas pelukan itu. Ya, dia juga merindui Elaine.

"Awak pun.. nanti kalau senang-senang, datang lah sini ye" kata Lia.

"Semestinya. Okay lah, Puan. Saya pergi dulu ye. Puan Lia, Encik Alan" kata Elaine. Setelah bayang Elaine menghilang. Alan menanyakan sesuatu kepada Lia.

"What's going on, Lia?" Soal Alan.

"Ketua syarikat HH itu Haider." Tu sahaja penerangan Lia. Dia malas memanjangkan cerita.

"Shit....... " Alan sudah menyumpah. Agak sedikit menyesal dia menghantar Lia ke pertandingan.

"So, how's your feeling?? Towards him?"Duga Alan menanyakan hal tersebut kepada Lia.

"Alan, he's my history" terang Lia merenung Alan.

"But, he still your husband. Lia" bentak Alan, terus naik ke atas. Dia tidak suka dengan situasi ini.

Lia sudah terduduk. Kenapa Haider perlu muncul dalam hidupnya sekarang.
********

"Lia... Jom balik. Alan minta maaf pasal tadi" terang Alan. Dia mengakui kesilapan nya. Sepatutnya, dia tidak perlu masuk campur hal Lia. Cuma, dipastikan Haider tidak akan melukakan hati Lia lagi.

"Takpe Alan. Lia tak kecil hati pun. Err, Alan balik dulu tau. Lia nak buat resepi baharu kijap" kata Lia, menulis sesuatu di bukunya.

"Tapi... Nanti kalau Lia diekori macam dulu lagi, Alan risau" kata Alan.

"Jangan lah risau.. tu budak-budak pun belum balik lagi" kata Lia.

"Yelah. Hati-hati. Okay" kata Alan meninggalkannya.
*****

"Cik Lia, kami balik dulu ye" kata pekerjanya.

"Okay, hati-hati ye. Tinggal lah Lia seorang diri. Seperti biasa, dia mengemaskan bakerynya, menutup lampu, mengunci pintu bakery. Dia menuju ke keretanya.

Belum sempat dia mencari kunci di beg tangannya. Mulutnya ditekup oleh seseorang, pandangannya kelam. Kejadian ini sama seperti berlaku di hotel dahulu. Dia rebah namun dia rasa dia sempat ditahan sebelum badannya sampai ke tanah.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now