FINAL

355 4 0
                                    

"Ada nampak Lia tak?" Soal Haider, puas dicari isterinya.

"Eh, Haider. Ni Mommy baru je berborak dengan Lia tadi, entah dia ke mana" kata Puan Sally.

Haider mencari isterinya di dalam rumah, namun belum sempat dia ke atas, dia melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring di lantai.

"Ya Allah... Lia.." kata Haider, dia tidak harus panik. Dia menghubungi Elaine, dia tidak mahu majlis tergendala kerana mereka.

"Hello Elaine. Sediakan kereta di belakang laman, sekarang. Jangan panik. Lia pengsan. Ya.. kita akan ke hospital terus" kata Haider.

Dia mengangkat tubuh Lia berhati-hati. Kereta sudah disediakan dan Aaron pemandunya.

"Lia... Wake up sayang.. sayang..." Kata Haider masih mengucup dahi isterinya.

"Faster Aaron" keras suara Haider.

"Baik Master" kata Aaron, sedikit cemas namun dia harus mengawalnya.
*************

"Alhamdulillah.. selesai semuanya Tok Puan" kata Puan Sally ketika mereka sedang berehat. Majlis sudahpun selesai dengan kebanyakkan tetamu sudah beransur pulang.

Masuk pengantin baharu dengan muka yang berseri.

"Aahh Alan, jaga Sophie baik-baik ye" kata Tok Puan.

"Baik Tok Puan" kata Alan. Sophie sudah mencari kelibat Abangnya dan kakak iparnya.

"Ehh.. kijap, mana kak Lia dengan Abang Haider?" Soal Sophie. Dari tadi, dia tidak melihat kelibat dua insan tadi.

Telefon rumah sudah berbunyi, Tok Puan pergi mengangkat deringan tersebut.

"Hemm.. okay. Baik. Terima kasih" kata Tok Puan.

Tok Puan kembali kepada mereka dan berkata, "Lia dah dekat labour room sekarang. Dah, jom" kata Tok Puan, tenang.

"What??...." Jerit mereka bertiga.
******

Haider mundar-mandir di hadapan labour room. Dia belum memberitahu mereka mengenai Lia. Dia tidak mahu mereka risau.

"Haider..." Kata Tok Puan.

"Tok Puan, Sophie, Alan, Mommy" terkejut Haider apabila mereka semua sudah di sini.

"Siapa yang bagitahu...?" Soal Haider, pelik dia.

"Jangan nak sembunyikan sesuatu dari Tok Puan, ni Lia macam mana?" Soal Tok Puan.

"Masih lagi dekat dalam. Lamanya Tok Puan. Ni nak dekat berapa jam dah" risau Haider.

"Don't worry.. benda biasa" kata Tok Puan. Haider mendekati Alan.

"Sorry bro. " Kata Haider.

"Buat apa nak sorry. Lia lebih penting. Kan baby" kata Alan.

Sophie menganggukkan kepalanya.
*********

Mereka menunggu agak lama di situ. Haider sedikit kesian dengan mereka.

"Kamu pergilah balik dulu, kalau ada apa-apa Haider bagitahu, Okay?" Cadang Haider.

"Hemm yelah. Dah, esok pagi kita datang.." kata Tok Puan. Mereka mulai meninggalkan Haider.

Tak lama selepas itu, "are you Mr. Haider Hamzah, come.... See your wife" kata Doktor tersebut.

Gugup terus Haider. Dia melihat Lia sedang menyusukan anaknya.

"Sayang... Everything okay?" Soal Haider. Lia memandang suaminya.

"You make me worried you know.. But, terima kasih Lia.. terima kasih" kata Haider.

"It's Ardani Luthfi abang" kata Lia. Haider sudah menitiskan air matanya.

Lia menyerahkan anak mereka di tangan Haider.

"I am so proud, Lia. Terima kasih, sayang" kata Haider masih belum puas menatap muka anaknya.

"Macam muka Abang.. " kata Lia. Haider sudah tersenyum.

"Assalamualaikum Ardani Luthfi" kata Haider.
**********

"Mana anak buah Sophie?" Soal Sophie, dia yang paling bersemangat untuk bertemu dengan permata hati Lia dan Haider.

"Hai Kak Lia. Congrats" kata Sophie. Alan dan Puan Sally sudah tersenyum. Dia gembira.

Apatah lagi Tok Puan, "finally.... The Heir born" kata Tok Puan.

"Mommy gendong lah dia" kata Lia. Puan Sally mengendong cucunya lalu menyerahkan kepada Tok Puan.

"Cicit Tok Puan." Kata Puan Sally ketika menyerahkan cucunya kepada Tok Puan.

"Cicit Tok Puan.. " kata Tok Puan.

"Sophie nak panggil apa ye Abang.. Ardani Luthfi panjang sangat, Dani okay kut.. Dani.." kata Sophie.

Semua orang ketawa. Ya, Dani.
*********

Dani sudah berusia dua bulan lebih, banyak yang datang termasuk orang daripada organisasi.

Ketika itu, Lia sedang meletakkan Dani di dalam katil bayi.

"Lia penat?" Soal Haider. Lia mengelengkan kepalanya.

"Tak, Lia happy... Tapi, Lia tahu, anak kita.. hidup dia tak akan normal macam orang lain." Kata Lia.

"Kita akan berusaha untuk menjadikan kehidupan anak kita normal sayang.." kata Haider.

Lia melentokkan tubuh badannya ke dada Haider.

"Terima kasih sayang atas segalanya" kata Haider.

Lia merenung Haider. Jika dahulu, dia berkenalan dengan Hamzah, budak lelaki yang sama-sama membesar dengannya di rumah anak yatim. Sekarang, Haider ialah suaminya.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now