CHAP 11

221 4 0
                                    

Mereka bangun agak lambat hari itu.. Haider hanya berjalan tenang di ruangan pekerja. Semua pekerja melihat ke arah Master mereka. Pelik mereka kerana tidak pernah sekali pun Master mereka menjejakkan kaki di ruangan pekerja.

Sejurus beberapa minit, Lia keluar dan terus pergi menyiapkan kerjanya bersama Erma.

"Wehh.. Kau nak dengar cerita. Tadi, Master kita dekat sini. Entah Master buat apa dekat kawasan kita tu" kata Erma.

Lia diam, "Kenapa Erma. Awak ni cakap macam Master tak pernah pergi sini pun." kata Lia

"Memang pun Master tak pernah pergi sini. Paling-paling pun Elaine, Sophie, dengan Tok Puan yang jenguk kami tau" kata Erma.

"Mungkin... Dia saja kut. Eh maksud saya Master" kata Lia, terlepas dia membahaskan Haider "dia". Dia takut jika didengar oleh Haider, melayang lagi tamparan di mukanya. Cukuplah dulu.

"Mungkin lah. Dah jom sambung buat kerja" kata Erma. Mereka membuat kerja yang telah diarahkan.
******

"Master... Kopi" kata Lia. Haider hanya senyap dan diam. Sudah tiba masanya, dia menanyakan sesuatu kepada Haider. Perihal Maria.

"Master boleh saya tanya sesuatu?" Soal Lia, berani.

Haider diam lagi.

"Kalau Master dah nak kahwin dengan Cik Maria. Kenapa Master ambil risiko nak khawin dengan saya?" Soal Lia.

Haider terhenti membuat kerja, dia sudah merenung tajam Lia. Dia mendekati Lia. Senyuman sinis dilemparkan dan terus menarik rambut Lia.

Lia kesakitan.

"I am sorry Master. Please. It's hurt" kata Lia, air matanya sudah mengalir. Sakit cengkaman itu di rambutnya.

"Kau ingat Lia. Aku tak akan lepaskan kau selagi apa aku belum rasa puas. Kau siapa nak soalkan dengan siapa aku nak kahwin. Kalau aku nak kahwin sampai empat pun aku boleh. Kau takda hak nak soal aku. Ingat status kau. Faham?" Jerit Haider di telinga Lia.

Lia mengangguk. Dia rasa sakit. Cengkaman di rambutnya kuat. Menyesal dia menanyakan soalan tersebut.

"Maaf Master. Maaf... " Tangis Lia. Sakit dirasakan.

Haider melepaskan rambut Lia.

"Get out!!!" Jerit Haider.

Lia laju keluar dari bilik dan terus ke biliknya. Dia menangis lagi.

Sehingga dia tertidur...
*********
Haider sedang makan bersama keluarganya. Namun, apabila dia meneliti barisan orang gaji. Dia tidak melihat Lia.

Tok Puan dan Sophie perasan dengan Haider seakan kucing kehilangan anaknya. Tok Puan menghantar senyum kepada Sophie.

"What are you looking for, Abang?" Soal Sophie.

"No... Nothing" kata Haider. Pelik dia kenapa Lia tidak berbaris.

"Elaine mana?" Haider menyoal Sophie.

"Entah. Tak tahu.. Kak Elaine ke mana" jawab Sophie.
*******
(Bilik Lia)
"Puan demam ni? Mungkin perubahan cuaca" kata Elaine menyerahkan ubat untuk dimakan Puannya.

"Mungkin. Terima kasih Elaine. Terima kasih sebab baik dengan saya" kata Lia. Dia agak emosi apabila dia sakit.

"No need Puan. Puan ialah isteri kepada majikan saya kan" kata Elaine.

Jatuh lagi air mata Lia. Perkataan isteri itu begitu sensitif didengarnya.

"Walaupun awak tahu yang Master takkan iktiraf saya menjadi isteri Master.." kata Lia.

"One day Puan.. When Master realise that you are the one who can change Master. Believe me" kata Elaine.

Dia tahu perihal mimpi buruk Haider tidak lagi dialaminya apabila dia bersama Lia. Haider ada menceritakan kepadanya.
*****

Haider melihat Elaine yang baru sahaja keluar dari ruangan pekerja. Dia ingin bertanya mana Lia.

"Elaine? Mana Lia? Dia curi tulang ke apa? Aku pantang kalau ada curi tulang ni Elaine" kasar Haider, namun hatinya memang bertanya mana Lia. Satu hari dia tidak nampak.

"Owh.. Maaf, Master. Puan demam. Dia sedang berehat sekarang" kata Elaine.

Haider diam. " Lia demam" gumam hati Haider.

" Kau dah bagi dia makan ubat?" Soal Haider tiba-tiba.

"Dah Master" kata Elaine, senyum. Dia tahu Masternya akan merisaukan isterinya. Elaine berlalu terus meninggalkan Masternya.
******

Lia baru habis mandi, dia merasa kesejukan namun dia terkejut melihat sosok tubuh duduk di birai katilnya.

"Master... Maaf. Saya minta cuti hari ni. Saya demam. Maaf Master" kata Lia.

Haider berdiri dan melihat Lia.

"Pakai baju. Naik pergi bilik aku sekarang!" Arah Haider meninggalkan Lia.
*****

Lia memakai baju dan terus naik ke atas bilik Haider. Dia berdiri. Lia melihat Haider ditemani oleh seorang doktor.

"Sini, baring" arah Haider.

Lia mengikut arahan Haider. Dia diteliti oleh seorang doktor.

Selepas diteliti oleh doktor, doktor tersebut bercakap dengan Haider. Mereka keluar dari bilik itu.

Lia diam di katil. Lama-kelamaan dia tertidur kesan ubat yang dimakan tadi.
*******
"Cik Lia perlukan rehat yang cukup. Pastikan Cik makan ubat " kata Doktor tersebut.

"Baik.. " kata Haider.

Haider kembali ke bilik tersebut, dia melihat Lia sudah tertidur di katil.

Haider mendekati dan menekapkan tangannya ke dahi Lia. Panas dirasakan. Dia mengambil dan membasahkan kain dan meletakkan kain di dahi Lia.
********
Dia tersedar dan bangun. Dia takut akan keterlanjuran dia tertidur di bilik Haider. Kelihatan Haider sedang membuat kerja.

Lia cepat-cepat berdiri.

" Maaf Master, saya tertidur" kata Lia.

"Siapa suruh kau bangun? Tidur. Jangan bangun selagi aku tak suruh, kecuali kalau kau nak pergi tandas. Tidur" arah Haider, kasar.

Terhenjut bahu dijerkah begitu. Lia terus tidur dan menyorokkan badannya disebalik selimut. Dia menangis.
***

Sehabis makan, dia diarahkan makan ubat. Bila masa mahu tidur. Haider sudah disebelahnya..

Lia matanya semakin memberat dan dia tidur.

Haider melihat Lia. Tidak semena-mena tangannya naik mengusap rambut Lia yang menutup wajahnya.

"Tolong cepat sembuh, Lia" bisik Haider.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now