CHAP 20

258 4 0
                                    

"Tok Puan nampak tak Abang Haider, saya call dia tak angkat pun. Kahwin dah nak dekat. I miss him, Tok Puan" kata Maria di rumah Haider.

Sophie hanya tersenyum sumbing. Gatal merenyam. Belum khawin dah sibuk dengan Abang Haider.

Elaine juga menyembunyikan senyumannya. Jikalau benar, Haider akan berkahwin dengan gadis ini, alamatlah Queen Control. Elaine sudah dapat merasakan Maria sudah mula mengeluarkan perangai sebenarnya.

"Sabar lah Maria. Lagipun, bukan ke tak manis kalau kamu dengan Haider berjumpa. Nanti tak berseri dah pasangan pengantin baharu kita" nasihat Tok Puan.

Maria diam. Kemana menghilangnya Haider, dia juga tidak tahu..
*********
(Pulau Bora-Bora)

Lia sedang membelek buku resipi kek yang baharu dibelikan oleh Tok Puan. Ya, itulah janji kepada Tok Puan. Pulangnya dia di Malaysia. Dia akan belajar bakery dengan Puan Sally.

"What are you doing, Lia?" Soal Haider melihat isterinya yang memakai topi pantai, baju putih, skirt ungu. Cantik dirasakannya

"Nothing. Just want to bake some cake" kata Lia. Haider merampas buku dari tangan Lia. Lia sudah monyok.

"It's our precious time Lia. Nanti-nanti Lia boleh bakar kek" kata Haider.

"Tapi, takkan sama. Sebab kita dah bercerai" kata Lia.

Tersentak lagi Haider. Ya, menghitung hari lagi. Kenapa dirasakan penceraian mereka itu akan perit. Adakah Maria dapat menghentikan mimpi buruknya seperti Lia. Ataupun, Lia sahaja orangnya yang mampu menghentikan mimpi buruknya.

"Less talking, more action. Jom" ajak Haider masuk di dalam bilik mereka.

Jujur, hatinya takut kehilangan Lia. Namun, ego dan dendam. Semuanya bersatu.

Tulah sebab Haider membawa Lia ke sini. Untuk menikmati saat akhir mereka sebagai suami isteri.
**********

"Cantiknya...... " Kata Lia. Meja makan malam itu dihiasi dengan orkid liar. Haider memimpin tangan Lia menuju ke meja, dan mendudukkannya seperti seorang Ratu.

Lia senang dengan layanan Haider. Tapi, ya.. dia harus ingat. Perkahwinan mereka hanyalah suatu perancangan. Perancangan daripada Haider.

Mereka makan sambil pemain biola mengesekkan tali biolanya. Lia melihat ke arah pemain biola. Namun, Haider. Dia hanya melihat isteri dihadapannya.. Lia....

"Esok kita nak balik dah kan?" Soal Lia.

Terhenyak Haider. Ya... Esok mereka akan balik kerana lusanya Haider akan berkahwin dengan Maria.

"Can you do me a favor, Abang?" Kata Lia. Tiada lagi panggilan Master. Kini, hanya panggilan Abang.

"Say it, Sayang" kata Haider. Lia suka panggilan itu namun, ya... Hanya malam ni panggilan itu akan didengarinya. Selepas ini, tidak lagi.

"After this. Saya rasa kita dah seri. Kan?" Soal Lia.

"Ya... Abang maafkan sayang. Sayang maafkan Abang" tutur Haider dengan suara romantik.

"Janji dengan saya, jikalau selepas ini kita berjumpa.. Anggap sahaja kita tidak pernah kenal. Boleh?" Soal Lia. Namun, permintaan Lia menduga Haider.

"Kenapa ? Kenapa Sayang minta tu?" Soal Haider. Dia tidak rela menjadi orang asing kepada Lia.

"This is my favor. Lagipun, Abang diberikan dua pilihan. Lia atau Maria. Dan, Abang pilih Maria. Dan, Lia tak pernah kata apa pun. Cuma, Lia nak abang tunaikan perkara inj. Sekiranya selepas ini, kita berjumpa lagi. Anggap sahaja kita orang asing. Yang tidak mengenal antara satu dan yang lain" kata Lia, berkaca matanya.

Haider diam. Kenapa berat hatinya meninggalkan Lia. Kenapa dia perlu memilih Maria dahulu.

"Terima kasih sebab jadikan saya isteri Abang. Kalau saya ada salah dan silap. Maafkan saya Abang, Halalkan makan minum saya juga" kata Lia. Meraih tangan Haider. Menyalamnya lama...

Haider diam..

Lia bangun meninggalkan Haider.
**********

Ketika ingin tidur, Lia sudah diulit mimpi lena, namun tidak Haider. Dia memandng muka Lia. Lama.....

Masih terngiang-ngiang di telinganya permintaan Lia. Haider memeluk isterinya dan mencium ubun-ubun isterinya.

Doa Haider dalam hatinya agar dibukakan jalan supaya jalan cerita hidup dia dan Lia tidak berakhir di sini.
********
"Erma... Hai" kata Lia.

"Wehh Lia... Kau pergi mana? Empat hari tak nampak. Kau pergi mana arr?" Soal Erma.

"Takdelah... Sahaja ambil cuti. So, hari ni kita masak apa?" Soal Lia, gembira.

"Tu menu dah disediakan. Apa lagi, jom potong-memotong" kata Erma.
********
"Can your promise me, please take care this girl. Whenever she go, with whom, keeping eye on her. Can you do that?" kata Tok Puan sambil menghirup tehnya.

Sophie pula duduk bersebelahan dengan Tok Puan. Entah kenapa Tok Puan memilih orang ini untuk menjaga Kak Lia di Malaysia. Dia tidak sanggup. Dia takut.

"Consider it as done. I love my job. If Lia fallin in love with me. I hope jangan ada yang marah. Sebab I will make sure Lia is mine" kata lelaki itu.

"Jangan yakin sangat. Sebab, kamu bersaing dengan cucu lelaki saya. I know Haider will not give Lia to you" kata Tok Puan, seakan memberi amaran kepada lelaki di hadapannya.

"Tapi, bukan ke waktu tu mereka dah bercerai.. So, I'm still get many chances" kata lelaki tu, ketawa.

Sophie tidak sanggup... Dia tidak mahu perkara ini terjadi...

"But, you have to remember.... Haider cinta pertama Lia. Good luck with that" kata Tok Puan.

"I take it as challenges... Okaylah, saya nak kemas-kemas dulu..Terima kasih atas peluang ini. Byee" kata lelaki tersebut.

Sejurus sahaja lelaki itu pergi. Sophie sudah menarik muka monyok.

"Kenapa Tok Puan pilih dia.... " Kata Sophie, tidak puas hati.

"I know what I'm doing Sophie. Just enjoy this moment. Okay?" Kata Tok Puan.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now