CHAP 48

148 1 0
                                    

Maria mulai mendekatkan dirinya kepada Haider. Dia rindukan bekas tunangnya tu. Sangat rindukan. Baru sahaja tangannya ingin mengapai tangan Haider kerana ingin mengoda Haider.

"Abang !!!! " jerit Sophie. Maria terkejut. Haider juga. Namun, dia bersyukur Sophie sudah sampai, dia memang tidak biasa  berduaan dengan Maria.

"Sophie. terkejut Abang. Bagilah salam dulu" kata Haider. Maria sudah menjauhkan diri akibat terkejut tadi dengan suara Sophie.

"Sorry. Tadi, Kak Elaine bagitahu Kak Lia tak sihat. Terus, ingatkan Lia nak ke bakery. Tapi, Alan cakap Lia dah balik rumah. Tu yang Sophie cepat-cepat balik tu. Abang nak masak untuk Kak Lia ke, Sophie boleh tolong.." kata Sophie.

Maria sudah menyumpah dalam hatinya, "aishh.. budak ni. sibuk je"

"Eh.. Kak Maria pun ada lah. Nak sekali tolong ke kita orang masak?" soal Sophie. Maria sudah mencebikkan mulutnya.

"Hurmm. tak pelah. Akak masuk bilik dulu" kata Maria meninggalkan mereka. Sophie sudah tersengih.

"Uuu.. Nasib ada Sophie. Abang dah takut dah tadi, tau tak?" kata Haider.

"Syukur lah Bang. Lain kali, cuba berhati-hati sikit. Ingat Sophie tak tahu.. Sophie nampak tadi, Maria hampir nak sentuh Abang tau" kata Sophie.

"Sorry Sophie. Anyway, thanks..." kata Haider sambil tersenyum.
*******

Selepas sahaja Lia makan dan diberi makan ubat sekijap. Haider turun ke bawah. Kelihatan Elaine, Sophie, dan Maria menunggu Haider untuk makan bersama.

"Master, makan..." kata Elaine. Haider menarik kerusi untuk makan bersama. Namun, sedikit sahaja dia mampu telan. Dia risaukan Lia sebenarnya.

"Elaine, esok saya ada meeting penting ke? Sebab ingatkan saya nak cuti, nak jaga Lia" kata Haider.

"Maaf Master. Tapi, memang ada meeting penting. Dan, semua staf terlibat.." kata Elaine. Sophie pula muram. Ingin sekali dia menjaga kak Lia namun, dia juga terlibat dengan meeting esok.

"Tak payah susah-susah jaga Lia. Lia okay je ni" kata Lia, terkejut mereka bertiga.

"Lia dah sihat ke?" soal Haider mendapatkan isterinya.

"Sikit.. dah, abang makan ye. Lia tunggu. Jangan risau lah.. Lia dah besar dah pun. Pandailah Lia jaga diri esok. Okay? Jangan risau.." kata Lia.
***********

Keesokannya, semua mereka berangkat ke tempat kerja. Sebelum mereka berangkat ke tempat kerja.

"Eh.. Kak Maria pun ada hal ke?" soal Sophie melihat Maria terkocoh-kocoh keluar.

"A ah. Sophie. Akak pergi dulu ye" kata Maria. Namun, itu cuma helahnya, agar dia tidak tertangkap.

"Kalau ada apa-apa. Lia call tau" kata Haider. Lia menganggukkan kepalanya. Dia sedikit pulih namun masih memerlukan rehat.

Setelah mereka semua meninggalkan Lia. Lia terus berlari ke dalam bilik. Sakit kepalanya tiba-tiba menyerang. Lia menelan ubat dan terus tidur.
*******

"Maria... jangan paksa saya buat macam ni. Haider kawan saya Maria. Tolong.." tangis Aaron dalam kereta Maria.

Setelah dihubungi oleh Maria dan Maria mengugutnya untuk menyebarkan gambar kepada ibunya yang sakit jantung.

"Eh.. Aku suruh buat benda simple je pun. Lembab. Sekarang kau pilih lah. Kau nak buat ke benda ni, atau tidak. Pilih lah.. Kau nak ibu kau mati? Tengok gambar ni" ugut Maria.

Aaron sudah menangis. Dia kesiankan Haider dan Lia. Dia tidak sanggup memisahkan mereka berdua.

"Aku suruh kau tidur je dekat bilik Lia. Bukan suruh rogol pun. Tidur je, bodoh!" jerit Maria.

Aaron tersepit. Di antara ibu dan kawannya. Di mana kah pilihan Aaron?

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now