CHAP 62

125 2 0
                                    

" Mommy... Alan baru je dapat wassap dari Haider, Tok Puan dah bagi green light dekat kita nak minang Sophie. Alhamdulillah" syukur Alan.

Puan Sally gembira dengan perkhabaran ini. Akhirnya, anak teruna nya ini akan berkhawin.

"Kalau lah daddy masih hidup Alan.. Mungkin, daddy gembira dengan semua ini." kata Puan Sally.. Alan diam.

"Mommy... walaupun Mommy ialah mak tiri saya, saya tetap anggap Mommy ialah mommy saya. Mommy yang dah besarkan saya. Terima kasih Mommy" cium Alan di pipi Mommy.

Rahsia yang dipegang oleh mereka sekeluarga. Ketika daddynya masih hidup. Walau apapun yang terjadi, Puan Sally ialah ibu kepada Alan.

"Terima kasih Alan sebab selama ini anggap mommy sebagai ibu" kata Puan Sally.
********

Puan Sally masuk ke bilik apabila berbual dengan anaknya. Banyak yang perlu disediakan untuk meminang cucu Tok Puan ini. Lagi pula, Tok Puan bukan orang sembarangan.

Puan Sally melihat gambar mereka bertiga sebagai sebuah keluarga. Sekali lagi menitis air mata Puan Sally.

"Abang.. terima kasih " kata Puan Sally, sambil mengusap wajah suaminya.
******
Flashback.

"Saline... sudikah awak menjadi isteri saya, sekaligus menjaga anak saya. Mak dia meninggal dunia waktu melahirkan dia. Dan, Alan menjadi anak yatim. Abang takut abang tak mampu nak jaga dia Saline. Abang janji, abang akan cari anak Saline yang hilang tu" kata Encik Fikri.

Ketika itu, Saline kehilangan anaknya. Dia hampir menjadi gila kerana kehilangan anaknya akibat kecuaian dia sendiri. Dengan ketiadaan suami di sisi, Encik Fikrilah yang menjaga dia.. dan kehadiran Alan sebagai anak tirinya sedikit sebanyak telah menutup kesedihan akibat kehilangan anaknya.
*********

"Kringg..." Puan Sally terkejut dengan deringan telefon. Puan Sally mengangkat panggilan tersebut.

"Ya, saya... Saya Puan Saline. " sejurus sahaja Puan Sally bercakap. Bertambah terkejut dia dengan berita yang disampaikan oleh orang suruhan arwah suaminya yang sudah lama menyiasat kehilangan anaknya.

"Ya Allah... Alhamdulillah" kata Puan Sally menangis teresak-esak. Selepas sahaja telefon diletakkan, dia berlari menuju ke bilik Alan.

"Alan.... Mommy dah maklumat mengenai anak perempuan Mommy..." kata Puan Sally. Alan sudah senang... Dia memeluk ibunya. Senang dia dengan berita ini.
*******

Lia dan Haider duduk di kerusi lama. Ramai orang melihat ke arah isterinya dengan perut yang mulai kelihatan. Lia jadi tidak selesa.

"Abang... Lia takut, kenapa semua tengok Lia?" soal Lia.. yang mengerti bahasa yang dituturkan hanya Tok Puan, Elaine, dan Aaron.

"Nak je Abang tumbuk muka mereka ni satu-satu. Macam tak pernah tengok perempuan mengandung je" bisik Haider, dia mulai membuka kotnya dan menyelimutkan badan Lia. Dia sebagai suami tidak sanggup melihat tatapan mata orang-orang Tok Puan ini.

"How months the baby?" soal lelaki dengan loghat Britishnya.. Semua orang mengangguk. Seakan mereka tidak sabar menanti kelahiran anak ini.

"Three months, Master" kata Aaron bagi pihak Lia.

"Where is the father of the baby?" soal seorang lagi. Haider sudah berdiri.

"It's me. Why?" soal Haider..

"Hehehe. I remember this kid used to come here. Now, Master gonna be a dad.. I can't wait" kata orang itu dan ketawa diikuti oleh semua.

"Enough" tegas suara Tok Puan. Semuanya terdiam. Haider duduk kembali.

" Lia , Haider.. ada tugas yang kamu harus selesaikan.. Bagaimana ibu bapa Tok Puan dulu kena selesaikan tugas ini, kamu pun kena selesaikan tugas ini." kata Tok Puan. Haider sudah mengenggam erat tangan isterinya.

"Apa tugasnya?" soal Haider. Semuanya diam menantikan apakah tugasan yang akan dihadapi oleh Haider dan Lia.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now