CHAP 29

213 4 0
                                    

Lia diam. Berlawan pandang dengan Haider. Begitu juga Haider. Rindu yang menyesakkan hatinya selama tiga tahun akhirnya ditamatkan.

"Maafkan saya Tuan. Izinkan saya persembahkan kek saya. " Kata Lia membuat penerangan. Dia harus mengawal dirinya. Ini adalah pertandingan.

Dan, dia ingat janjinya. Mereka akan menjadi orang asing yang tidak pernah berkenal. Dia harus mengawal dirinya.

Haider pula mendengar apa yang diterangkan oleh isterinya. Dia tahu, Lia mengotakan apa yang dia janji kepada dirinya.. Menjadi orang asing apabila bertemu. Tapi, tidak akan dibiarkan. Lia miliknya.

"Silakan rasa, Master.. maksud saya Tuan" Lia mengigit bibirnya. Tersasul memanggil Master. Haider sudah mulai tersenyum. Gelaran itu digunakan oleh Lia.

Lia pula termalu sendiri, entah kenapa gelaran itu yang terkeluar daripada mulutnya setelah sekian lama. Mukanya sudah mulai memerah. Dia mulai mengigit bibirnya sekali lagi untuk menahan rasa malu kerana memanggil Haider dengan gelaran tersebut.

"Don't bite your lips, Puan Lia.... " Kata Haider merenungnya.. Merah bertambah muka Lia ditegur begitu.

"How should i cut this? " Soal Haider. Dia mahu isterinya dekat kepadanya. Dia mahu merenung muka isterinya dengan lebih dekat. Sengaja dia begitu, agar isterinya datang kepadanya.

Lia menuju ke arah Haider, Lia memotong kek berkenaan dan menghidangkan kepada Haider. Mata Haider tidak lepas dari memandang Lia.

"I miss you, my wife" bisik Haider. Lia hanya diam. Dia hanya memotong kek itu. Hatinya berdegup kencang. Gelaran 'wife' digunakan oleh Haider menjadi tanda tanya. Adakah dia masih isteri Haider?

"Jemput makan, Tuan" kata Lia. Memandang muka Haider. Mereka diam lagi. Hanya pandangan mata yang bersuara melepaskan rindu.
******

"Kita menjemput tuan empunya syarikat untuk memberikan sepatah dua kata sebelum mengumumkan pemenang pada hari ini" kata pengacara majlis.

Naik Haider dengan berwibawa. Gadis - gadis tidak habis memuji ketampanan Haider.

Lia diam, merenung brosur.  Syarikat HH merujuk kepada Haider Hamzah. Lia menepuk dahinya. Kenapa dia tidak perasan mengenai itu.

"Saya membeli perusahaan bakery ini untuk menyokong minat seseorang yang lama saya tunggu. Saya mahu menyokong dia. Dari segala segi dan berharap bahawa dia sudi bersama saya kembali" kata Haider sambil merenung Lia yang duduk di kerusi peserta manakala Lia pula tersentak. Seakan kata-kata itu ditujukan kepadanya.

Gadis-gadis di bawah pentas menjerit kesukaan, berharap mereka gadis yang dimaksudkan. Namun, Haider berharap Lia menyedari bahawa ayatnya sebentar tadi untuk dirinya. Yang ditunggu selama tiga tahun lamanya.

Lia diam. Haider merenungnya, seakan di dalam dewan itu, mereka berdua yang menghuninya.

"Don't ever runaway again, my wife" gumam Haider.
*********

"Tahniah Lia.. Alan dah agak dah Lia menang" kata Alan gembira ketika Lia sudah balik dari rumah.

Dia tiada mood. Dia tahu selepas ini dia akan kerap berjumpa dengan Haider.

"Alan. Lia masuk tidur dulu tau." Pamit Lia masuk ke biliknya. Pelik Alan dengan sikap Lia.

Lia menangis di katil.

"Why you here, Haider?" Soal Lia sambil menangis.
******
Flashback (Menerima hadiah)

"Tempat pertama jatuh kepada Lia Ilysa" umum pengacara majlis berkenaan. Naik Lia ke pentas. Dia tidak gembira.

Dia tahu ini alasan untuk mereka kerap berjumpa, ketika ingin mengambil hadiah.

"You deserve it, sayang... Congrats. I miss you, Lia, don't ever run again, sayang.." bisik Haider ketika menyerahkan hadiah. Perkataan sayang itu menjentik tangkai hati Lia.

Namun, Lia hanya diam.
********

"Please go, Haider. I hate you" bisik Lia sehingga dia tertidur.

*******
(Rumah Haider)

"Esok, kita ke bakery Lia." Kata Haider kepada Elaine, ketika itu Haider duduk di sofa sambil merenggangkan tali lehernya. Dia gembira hari ini. Sangat gembira. Dia membuka telefonnya dan melihat gambar Lia yang ditangkapnya secara sembunyi.

Dia tahu Lia tidak senang dengan perjumpaan mereka kali ini. Kerana, Haider tahu... Lia akan membencinya dan menggangapnya sebagai orang asing, seperti mana janjinya dahulu.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now