CHAP 44

154 2 0
                                    

"Siapa Aaron tu?"soal Lia sambil mengikat tali leher suaminya.

"Aaron? Hehehe. Dia tu kawan Abang dengan Alan juga, cuma dia kerja lain, kerja pilot. Tapi, kami satu sekolah dulu" kata Haider.

"Dekat UK, Lia tak pernah jumpa dia pun. Tak pernah pergi rumah Abang pun" kata Lia.

"Yelah. Orang kerja pilot. Kalau pun dia cuti, mesti dia nak rehat. Lagipun, dia bukan tinggal dekat sana. Dia dekat sini. Malaysia. Sekarang, dia tengah cutilah tu" kata Haider.

"Dia single lagi kan?" Soal Lia.

Haider sudah pelik. Banyak betul pertanyaan isterinya mengenai Aaron.

"A ah, dah kenapa Lia tanya pasal Aaron. Tanya lah pasal Abang pula. Abg cemburu lah, orang rumah tanya pasal lelaki lain.. " Rajuk Haider dengan muncungnya.

Lia hanya ketawa.

"Buat apa nak tanya pasal Abang, yelah.. Lia tanya ni, mana tahu boleh kenenkan dia dengan Maria" cadang Lia.

"Ye tak ye juga. Bijak juga isteri Abang ini..." Kata Haider, mencubit pipi Lia.
*****

Mereka semua sudah bersiap ingin ke tempat kerja masing-masing. Sophie dan Elaine akan mengikuti Haider manakala Lia akan ke bakery.

"Errr.. Haider, boleh tak I nak ikut juga. Bosan dekat rumah lah" kata Maria.

"Eh, Akak Maria tak kerja ke? Katanya ada kerja dekat sini?" Soal Sophie.

Maria sudah terdiam.

"Err... Klien belum call akak lagi. Jadi, sementara tu.. boleh tak I nak ikut you pergi ke tempat kerja?" Soal Maria.

"Maria nak ikut saya tak, pergi bakery. Jom lah.." ajak Lia.

"Err.. I tak minat lah bakery-bakery. Boleh tak kalau I nak ikut suami you pergi pejabat?" Soal Maria.

Lia sudah terdiam. Haider apatah lagi. Kenapa perlu Maria mengikutinya ke pejabat.

"Err... Tak pelah. Maria ikut lah Abang.. " kata Lia, Haider sudah merenung tajam muka isterinya.

Maria sudah menjerit suka.
*******

"Kenapa pula suruh Maria ikut Abang?" Soal Haider di dalam kereta.

Teringat sebelum menaiki kereta, Maria ingin mengikuti kereta Haider. Nasib baik ada Sophie dan Elaine menghalangnya dan memaksa Maria menaiki kereta mereka.

"Sebab, Lia tahu Sophie dan Elaine takkan biarkan Cik Maria Abang tu, buat benda yang tak elok dekat Abang" kata Lia.

"Owh.... Cik Maria Abang ye. Kijap ye" kata Haider sambil mencapai telefonnya. Dia menghubungi seseorang.

" Hello. Alan, kau cutikan isteri aku hari ini. Kita orang nak buat baby. Okay.. terima kasih Alan, bye" kata Haider, mematikan telefon.

Lia sudah terkejut.

"Apa pula hari ini cuti? Tak adil lah. Kesian Alan tau tak?" Kata Lia, tidak berpuas hati.

"Siapa suruh usik Abang lagi, kata Cik Maria Abang lah. Dah hari ini, kita cuti.. esok baru pergi kerja" kata Haider.

"So.. kita nak ke mana?" Soal Lia.

"Hotel berdekatan. Hehehehe" sengih Haider.

Lia sudah mendengus kegeraman. Lain kali, dia tidak mahu mengusik suaminya lagi. Gara-gara itu, dia dipaksa cuti oleh suaminya.
*******

"Haider mana?" Soal Maria di bilik pejabat Sophie. Naik muak Sophie mendengarnya.

"Sophie, mana Haider. Dah tiga jam tak masuk pejabat ini?" Soal Maria.

Sophie sudah geram.

"Akak ni, lain kali kalau macam ni, baik akak dekat rumah je. Asyik nak jaga Abang Haider je kerja." Kata Sophie.

Maria menyabarkan dirinya, ingin ditamparnya Sophie namun jika dia buat begitu. Dia akan berhadapan dengan Haider.

"Maafkan Akak, Sophie" kata Maria, terus mencapai majalah dan membacanya.

Elaine masuk membawa file.

"Cik Muda, saya nak minta tandatangan ye. Sebab, Master.. dia cuti hari ni" kata Elaine.

"Pula dah... Abang... Abang" kata Sophie.

Maria yang mendengar sedikit muram. Mungkin dia mengambil cuti untuk tidak bertemu dengan Maria di pejabat. Dia geram. Rancangan nya tidak menjadi kali ini.

"Dah lah.. kalau macam tu Akak Maria nak balik lah. Bosan" kata Maria terus mencapai beg tangannya.

Sophie dan Elaine hanya memerhati langkah Maria.

"Tu lah gedik sangat nak ikut. Kan, dah bosan.. nasib saya bersabar kak. Kalau tak, malam ni juga saya suruh kak Maria balik UK" kata Sophie.

"Sabar Cik Muda..." Kata Elaine, menyabarkan Sophie.
*******

Maria sedang menekan telefonnya. Dia harus merangka perancangan yang teliti.

"Auch... Hey, are you blind?" Teriak Maria kepada lelaki yang melanggarnya. Nasib baik telefonnya tidak jatuh ke tanah.

"So sorry Miss. Eh, you ni Maria kan?" Soal Aaron. Tak sangka dia berjumpa dengan Maria.

"Eh... Aaron.. err..." Tergamam sedikit dia apabila dia terjumpa dengan Aaron.

"So sorry sekali lagi Maria.. Awak nak pergi mana ni?" Soal Aaron.

Maria melihat penampilan Aaron hari ini, sangat santai.

"Err.. takde, I bosan. Nak jalan-jalan sebenarnya." Kata Maria.

"Errr.. kalau you tak keberatan, jomlah sekali...  I pun nak jalan-jalan ni" kata Aaron.

Maria tersenyum. Kenapa dia merasakan Aaron boleh membantunya menjayakan rancangannya.
*****

Setelah habis mereka shopping dan sebagainya. Maria senang, bukan apa. Semuanya dibelanja oleh Aaron. Dia suka.

"Terima kasih Aaron dah belanja I, susah-susah je you ni" kata Maria.

"Takpe.. lagipun, gadis cantik macam you. Belanja banyak mana pun, I tak rugi" kata Aaron memulakan langkah untuk mendekati Maria.

Maria sudah tersipu malu.

"Anyway.. you free tak malam ni?" Soal Maria, dia perlu perangkap Aaron supaya Aaron akan melakukan sesuatu untuknya.

"Free.. why?" Soal Aaron.

"I nak minta tolong lah. Kalau you sudi tolong I" kata Maria dengan senyuman manisnya.

Aaron sudah terkesima.

"Anything for you... Maria" kata Aaron.
******

"Apa? Sophie ingatkan abang Haider je yang cuti. Lia pun ?" Soal Sophie di telefon bersama Alan.

"Yelah... Apa kata Haider, mereka nak buat baby. Tak malu betul abang Sophie tu" kata Alan.

"Takpe lah. Kalau baby, tak pe. Hehehe. Biarlah mereka, abang Alan. Abang Alan kerja baik-baik dekat sana tau. I love you" kata Sophie menutup panggilan.
******

"Baik... Ikut je apa perempuan tu nak. Tapi, jangan sampai tertangkap. Faham?" Soal Tok Puan.

Lelaki tersebut memutuskan panggilan.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now