CHAP 4

213 3 0
                                    

Lia duduk di bangku batu berhadapan tasik. Selepas puas menangis. Bosnya membawa dia ke sini untuk menenangkan fikiran.

"Dulu Bos, saya ada kawan lelaki" kata Lia, dia ingin meluah.

Haider diam mendengar.

"Nama dia Hamzah.. kami kawan baik dulu. Dia selalu tolong saya. Dulu, dekat rumah anak yatim. Kalau ada je masalah, dia yang akan mengaku salah sedangkan yang buat salah tu saya. Tapi, saya bodoh.. sebab tak ingat langsung segala jasa baik dia." kata Lia.

Haider terus merenung muka Lia.

"Dulu, ada orang selalu buli saya. Hamzah lah orang yang selalu bantu saya. Tapi, ada satu hari tu..." Belum sempat Lia bersuara, dia menangis lagi.

Haider mencapai tangan Lia.

"What happen?" Soal Haider.
********
(Flashback)

"Hamzah, jomlah mandi sungai..." Kata Lia.

"Tak nak lah. Nanti bonda marah. Lagipun, saya tak pandai berenang" kata Hamzah.

"Alah.. marilah.. Lia pandai berenang" kata Lia lagi, memaksa.

"Okay.. tapi, kita mandi dekat tepi je tau" kata Hamzah.

Mereka pergi ke sungai. Lia dengan sikapnya yang degil pergi ke tempat deras.

"Lia... Jangan pergi sana." Marah Hamzah, ketika itu umur mereka 14 tahun.

"Alah.. Hamzah ni penakut lah. Marilah sini. Jomlah" kata Lia.

Hamzah sudah pergi ke arahnya namun, tidak semena-mena Hamzah lemas. Kakinya kejang.

"Lia... Lia... Lia... Tolong.. " kata Hamzah, dia tidak pandai berenang.

"Tak nak lah. Pengecut lah Hamzah ni. Bye... Lia naik dulu" kata Lia.

Hamzah terdiam. Kenapa Lia meninggalkannya.

Nasib Hamzah dapat menyelamatkan dirinya, sebaik tiba dia di rumah anak yatim. Warden sudah menunggu di depan pagar. Terlihat Lia dan kawan yang suka membulinya di hadapan pintu pagar.

"Tu, ayah. Dia pergi mandi sungai" tuduh Lia.

"Lia. Awak tipu. Tak ayah. Saya tak mandi sungai. Lia yang ajak saya" Hamzah cuba membela dirinya.

Warden sudah mengambil rotan.

"Saya banyak kali cakap dengan semua. Jangan mandi sungai. Kalau awak lemas macam mana. Sini.. " telinga Hamzah sudah ditarik.

"Ini peringatan kepada semua. Inilah padah kalau nakal dan degil macam Hamzah ni" kata Warden terus melayangkan rotan di telapak tangannya.

Hamzah menyesal mengikut kata Lia. Dia diketawakan oleh semua rakannya. Sejak episod itu, semua tidak mahu berkawan dengannya. Entah apa yang dihasut oleh Lia dan kawan-kawan yang lain. Dia pelik kenapa Lia boleh berubah. Tapi, yang dia sakit hati. Lia ialah orang yang berkali-kali diselamatkannya namun kini berpihak kepada rakan yang pernah membuli mereka dahulu.

Dia keseorangan, dan dia pernah murung. Dia tiada kawan. Dia tiada tempat meluah apa yang dia rasa. Jika dulu ada Lia sebagai kawannya, ingatkan Lia lah kawannya namun semuanya dusta. Dia berdendam dengan semuanya terutamanya Lia.

Menjangkau umurnya 16 tahun. Dia diambil oleh ibu dan bapa angkatnya.

Dan, rupanya kedua ibu bapa Haider ialah orang yang belum mempunyai anak dan selang beberapa tahun mereka mengambil lagi seorang anak perempuan yang bernama Sophie.

Sehingga kedua ibu bapa mereka meninggal dunia, mereka dijaga oleh Tok Puan.

Sehingga kini, nama Hamzah sudah tiada. Dia menggunakan nama Haider.
*************
(Kini)

"Kalaulah saya boleh jumpa Hamzah, saya cuma nak cakap yang saya kena paksa buat macam tu.. Saya takut saya kena buli. Sebab, saya ingat Hamzah tidak akan selama-lamanya lindungi saya" luah Lia.

Haider diam. Di hatinya masih sakit. Namun, ditahan. Dendam ini akan terbalas. Cepat atau lambat.

"Saya ni jahat kan bos?" Soal Lia.

"Saya tak berani nak komen Lia. Lagipun tu masa lalu awak, anyway.. awak dah pernah jumpa Hamzah?" Soal Haider.

Lia mengelengkan kepalanya.

"Kalau awak jumpa dia, awak nak buat apa?" Soal Haider.

"Saya minta maaf dekat dia. Sampai dia maafkan saya" kata Lia.

"Kalau dia tak maafkan awak macam mana?" Sola Haider, riak wajahnya berubah. Lia pula takut.

"Dahlah Lia. Tak payah fikir sangat. Dah jom." Kata Haider.

"Bos... Keep this secret " kata Lia.

Haider menganggukkan kepalanya.
********

"Lia.. Lia.. tolong saya.. tak.. ayah saya tak salah. Jangan ketawakan saya. Lia, saya cuba lindungi awak. Awak tak balas. Jangan ketawakan saya" racau Haider.

Elaine pergi mendapatkan Masternya di bilik. Masternya bermimpi lagi. Dari usia dia diambil sehingga sekarang. Mimpi itu datang lagi.

"Master.. master... Master..." Elaine mengejutkan masternya.

Haider membuka mata, peluhnya merecik di dahi. Mimpi itu datang lagi. Dia dibuli oleh budak pembuli hanya kerana Lia.

"Master okay? Bad dreams?" Soal Elaine.

Haider menganggukkan kepalanya.

"Elaine.. you gonna help me.. now!" Kata Haider.
*********

Lia sedang menaip sesuatu di komputer. Entah kenapa dia teringatkan bosnya yang baik. Adakah dia jatuh cinta, dia tidak pasti.

"Cik Lia..." tegur Elaine.

"Owh .. Cik Elaine. Ye, ada yang boleh saya bantu?" Soal Lia, ramah.

Elaine sudah tersenyum.

"Err... Bos panggil di bilik dia. " Kata Elaine.

Lia mengangguk dan membawa buku nota di tangannya. Pintu diketuk sebelum masuk.

"Ye.. Masuk" kata Haider.

Masuk Lia membawa bukunya.

"Ada apa bos?" Soal Lia.

"Lia... Boleh teman saya tak malam ni.. ada makan malam di hotel. Saya belum ada pasangan" kata Haider.

"Tapi..... Kenapa pula saya bos?" Soal Lia, pelik.

"Masalahnya, dekat sini, selain Elaine, Yna, awaklah perempuan yang saya kenal" kata Haider.

"Tapi. Bos..." Kata Lia namun cepat dipotong oleh Haider.

"Please.. tolong lah." Kata Haider, berharap.

"Baiklah bos. Baju apa  malam ni?" Soal Lia.

"Pasal baju jangan risau. Nanti saya suruh Elaine hantar dekat rumah ye, petang ni. Malam dalam jam 9 saya ambil awak. Terima kasih Lia" kata Haider.

Tu sahaja kata-kata dari Haider. Lia keluar dari biliknya.
*********

"Master, inikah baju untuk Lia?" Soal Elaine.

Elaine melihat baju ini sangat seksi. Hitam, berkilauan namun hanya paras paha. Dia yakin Lia tidak akan memakainya.

"Just give it to her, Elaine. Don't disobey me" kata Haider.

Dia perlu rancangan jahat ini. Memerangkapnya sehingga Lia terduduk dan tiada siapa membantunya.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now