CHAP 13

214 3 0
                                    

Lia membuka pintu dengan sekuat hatinya. Penat dia menjerit tadi sehingga sakit tekaknya. Berharap agar ada yang mendengar. Namun, tiada siapa..
Dia melihat jam di pergelangan tangannya menunjukkan yang hampir menunjukkan jam 9. Dia kelaparan, ketakutan dan kepenatan.

"Takkan lah dia lupakan aku atau aku dihukum oleh Haider, ke dia memang nak aku mati?" gumam hatinya.

Lia diam. Nasib ada lampu menemaninya. Dia rasa sejuk. Aicond yang dipasang sudah mulai menyucuk tulangnya. Dengan tidak makan. Dia lapar.

"Why you do this to me Haider. I tired of this. Saya dah cukup merana, awak. Sampai bila awak puas? " Kata Lia sambil dia berbaring di lantai bilik itu.

Lia berfikir, adalah lebih baik dia meminta cerai daripada dia didera secara fizikal dan mental. Dia tidak kisah lagi. Dia boleh mulakan dari semula. Dia mulai memasang angan untuk lari dari semua ini sehingga dia tertidur.
*******

"Abang... Kenapa Abang tinggalkan Kak Lia?" Sophie sudah menangis. Dia ingin marah dengan abangnya. Bagaimana dia boleh melupakan Lia.

Mereka berlari ke arah bilik file. Haider sudah berhabis menyumpah dirinya atas kecuaian dirinya. Kenapa dia boleh terlupa Lia dikuncinya di bilik itu.

Dia membuka bilik file yang sudah dikemaskan dan terkejut melihat Lia sudah terbaring.

Haider dengan laju memberi haba kepada Lia dengan memeluknya. Dia mula risau

"Lia... Wake up. Please. Lia... I'am sorry" kata Haider, mengoncangkan tubuh Lia. Dia mengambil kotnya dan menyelimut badan Lia.

Lia membuka matanya dan melihat wajah Haide yang dekat dengannya, Sophie yang sedang menangis, dan Elaine yang risau.

"I'm hungry" kata Lia. Itu perkataan pertamanya. Ya, dia lapar.

"Yes... I know. I'm so sorry Lia " Kata Haider terus mencempung badan Lia. Sophie dan Elaine hanya menurut langkah Haider.
******

Sampai sahaja di rumah, Lia diberikan makan dan merasa sudah sedikit pulih daripada yang tadi. Sophie masih lagi menangis.

"Come here, why you crying?" Pujuk Lia. Sophie terus memeluk Lia.

"Saya risau. Nasib Kak Lia takda apa-apa" kata Sophie masih menangis di bahu Lia.

Haider pula menyandarkan dirinya di tepi pintu. Dia masih menyumpah dirinya yang meninggalkan Lia. Kecuaiannya. Dia mengambil keputusan untuk tidak membenarkan lagi Lia ke sana. Biarlah dia di rumah menjadi orang gajinya. Haider hanya diam memerhati Lia.

"Nasib Puan takda apa-apa. Dah jom Cik Muda. Puan mesti nak rehat tu" kata Elaine. Dia yakin Masternya perlu masa untuk menjelaskan kepada Lia.

Sophie terus meninggalkan Lia begitu juga Elaine. Sebelum meninggalkannya, sempat Sophie memberi amaran kepada Haider,

"I hope this will be last you doing this to Akak Lia. If not, I will hate you. " kata Sophie kepada Haider. Haider terdiam dengan kata-kata Sophie.

Sejurus mereka ditinggalkan. Lia sudah membuka mulut. Dia ingin meminta cerai.

"Boleh saya nak minta sesuatu Master?" Kata Lia merenung mata Haider.

Haider merenungnya tajam menanti ucapan Lia.

"Lepaskan saya Master. Saya sudah cukup sengsara. Tolong ceraikan saya" kata Lia sambil air mata mengalir di pipinya.

"For you, not for me. Aku belum puas" kata Haider terus menindih badan Lia. Lia sudah mulai menangis teresak-esak.

"Bila Master puas?" Soal Lia sambil air matanya laju menitis.

"Aku sendiri yang tentukan" kata Haider terus mencium leher Lia. Dia risaukan Lia. Menipu kalau dia tidak risaukan Lia. Dia risau dan tertekan. Melihat lagi air mata Lia dan kemahuan Lia. Entah mengapa dia tidak sanggup melepaskan Lia.

Dan, malam itu pertama kalinya Lia dibelai dengan penuh kasih sayang, bukannya seperti malam-malam sebelumnya.
********
(Pagi)
Lia membuka matanya, terkejut dia apabila dia melihat Haider sedang memandangnya.

Lia bingkas bangun namun dia terlupa yang dia tidak berpakaian. Dia kembali menyembunyikan dirinya dalam selimut.

Haider sudah tersenyum. Dia bangun dan mencapai tuala. Sempat dia bersuara.

"Tu pun nak malu ke? Aku dah tengok lebih lah" kata Haider terus masuk ke tandas.

Lia memakai bajunya semalam dan turun menuju ke biliknya.

Erma menyapa Lia.

"Eh Lia, semalam kau takda dekat bilik pun. Kau tidur dekat mana semalam?" Soal Erma.

Pekerja yang lain sudah mulai melihat ke arah Lia.

"Saya... Er... Saya" belum sempat Lia berkata, Elaine sudah masuk campur.

"Lia tidur dekat bilik saya. Kenapa? Dah buat kerja." Arah Elaine kepada pekerjanya. Laju terus pergerakan Erma selepas ditegur oleh Elaine.

"Puan dah sihat?" Soal Elaine tidak mahu didengar oleh orang lain.

"Dah" kata Lia, senyum.

"Anyway, Master pesan. Hari ni kerja macam biasa je. Okay? No need to go to office" kata Elaine.

"Okay...Baguslah tu. Lagipun, saya macam takut dah nak ke pejabat sana. Hehehe" gurau Lia.

"You don't know how worried me and Cik Muda. Also Master" kata Elaine. Ya, dia ingat semalam risaunya Master kepada Lia.

"Master risau? Hahaha. You must be mistaken. Master lagi suka kalau saya sengsara, Elaine" kata Lia meninggalkan Elaine.

Elaine diam.

"Tak Puan. I know my Master very well. He afraid losing you" kata Elaine dalam hatinya sambil melihat Lia sudah masuk ke biliknya.
*********
Lia berbaris dalam barisan orang gaji. Melihat mereka sekeluarga sarapan pagi.

"Ahh. Haider, hari ni tak ajak Lia ke office ke?" Soal Tok Puan.

"Tak Tok Puan. Dia lebih sesuai kerja dekat sini. Belum layak lagi dia kerja dekat office" kata Haider terus merenung Lia dengan senyuman sinis.

Lia diam. Sakit hati? Ya, itulah perasaannya. Namun, dia sudah lali dengan semua ini.

Dari hari pertama dia mengahwini Haider. Dia tidak akan dibenarkan merasa gembira.
**********

Lia mengemaskan mini office kepunyaan Haider.

Sambil dia mengemas, dia sempat melihat gambar-gambar di atas mejanya dan dia tertarik dengan gambar dia di rumah anak yatim. Masih dia simpan.

"Doa saya pada awak, dari dulu sampai sekarang. Semoga awak bahagia walau di mana awak berada, Hamzah" kata Lia.
**********

Selesai dia mengemas di atas, dia ingin masuk ke biliknya. Sedang Lia masuk ke biliknya. Dia dikejutkan oleh sesuatu.

"Happy birthday, Lia" kata Erma.

Lia terkejut.

"Eh. Kijap.. macam mana korang tahu hari ni birthday saya?" Soal Lia.

"Memang kewajipan dekat sini. Pekerja mana yang birthday, kita sambut. Kan?" Kata Erma kepada rakan yang lain.

Lia gembira.. dia memotong kek di hadapannya.
********

Elaine masuk ke pejabat Master untuk memberitahu jadualnya pada hari ini selesai membacakan jadual sempat Elaine memberitahu sesuatu.

"Anyway, Master. Today is Puan birthday" kata Elaine meninggalkan Haider.

Haider diam.. Lama dia berfikir. Kemudian, dia mencapai telefon dan terus menghubungi Sophie.

"Yes. Abang, What do you want?" Kata Sophie.

"Actually..Abang nak minta tolong ni.." kata Haider terus bercerita dengan Sophie.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now