CHAP 51

182 3 0
                                    

Haider (Throwback)

"Maksud Tok Puan, Maria ada rancang sesuatu, dari mana Tok Puan tahu?" soal Haider.

"Tak kan kamu tak kenal Tok Puan kamu ini. Dengar, walau apapun yang berlaku selepas ini. Tolong percayakan Lia. Dia tidak akan buat apa-apa. Faham." kata Tok Puan.

"Sudah semestinya Tok Puan. Lia ialah isteri saya, Tok Puan" kata Haider.
**********
Aaron( Throwback)

"Maria suruh saya tidur dengan Puan Lia dan perangkap dia, Tok Puan. Saya kena ikut je ke rancangan dia?" soal Aaron.

"Ikut je. Nanti pandailah aku bagitahu dekat Lia. Dalam sesuatu perkara, pengorbanan itu perlu Aaron. Dan, kita terpaksa buat macam ni supaya Maria percaya" kata Tok Puan di hujung talian.

"Baik Tok Puan.. " kata Aaron.
**************
Sophie( Throwback)

"Tok Puan pesan, hari ni akan terjadi sesuatu dekat rumah kita. Walau apapun yang berlaku, pastikan kita ikut serta dalam permainan Maria" kata Haider.

"Maksud Abang....?" Sophie masih kurang mengerti apa yang akan berlaku nanti.

"Demi keselamatan Lia, Sophie. Abang sanggup buat apa saja. Dan, abang rasa Lia kena balik ke UK" kata Haider. Dia sudahpun menelefon Tok Puan agar membawa Lia balik ke UK malam ni juga.

"Apa lagi yang Maria rancangkan, Abang.?" soal Sophie.

"Sesuatu. Dan, ingat... walau apapun berlaku. Teruskan dalam permainan dan buat Maria percaya yang kita percaya dengan permainan dia. Faham?" kata Haider.
*********
Lia ( sekarang)

"Maksud Tok Puan? Semua ni dirancang oleh Maria?" soal Lia, dia sudah terkejut dengan kata-kata daripada Tok Puan.

"Ye.. dan jangan risau. Haider takkan buat kamu macam tu, Lia. Ingat kan, Tok Puan pernah cakap dengan Lia, hak milik Haider, akan menjadi hak milik dia selamanya. Maafkan Haider pasal tadi, tapi dia terpaksa. Supaya Lia tak diapa-apakan oleh Maria." terang Tok Puan panjang.

Lia hanya tersenyum. Dia bersyukur bahawa tadi terpaksa disengajakan oleh suaminya agar keselamatannya terjaga.

"So, Lia nak buat apa sekarang, Tok Puan?" soal Lia.

"Haider ada bagitahu dekat Tok Puan. Haider suruh Lia balik UK. Jangan risau. Semuanya dah dibereskan oleh Aaron. Jadi, balik UK Lia. Biar Haider dan Sophie uruskan Maria." kata Tok Puan.

"But, i'm gonna miss my husband" kata Lia, muram.

"Believe me, he will come back for you. Siap sedia ye, malam ni kamu balik" kata Tok Puan.

Lia bersetuju. Talian dimatikan.
******

Aaron datang menghampiri Lia.

"Who are you actually, Aaron?" soal Lia. Aaron hanya tersenyum.

"Penjaga Puan. Pastikan Puan selamat. Kalau tak, saya akan dipancung oleh Tok Puan" kata Aaron.

"Dan, siapa Tok Puan sebenarnya?" soal Lia. Dia sudah gerun sebenarnya dengan Tok Puan. Perancangan yang sangat teliti dia rasakan.

"Saya rasa soalan Puan tu akan terjawab tak lama lagi. So, better kita pack up things. Jangan risau. Lupakan apa yang berlaku tadi. Saya rasa Master tahu apa yang terjadi sekarang" kata Aaron.

Manakala, Haider di biliknya...

"Baik Tok Puan. Pastikan Aaron jaga Lia baik-baik" kata Haider menutup telefonnya. Dia menrenung rantai Lia.

"Sorry Lia. Abang terpaksa." kata Haider.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now