CHAP 39

152 4 0
                                    

Sophie sudah sampai ke Malaysia. Dia akan diambil oleh Haider dan kakak ipar kesayangannya, Lia.

"Akak..... Happy to see you back" teriak Sophie. Haider hanya membiarkan dua gadis kesayangannya melepaskan rindu masing-masing.

"Makin lawa sekarang ni Akak tengok, Sophie.." puji Lia.

"Alah.. biasa jelah." Kata Sophie.

Sophie menapak ke arah Abangnya, dia memeluk Abangnya dan sempat berkata,

"Tahniah sebab dapatkan semula Akak Lia. Now, give me anak buah cepat-cepat" bisik Sophie.

Haider sudah terketawa. Lia pelik melihat mereka berdua.

"Dah.. jom" kata Haider, beg bagasi kepunyaan Sophie sudah dimasukkan ke dalam kereta Haider.
******

Malam menjelma. Lia sudah tertidur kerana kepenatan bekerja di bakery dan sejurus selepas itu, mengambil Sophie di lapangan terbang.

Lia meminta izin untuk tidur terlebih dahulu. Tinggal lah Elaine, Sophie, dan Haider di bilik bacaan.

"Bila Maria akan sampai sini, Elaine?" Soal Sophie. Benci dia menyebut nama tersebut. Sampai hati Maria ingin merosakkan hubungan kakak dan abangnya. Dia tidak akan membiarkan perkara ini terjadi.

"Err... Dalam dua hari lagi, Cik Muda. Master... Puan tahu ke, Cik Maria akan tidur sini?" Soal Elaine.

"Not yet. Tunggu masa yang sesuai, saya akan bagitahu Lia. In this case, Abang cuma nak kamu tengokkan Maria tu" kata Haider.

Dia risau. Apa lagi rancangan Maria.

"Anyway, Tok Puan ada cakap juga.. Perhatikan Maria tu." Pesan Sophie.

"Eh... Sophie bagitahu Tok Puan ke pasal ni?" Soal Haider, dia pelik kenapa Tok Puannya tahu perihal hal ini.

"Tak.. Sophie tak bagitahu pun. Tok Puan tahu sendiri. Pelik saya, Abang" kata Sophie.

Elaine sudah tersenyum, kalau namanya Tok Puan. Dia tidak akan terkejut, kerana tindakannya lebih laju dibandingkan dengan mereka. Tok Puan seakan tahu apa yang akan terjadi nanti.

"Kak Elaine, boleh tak bagitahu kami, Tok Puan ini siapa sebenarnya? Kami pelik tau tak? Semua benda Tok Puan tahu..." Kata Sophie, mengadu.

Haider juga bersetuju dengan Sophie. Dia ingin sekali mendengar tentang Tok Puannya. Dia teringat dulu, apabila pertunangannya diputuskan. Tiada satu orang pun berani mengata atau bercakap mengenainya.

"Saya minta maaf, Master dan Cik Muda. Perkara ini terpaksa dirahsiakan. Saya tak ada hak nak bagitahu." Kata Elaine.

Sophie dan Haider mengeluh. Siapakah Tok Puan sebenarnya?
*******

"Cik Muda Sophie dah sampai Malaysia, Tok Puan" kata lelaki berkenaan.

"Good. Keep an eye for them especially my family. Kalau Maria sampai je di Malaysia. Suruh orang kita tengok dia dekat sana. Jangan sampai Maria buat kerja bodoh. Faham?" Arah Tok Puan, memutuskan panggilan.

Tok Puan pergi ke bilik bacaannya. Dengan menghirup teh yang telah dihidangkan kepadanya, Tok Puan tersenyum.

"Jangan buat kerja bodoh, Maria.... Kalau tak, buruk padahnya" kata Tok Puan.

Dia sedaya updaya akan melindungi cucunya dan isteri cucunya, walau apa pun yang terjadi.

"Mak bukan muda lagi, Luthfi, Syidah.. Mak dah tua dah.." kata Tok Puan sambil melihat gambar anak lelaki dan menantunya yang sudah meninggal.

"Tak pelah, demi cucu kesayangan, terpaksa lah ibu buat macam ibu muda-muda dulu" kata Tok Puan sambil merenung gambar anak lelaki dan isterinya.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now