CHAP 14

204 3 0
                                    

Sophie sudah mendapatkan kakak iparnya di bilik. Dia tidak sabar untuk memberi hadiah ini kepada Lia.

Teringat tadi sewaktu di kedai tadi bersama abangnya.

"Abang ni..Pelik lah, dekat pekerja lain. Takde pun nak bagi hadiah. Abang dengan Kak Lia ada apa-apa ke?" Soal Sophie ingin menduga.

"Heyy, young lady. Remember my rules. Don't asking any question. Just do as i say" kata Haider sedikit termalu.

"Yelah. Sorry. Tak pelah. Lagipun, Sophie sayang sangat dengan Kak Lia tau" kata Sophie dengan ikhlas.

"Sebab?" Kata Haider.

"Entah. Tengok Abang dengan Kak Lia sepadan sangat" kata Sophie menayangkan giginya kepada Haider.

Haider diam. Sepadan ??
******

"Kak Lia, happy birthday.. " kata Sophie sambil menyerahkan hadiah kepada Lia. Lia membuka dan mendapati ada sebentuk cincin di dalam kotak tersebut.

Haider hanya di luar bilik Lia.

"Siapa beli ni? Sophie?" Kata Lia terus mencuba cincin itu di jarinya.

Kalau Haider, tak mungkin.

"A ah Sophie. Cantik kan?" Soal Sophie, gembira. Dia yang membelikannya untuk kakak iparnya. Tu pun atas cadangan Abang Haider.

Lia mengganggukkan kepalanya.

Lama mereka bercerita di bilik Lia. Haider pula dari di luar bilik Lia terus masuk dan duduk kerana menunggu Sophie habis bercerita. Ada yang ingin disampaikan kepada Lia.

"Dah lah tu Sophie. Lama sangat. Abang nak bagi task dekat Lia ni. Finish your last words" kata Haider. Dia penat berdiri di luar. Kalau tidak dihentikannya adiknya ini. Sampai ke sudah dia tidak dapat menemui Lia.

Sophie sudah menarik muncung. Selepas dia berkata, dia memeluk kakak iparnya dan meninggalkan Lia dan abangnya.

"Yes, Master.. " kata Lia.

"Malam ni, kau tidur dekat bilik aku" arah Haider.

"Baik, Master" kata Lia.

"Bagus" kata Haider terus meninggalkan Lia.

Sejurus sahaja Haider keluar. Lia berkata,
"Tunggu lama sebab nak cakap tu je. Pelik"
********
Sophie melihat Lia sudah mendaki tangga menuju ke bilik Haider. Sophie berbisik sesuatu kepada Elaine.

"Akak Elaine, nak tahu tak hadiah apa Abang Haider bagi dekat Kak Lia?" Kata Sophie.

"Apa?" Kata Elaine.

"Rantai. Tapi tadi... Sophie nampak Abang Haider beli lingerie merah. Hehehehe" kata Sophie, sedikit ketawa.

Elaine senyum. Adakah hati Master sudah terbuka dan memaafkan Lia?

"Kita doa untuk mereka ye, Cik Muda" kata Elaine.

"A ah.. Saya pun nak sangat Abang dengan Kak Lia. Tak nak lah dengan Kak Maria. Kak Maria tak best. Kak Lia best sebab sporting" kata Sophie.

Elaine mengangguk bersetuju apa yang dikatakan oleh Cik Mudanya.

"Anyway, Akak Elaine. Akak rasa kenapa Abang tak nak kenalkan Lia sebagai isteri ye?" Pelik Sophie.

"Saya pun tak tahu, Cik Muda" kata Elaine.

"Saya nak tanya Abang, tapi takut Abang marah. Lagipun, hubungan mereka kan halal. Kenapa Abang nak rahsiakan. Dah lah Abang Alan asyik tanya saya je dekat pejabat pasal Kak Lia. Naik penat saya nak jawab tau" adu Lia.

"Encik Alan minat dekat Puan ke?" Soal Elaine.

"A ah kak. Tapi, tulah. Sophie dah banyak kali bagitahu. Jangan dekat dengan Lia. Sophie takut Abang mengamuk. Akak pun tahu kan perangai Abang, dia tak suka berkongsi" kata Sophie.

Elaine diam mendengar kata Sophie.

"Tulah sebab saya belikan Kak Lia cincin. Supaya... Abang Alan tak dekat-dekat dengan Kak Lia" kata Sophie.

Elaine sudah tersenyum. Bijak betul Cik Mudanya.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now