CHAP 7

207 3 0
                                    

Lia memakai baju maid di dalam rumah itu. Kerjanya ialah menyediakan makan, minum, dan pakaian Master.

Inipun setelah Tok Puan yang menetapkannya dan ada beberapa mata dari tukang gaji yang lain seakan tidak suka kepadanya.

Mereka sekeluarga makan bersama. Kecuali Lia. Dia berdiri bersama barisan orang gaji yang lain. Di meja makan ada Haider, Sophie, Tok Puan, dan Elaine.

Mereka makan sangat gembira. Lia bersyukur kerana keluarga yang Haider dapat memang sayang kepadanya.

Setelah habis makan, mereka pun mengemaskan semua pinggan dan mencuci.

Tiba-tiba ada seorang berkata dengannya.

"Where are you came from?" Soal pekerja itu.

"Malaysia. You?" Soal Lia.

"Same.. actually, semua pekerja dalam ni Malaysia. Sesetengah je Tok Puan ambil dari negara lain. Tapi, mereka kerja tempat lain lah. Kalau maid semua orang tempatan" kata pekerja tersebut.

"Siapa nama awak?" Soal Lia peramah.

"Hehehe.. nama saya Erma. Awak pula?" Soal Erma.

"Lia..." Senyum Lia. Dia bersyukur dipertemukan dengan Erma.

"Kerja dekat sini best. Tok Puan baik, begitu juga Cik Sophie. Elaine pun cepat mesra. Tapi, Master tu... Sombong sikit lah. Bukan sombong, tapi.... Tak layan sangat perempuan dekat sini. Yelah, semua beban dekat bahu dia. Nak tengok syarikat mereka yang ada di sana, di situ. Master nak tengokkan Sophie dengan Tok Puan lagi. Kalau saya dekat tempat Master pun, saya tekanan tau" kata Erma.

Lia tersenyum. Dia yakin Haider boleh lakukan itu. Dia seorang yang berkaliber dan bertanggungjawab dari dia mengenal Haider di rumah anak yatim lagi.

Lia selesai mengelap pinggan.

"Awak tu, macam mana boleh terkerja dekat sini?" Soal Erma.

"Owh.. itu...." Belum sempat dia bercerita. Namanya sudah diseru oleh Elaine.

"Puan... Maaf, maksud saya Lia. Hantar kopi ke bilik Master. Sekarang" arah Elaine.

Lia sudah mulai takut. Apa lagi Haider ingin lakukan kepadanya.

Lia membawa kopi ke bilik Master@suaminya. Terpegun seketika dia melihat tingkat atas. Sangat elegan dan sangat cantik. Macam rumah di dalam filem-filem yang selalu dilihatnya.

Lia mengetuk pintu bilik Masternya. Tiada sahutan. Lia masuk ke dalam bilik.

Lia meletakkan kopi di atas meja. Dia melihat di sekeliling bilik Masternya. Luas, cantik, mewah, selesa, dan dia meneliti gambar-gambar dia membesar.

"Macam model saya tengok Master. Hampir saya tak kenal awak ialah Hamzah" gumam Lia.

Tersentak dia apabila pintu bilik mandi dibuka. Lia menunduk.

Haider memakai baju pyjama, dia penat sedikit. Jet lag kali.

Lia pula di suatu sudut mulai panas. Malu dia apabila Haider memakai baju di hadapannya. Six pack dan body tough.

"Kopi aku mana?" Soal Haider kasar. Dia duduk di meja dan kerusinya dan membuka laptop.

"Ini dia Master" kata Lia.

Lia berdiri di hadapan Haider.

"Master.. boleh saya keluar?" Izin Lia. Lenguh kakinya berdiri.

"Siapa suruh kau keluar? Aku ada suruh. Berdiri jelah dekat situ" balas Haider, kasar.
******

Lama Lia berdiri. Kakinya mulai sakit kerana berdiri. Haider pula hanya fokus menaip kertas kerja di laptopnya.

Setelah siap, Haider minum kopi dan terus menarik Lia ke katil.

Tersentak dia lagi.

"Apa Master nak buat?" Lia sudah ditindih.

"Kerja kau layan aku. Apa kau ingat, kerja kau cuma jaga makan minum aku?" Soal Haider.

Lia sekali lagi menangis. Dia tidak rela dia diperlakukan sedemikian rupa. Walaupun dia sudah ada ikatan , tapi tidak begini.

Dia hanya menangis.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now