CHAP 45

160 1 0
                                    

Maria sampai ke rumah, dia berjanji malam ni.. dia dan Aaron akan keluar dan di situ, dia akan memerangkap Aaron agar melaksanakan rancangannya. Kedengaran deringan telefon.

"Hello, pa.. kenapa call Maria ni?" dengus Maria, kasar.

"Maria... kalau kamu sayangkan mama dengan papa, mari balik UK ye. Lupakan Haider. Kamu cantik, sayang. Papa percaya banyak orang nak dengan kamu. Bukan Haider seorang" pujuk Ma'arof.

"No.. you don't understand Pa. I love Haider, and i will make sure he's mine. Bukan Lia.. I love him, pa. Why you don't understand?" kata Maria.

"Lupakan Haider nak. Kasihan lah Papa dengan Mama ni. Papa dengan Mama tak nak kamu menyesal. Keluarga kita tidak mahu cari gaduh dengan Tok Puan. Tolong lah Maria, lupakan Haider" rayu Ma'arof.

"Siapa Tok Puan sampai papa nak takut sangat. Setakat orang tua nyanyuk tu. " kata Maria.

"Maria.. dengar sayang.. Semua orang tak berani dengan Tok Puan.. Papa pun tak berani dengan Tok Puan. Tok Puan tu..." belum sempat Ma'arof menghabiskan, Maria mematikan panggilan.

"Abang... Saya tak berani dengan Tok Puan, bang" gusar isteri Ma'arof. Ma'arof hanya diam.
*******
(UK)
"Kamu manjakan sangat si Maria tu, Ma'arof. Jadi jangan salahkan aku, kalau anak kamu terima balasan" kata Tok Puan, meletakkan gagang telefon setelah menerima panggilan daripada Ma'arof mengenai Maria.

Namun, Tok Puan tersenyum, "lama tak beraksi.."

(Malaysia)
"Hungry?" soal Haider, dia melihat Lia yang tadi tidur nyenyak bagaikan bayi. Lia tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

"Jom makan, abang dah order room service tadi. Lagipun, mesti Lia perlukan tenaga kan. Hehehhe" sengih Haider.

Lia sudah tersipu malu. Setelah makanan sudah sampai, mereka berdua makan.

"Lepas makan, kita balik rumah ye sayang.. Sorry.. Abang paksa Lia cuti hari ni. Hehehhe" sengih Haider lagi.

Lia hanya tersengih.
********

Maria sudah bersiap malam itu,.pakaiannya sedikit terdedah. Dia ke ruang tamu dan melihat keluarga bahagia itu sedang menengok tv.

"Hai semua... I nak keluar, jalan-jalan... Bye" kata Maria, berharap agar Haider melihat dia berpakaian seksi...

Namun, hampa apabila Haider hanya memakukan pandangannya ke tv sahaja.

"Kau tunggu Haider, kau... aku punya" hati Maria berkata.

"Okay.. hati-hati" senyum Lia, ikhlas.
********

Mereka berada di kelab malam. Aaron sedikt terpesona dengan penampilan Maria malam ini.

"I nak release tension. You know" kata Maria. Aaron hanya memerhatikan Maria.

"You kenapa ? You okay ?" soal Aaron prihatin.

"Nope.. I'm not okay. You nak tahu tak, Haider supposed to be my husband. Tapi, dia putuskan I.. I yang sepatutnya jadi isteri Haider, bukannya Lia orang gaji tu" kata Maria, melempiaskan rasa sedihnya.

Aaron memegang tangan Maria, memberi kekuatan.

"You... Jangan lah macam tu. I ada dekat sini. Okay?" pujuk Aaron.

Lama mereka di situ..

"Eerr... Maria. I nak ke tandas kijap. You tunggu sini, jangan pergi mana-mana ye?" kata Aaron.

Maria memulakan rancangannya, pil tidur diletakkan dalam minuman Aaron. Dia harus perangkap Aaron. Dia sudah selidiki latar belakang Aaron di rumah tadi. Mempunyai seorang ibu yang mempunyai lemah jantung. What a good reason for blackmail him.

Aaron kembali.

"Jom minum, sempena meraikan persahabatan kita sebentar tadi" kata Maria, Aaron mengikut rentak Maria. Tidak lama selepas tu, kepala Aaron berpusing. Sakit dirasakan.

"Aaron, are you okay ?" soal Maria, namun Aaron melihat bayangan Maria yang semakin lama semakin kelam. Dia tidak tahu apa yang terjadi selepas itu.
********

"Bagus.. nah ni bayaran korang. " kata Maria sambil menyerahkan bayaran kepada dua orang lelaki yang mengangkat Aaron ke hotel.

Dua lelaki tersebut keluar dari bilik setelah mendapat bayaran. Maria tersenyum...

"I am so sorry Aaron, but I have to do this" kata Maria dengan senyuman sinisnya.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now