CHAP 21

236 5 0
                                    

Awal Subuh lagi Lia bangun. Ya, dia sudah persiapkan dirinya. Beg semua sudah dikemaskan.

"Puan.. are you ready?" Soal Elaine, ya.. Elaine yang akan menghantar Lia ke lapangan terbang.

Lia senyum sambil berkata,
"Dari dulu lagi saya dah ready, Elaine. Errr... Jom" kata Lia.

"Puan tak nak jumpa Tok Puan dan Sophie dulu ke?" Soal Elaine.

"Tak kut. Sebab semalam dah habis borak dah. Biarlah mereka berehat. Lagipun, hari ni hari Master berkahwin kan?" Kata Lia.

Ya. Elaine mengangguk. Semalam, seharian Masternya mengurungkan diri di dalam bilik. Mungkin, takut akan perkahwinan inu atau takut akan penceraian ini.
*********
(Lapangan Terbang)

"Nanti, Puan akan diambil oleh Puan Sally di sana ye" kata Elaine.

Lia menganggukkan kepalanya.

"Wait for me... Bidadari" jerit seseorang.

"Eh.. Encik Alan. Buat apa sini?" Soal Lia, bingung.

Elaine tersenyum. Alan pula tidak sabar memulakan hidup baharu di Malaysia. Lagi pula, dia rindu seseorang.

"Puan..  Encik Alan akan ikut Puan. Dan, he will be your partner for your own business, if you done learning bakery" terang Elaine.

Lia faham. Mengerti dia mengenai syarat Tok Puan. Dan, dia perlu ikutnya.

"Minta tunjuk ajar, Encik Alan" kata Lia. Menghormati Alan.

"Nah.. tak payah encik-encik. Panggil Alan je. Kita kan jadi business partner nanti" terang Alan.

"Encik Alan. Tolong jaga Puan ye. Kita akan berjumpa lagi Puan.. kalau ada jodoh" kata Elaine.

"Kirim salam dengan semua. Sampaikan salam saya kepada semua. Dan, untuk Master. Katakan kepadanya... Selamat pengantin baharu" kata Lia.

Alan hanya melihat mata Lia. Ya, Lia masih mencintai Haider.

"Jangan patah semangat Alan. You can do it" semangat Alan dalam hati.
*********
(Kapal Terbang)

"Kata Elaine, nanti dekat airport Puan Sally ambil kita. Encik kenal tak Puan Sally tu siapa?" Soal Lia.

Alan ketawa..

"First.. jangan panggil Encik.. Alan.. berapa kali nak ajar ni. Second, kenal dan third, she's my mother exactly" kata Alan.

Lia sudah membesarkan matanya. Alan tersenyum.
**********
(Bilik Haider)

"Mana Elaine, Sophie?" Kata Haider. Dia belum lagi bersiap. Dia tiada mood. Entah kenapa.

"Abang Haider tak mandi lagi. Pergi lah mandi. Abang nak kahwin hari ni tau" kata Sophie.

"Mana Elaine? " Soal Haider, lagi.

Masuk Tok Puan ke bilik Haider.

"Elaine ada urusan, kenapa?" Soal Tok Puan.

"Where is Lia?" Soal Haider.

Tok Puan sudah tersenyum. Anaknya terlambat dua jam. Mungkin Lia dalam kapal terbang bersama Alan menuju ke Malaysia.

"Like you said Haider. You pick Maria. You must leave Lia" kata Tok Puan. Keluar dari bilik tersebut.

Haider menarik rambutnya. Dia kusut..

"Abang Haider, you still got chance to change this" kata Sophie.

Sejurus berkata begitu, Sophie meninggalkan Abangnya.

Haider tidak sanggup. Jujur dia tidak sanggup. Mimpi itu datang lagi. Dan, dia yakin. Cuma Lia yang boleh menghentikan mimpinya.

Dan, hatinya untuk Lia. Bukan Maria. Hatinya kuat mengatakan bahawa Lia miliknya. Dia tidak mahu bercerai.

Menitis air mata jantannya.
***********

"Tok Puan, ada panggilan daripada keluarga Maria" kata orang gajinya.

Tok Puan menuju ke arah telefon rumahnya. Mereka semua sudah bersedia. Namun, melihat kepada muka Haider. Tiada serinya. Dia muram.

"Ya, Hello.. Tok Puan speaking" kata Tok Puan, di telefon.

Mendengar berita daripada sana, Tok Puan mengukirkan senyuman kepada Sophie dan Haider. Haider pelik dengan perilaku Tok Puan.

Sejurus sahaja Tok Puan meletakkan telefon. Tok Puan berkata,

"I guess, your marriage with Lia is still "sah", right?" Soal Tok Puan.

"Why?" Soal Haider, pelik.

"Lia is still your wife, Haider. " Kata Tok Puan, meninggalkan semua tetamu. Pelik Haider dan Sophie.

"Semua tetamu makan lah. Haider, Sophie jom naik atas dulu. Ada benda nak diceritakan" kata Tok Puan.

Semua tetamu pelik. Namun, mereka tidak berani bersuara. Kerana mereka tahu betapa besarnya pengaruh dua keluarga ini. Tersilap cakap, buruk padahnya.

Tetamu-tetamu yang hadir hanya makan tanpa bercerita.

"What happen Tok Puan?" Soal Haider, dia masih terkejut.

"Sebelum Tok Puan bagitahu ini, boleh janji dengan Tok Puan sesuatu?" Soal Tok Puan.

Sophie duduk di sebelah Tok Puan menantikan butir bicara Tok Puan.

"Apa dia?" Soal Haider.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now