CHAP 42

152 1 0
                                    

Lia cuba memaniskan mukanya. Selagi Maria tidak berbuat sesuatu yang boleh mendatangkan kemarahnnya. Selagi itu, dia cuba untuk berlembut.

Sophie dan Elaine juga di sini. Kecuali Haider. Dia ada meeting penting hari ini.

"Hai Lia, Sophie, Elaine.. dah lama tunggu I ke ?" Soal Maria, dia terpaksa memaniskan mukanya. Rancangannya mesti berjaya untuk mengambil kembali Haider dari tangan Lia.

"Tak lah. Dah jom lah" kata Sophie..

"Eh ... Mana Haider?" Soal Maria, mencari-cadi kelibatnya.

"Dia dah mula dah..." Bisik hati Sophie.

"Suami saya ada meeting.. maaf dia tak dapat jemput Cik Maria" kata Lia.

"Owh.. eh, tak silap saya bukan ke awak ni tukang gaji dekat rumah Tok Puan. Saya ingatkan isteri Haider ni hebat orangnya.  Dia rupanya kahwin dengan orang gaji dia rupanya" sindir Maria.

Terus muka Lia berubah apabila disindir begitu, namun... dia tidak mahu melayan perempuan gila ini.

"Eh, Lia.. jangan terasa ye. I ni kalau cakap memang suka lepas. Sorry Lia. Anyway, i happy for both of you" kata Maria.

Lia hanya tersenyum.
********

"Bilik I dekat mana?" Soal Maria apabila sampai di rumah Haider. Namun, sakit matanya apabila gambar Haider dan Lia tergantung di dinding. Seakan suami isteri yang begitu bahagia.

"Di sini bilik Cik Maria..." Kata Elaine, pekerja-pekerja lain mula menarik bagasi kepunyaan Maria.

"Akak.. tengok lah tu. Punya banyak bagasi dia.. macam nak tinggal sini je. Awas dia, Sophie tarik rambut dia kang, baru tahu" geram Sophie.

Lia hanya ketawa...

"Selagi dia belum mulakan perkara yang bukan-bukan. Selagi tu, kita jangan mula. Okay, Sophie. Dah akak nak bakar kek kijap. Nak cuba resepi baharu. Esok, boleh tunjuk dekat Alan. Sophie nak tolong?" Soal Lia.

Hati Sophie berbunga-bunga apabila nama Alan diseru.
*******

"Okay dah siap, tinggal tunggu masak je, lepas tu.. kita boleh hias. Sophie pergilah naik mandi dulu. Akak jaga. Okay?" Kata Lia.

"Okay kak Lia" balas Sophie.

Lia mengemaskan segala peralatan dan membersihkan countertop yang mereka gunakan tadi.

Setelah semuanya selesai. Lia mengambil keputusan untuk melelapkan mata seketika di atas meja.
*******

"Lia... Abang dah balik." Laung Haider. Namun, hidungnya tercium aroma kek yang sudah masak. Ketika dia masuk ke dapur, bunyi dari oven menandakan kek yang dimasak sudah masak.

Haider mengambil kain dan mengeluarkan kek yang telah dimasak oleh Lia. Harum baunya.

Dia melihat Lia yang sedang tertidur. Haider mengusap pipi isteri kesayangannya itu.

Ada gerakan di muka Lia. Lia mencelikkan matanya dan terkejut melihat suaminya.

"Eh.. Abang dah balik ke?" Soal Lia sambil menyalam Haider.

"Dah.. nyenyak betul Lia tidur. Penat ke?" Soal Haider.

"Tak lah.. Alamak.. kek!" Jerit Lia.. dia bangkit berdiri belum sempat dia pergi ke arah oven, dia ditarik oleh Haider dan terus ke dalam pelukan Haider.

"Dah.. Abang dah keluarkan daa.. Sedap baunya dia, Sayang..." Puji Haider.

"Of courselah... Lia kan yang masak... Hehehhe" puji Lia.

Baru sahaja Haider ingin mencium isterinya.

"Haiderr!!!!!" Jerit Maria.

"Haider, you ni jahat tau. Kenapa you yak ambil I dekat airport?" Soal Maria, sedikit cemburu melihat kemesraan Haider dan Lia tadi.

"Eh .. Maria, dah sampai. Alhamdulillah.. err, saya ada meeting tadi. Dah, saya nak mandi dulu. Buat lah macam rumah sendiri. Sayang.. Jom" kata Haider menarik Lia.

Maria ditinggalkan begitu sahaja. Benci dia melihat mereka. Maria melihat ada kek di atas meja.

Dia menuju ke arah kek tersebut dan mengangkatnya, dia ingin rosakkan kek ini. Sakit hatinya.

"Kak Maria. Buat apa tu?" Soal Sophie. Terhenti perlakuan Maria.

"Eh.. takdelah. Sedap bau kek ni.. siapa buat?" Soal Maria.

"Owh.. kakak ipar Sophie lah... Akak pergilah berehat. Sophie nak hias kek ni dulu. Kalau dah siap, bolehlah kita makan sama-sama." Kata Sophie.

Maria menganggukkan kepalanya.
********

"Maria ada buat apa-apa tak dengan Sayang?" Soal Haider, ketika Haider selesai mandi.

"Takde. Belum lagi..." Kata Lia.

"Kalau dia dah mula perangai dia, cepat-cepat bagitahu abang tau" kata Haider.
*******

"Tok Puan.. perlu ke saya bertindak sekarang?" Soal lelaki tersebut di hujung talian.

"Jangan dulu.. Sabar. Masih awal lagi" terang Tok Puan.

Dan, panggilan pun dimatikan.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now