CHAP 18

211 5 0
                                    

"Dah, aku balik dulu ye.. Lia mana? Aku nak jumpa lah dia kijap" kata Alan ketika mereka menuruni tangga bersama Haider.

Baru sahaja Alan ingin melencongkan langkah ke dapur untuk melihat Lia. Dia ditahan oleh Haider.

"Dah... kau cakap, kau nak balik kan.. Balik" arah Haider. Makin lama Alan di sini. Makin lama Haider menahan perasaan.

"Hish.. yelah. Jumpa dekat office
Kirim salam Tok Puan dengan Sophie" kata Alan, mengalah.

Selepas bayang Alan menghilang. Elaine diseru.

"Elaine.... panggil Lia. Suruh dia naik atas" kata Haider. Elaine mengganguk terus memanjang langkah ke arah dapur.

Lia ketika itu sedang bersembang dengan Erma sambil tangan menyediakan bahan untuk dimasak. Melihat pandangan Elaine, fahamlah yang dia harus ke atas.

"Erma, aku naik dulu ye... Master.nak something kut" pamit Lia.
*********

Lia meletakkan kopi di meja Haider. Haider pula merenungnya tajam.

"So. mesti kau happy kan? Alan dah syok dengan kau.. Tapi, kau kena ingat. Kau isteri aku.. Jadi, jangan harap aku nak bagi kau jatuh cinta dengan Alan" kata Haider.

Lia tersenyum. Pertama kali dia mengakui bahawa dia isterinya.

"Come on, Master. Ingat. Perkahwinan atas dasar dendam. Dan, saya rasa dah cukup semua ini. Lagipun, perkhawinan kita hanya dua bulan lagi. Jadi, tak salah kan." kata Lia, menduga.

Haider sudah mengenggam tangannya. Entah kenapa dirasakan. Dia tidak mampu berpisah dengan Lia. Haider mendekati Lia. Haider melepaskan ikatan rambut Lia. Perlahan dia mengusap pipi Lia.

"Sleep with me, tonight" bisik Haider. Lia pula pelik..

"Why should i, Master?" soal Lia gugup. Begitu dekat dirasakan Haider.

"Because... your husband want it... " lembut suara Haider. Lia diam merenung wajah Haider.
*********
(Pagi)

"Mana Haider, Elaine?" soal Tok Puan. Sophie juga melihat ke arah barisan orang gaji. Tiada Lia berbaris.

"Mungkin... masih tidur. Tok Puan nak saya kejutkan Master ke?" soal Elaine.

"No need. Dah makan." kata Tok Puan apabila dia melihat Lia juga tidak berada di barisan orang gaji.
******

Lia mengemaskan pakaiannya sebelum dia turun ke bawah. Dia melihat Haider masih tidur di katil. Teringat perbualan mereka semalam.

"Biar takdir yang menentukan mana hubungan kita pergi, Haider" kata Lia. Tiada lagi gelaran Master kerana dia berbicara dengan suaminya, bukan Masternya.

"Dan, Abang harap takdir menyebelahi hubungan kita." kata Haider terus mengucup bibir Lia.
*******

Lia sedang mempersiapkan teh untuk dihidangkan kepada tetamu. Ya, keluarga Maria ke sini untuk membincangkan soal perkahwinan mereka.

Lia rela jika inilah jalan hubungan mereka. Sophie datang ke arah Lia. Dia tidak sanggup berpisah dengan kakak iparnya.

"Kak Lia.... " tangis Sophie.

"Why you crying, Sophie?" soal Lia.

"I just can't.... Please... jangan tinggalkan Sophie" rayu Sophie.

"Tak boleh Sophie.... Kalau dah tu Haider mahukan. Dah, lap air mata Sophie. Tak manis pula keluarga Cik Maria nampak nanti" kata Lia.

Sophie menganggukkan kepalanya. Lia menghantar teh dan sedikit kudapan kepada keluarga Maria. Lia dapat menangkap mata Haider yang sentiasa mengekorinya.

"Abang... cantik tak?" soal Maria, manja.

Haider sedikit tersentak. Tengah syok dia melihat Lia menghidangkan teh. Dia terkejut dengan sapaan Maria.

"Anything, you wear... it must be beautiful. Right?" kata Haider.

Tok Puan hanya melihat Lia... Dia ingin berbicara sebentar dengan Lia selepas ini. Takkan dibiarkan isteri cucunya begini.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now