CHAP 37

182 2 0
                                    

Setelah mereka sampai di rumah, kelihatan Elaine dan beberapa orang gaji sudah menunggu mereka.

"Selamat datang, Puan.." kata Elaine.

"Terima kasih, Elaine." Kata Lia, sambil tangannya mengeluarkan bagasi kepunyaannya.

"Puan.. biar, kami akan keluarkan untuk Puan.." kata Elaine.

Lia sudah bingung. Haider hanya melihat sang isteri yang bingung seketika.

"Dah, sayang.. Jom.. " kata Haider, memeluk bahu Lia untuk mereka masuk ke dalam rumah.

" Errr.. Lia nak mandi dulu ye. Lepas ni.. baru Lia nak tanya Abang... " Kata Lia, Haider menganggukkan kepalanya.

"Err... Elaine. Pastikan pakaian Puan dilipat dengan kemas ye" arah Haider.

"Baik Master" Elaine menjawab.
********

"Okay.. Soalan apa yang Lia nak abang jawab" kata Haider di katil.

Lia ketika itu sedang menyapu losyen dibadannya. Kemudian, Lia mendaki katil. Rasanya, banyak soalan yang ingin dia tanyakan.

"Okay... Pertama, betulkah Abang yang tanggung Lia dulu sewaktu Lia dekat sini?. Kedua, Lia hanya kenal Abang waktu kita dekat rumah anak yatim je. Selepas tu, Lia tak tahu Abang dekat mana? Ketiga, macam mana Abang boleh tahu Lia kerja dekat syarikat Abang dulu. Empat, abang tak menyesal ke kahwin dengan Lia sedangkan Abang waktu tu dah bertunang dengan Maria?" Soalan bertalu-talu ditanyakan oleh Lia.

Haider hanya ketawa.

"Looks you what to know who your husband. Right?" Soal Haider.

Lia tersenyum..

"Okay.. Abang akan jawab semua soalan Lia. Bermula daripada soalan pertama, Ya. Abang tanggung Lia. Setiap bulan sepanjang tiga tahun, abang akan masukkan tiga ribu dalam akaun Puan Sally, untuk keperluan Lia di Malaysia. Anyway, kalau Lia periksa akaun Lia sekarang. Lia pun pelik darimana datang 3 ribu kan? Setiap bulan.." kata Haider sambil menjongketkan keningnya.

Lia diam.

"Lia ingatkan gaji Lia kerja dekat bakery. Rupanya, duit tu daripada Abang.." kata Lia.

Haider menganggukkan kepalanya.

"Okay, we moving to question number two, selepas sahaja Abang kena ambil oleh keluarga angkat Abang. Abang belajar dekat sana.. UK. Maklumlah, pewaris tunggal syarikat ayah. So, Abang kenalah persiapkan diri Abang.. Di situlah, Abang kenal dengan Alan.. Dia ibarat kawan baik Abang selepas Lia. Dan, kemudian.. ayah ambil seorang lagi anak perempuan Sophie. Mama dengan Ayah jaga kami berdua dengan baik. Sehingga mereka meninggal dunia sebab kemalangan. Tapi, kami bersyukur Tok Puan yang jaga kami lepas tu" terang Haider, ada sedikit getaran di suara Haider apabila berbahas mengenai kedua ibu bapanya.

Lia menarik tangan suaminya dan cuba memujuk Haider.

"Sorry... abang..." Kata Lia.

Haider hanya senyum sambil membalas, "it's okay..." Kata Haider.

"So... Macam mana pula Abang kenal Elaine, dan Maria?" Soal Lia.

"Elaine... She meant to be with me. Maksud Abang, Elaine akan sentiasa bersama dengan Abang. Sebab, Elaine.. butler Abang.." kata Haider.

"What??? Lia ingatkan Elaine PA abang" kata Lia, terkejut.

"Nope. Dia memang butler Abang... Dari Abang muda lagi, sampai sekarang. Elaine setia dengan Abang" kata Haider.

"Kalau suatu hari nanti, Elaine khawin, macam mana?" Soal Lia.

"Dan... Abang kenalah lepaskan dia... Lia. " Kata Haider.

"How about Maria.. macam mana Abang kenal dia?" Soal Lia.

"Maria... Hurmm... Bapa dia kawan baik dengan ayah abang. So, dah jadi perjanjian kena kahwin untuk kembangkan perusahaan.. macam tu" kata Haider.

Lia menganggukkan kepalanya.

"For questions three and four. Abang jawab esok lah ye." Kata Haider.

"Alah.. tapi, Lia nak...." Belum sempat Lia menghabiskan ayatnya. Bibitr sudah dikucup oleh Haider.

Dan, Lia membiarkan asalkan soalan ketiga dan keempat dijawab oleh suaminya, esok.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now