CHAP 36

189 2 0
                                    

Lia sedang berada di bakery. Bila ditanyakan kepada pekerjanya, Alan tidak masuk ke bakery dari pagi lagi. Telefon berdering di kaunter.

"Hello, Sunshine Bakery. How may I help you?" Soal Lia.

"Lia.. Mommy ni. Hehehe... Sihat ke? Semalam tidur rumah husband Lia ke?" Soal Puan Sally menanya khabar Lia.

"Mommy... Sihat.. a ah, semalam Lia tidur rumah Abang. Err, Mommy... Lia nak minta izin boleh? Lia nak tinggal dekat rumah Abang Haider, boleh Mommy?" Soal Lia, meminta izin.

"Eh.. Lia ni, dah kenapa minta izin dekat mommy. Lagipun, Lia wajib dah pergi sana. Temankan Haider." Kata Puan Sally.

"Baik, Mommy... Nanti Lia ambil barang dekat sana ye. Lepas kerja.. Mommy, terima kasih sebab terima saya.. jaga makan minum Lia. Perbelanjaan Lia, ditanggung oleh Mommy. Terima kasih Mommy" kata Lia.

"Tak payah terima kasih dekat mommy, Lia. Tu, terima kasih dekat suami Lia lah. Semuanya daripada dia. Mommy tak keluar sesen pun." Kata Puan Sally.

Lia terhenyak. Maksudnya, memang suaminya yang telah menanggungnya selama ini.

"Baik Mommy... Err, mommy.... Lia kerja dulu tau" kata Lia, meletakkan telefon.
*********

"Terima kasih sebab sudi nak jumpa dengan aku, Alan" kata Haider.

Mereka di syarikat Haider.

"So, syarikat inilah yang Lia diberhentikan kerja ye?" Sindir Alan.

Haider sudah terdiam..

"Alan.... Listen, i know you madly in love with Lia. But, Lia is my wife" kata Haider.

"Kenapa sekarang baru nak terhegeh-hegeh dengan Lia, Haider? Ke kau masih dengan dendam kau tu? Kalau kau masih dengan dendam. Baik, tak payah. Lepaskan Lia. I know how to make her happy" kata Alan dengan yakinnya.

"Alan.... Lia cuma anggap kau macam abang kandung dia, Alan. Tak lebih... Takkan lah dengan ini, persahabatan korang akan jadi renggang" nasihat Haider.

Alan diam.. mesti Lia sudah menceritakan perkara ini kepada Haider.

"Percaya dekat aku, Alan. Aku dah tak macam dulu. Tiga tahun ajar aku tentang tanggungjawab, tiga tahun ajar aku untuk menghargai seseorang." Kata Haider.

Alan diam. Dia melihat mata Haider. Ya, benar.. ada sinar keikhlasan di matanya.

"Kau dah kawan dengan aku, dah lama Alan. Aku tak nak perkara sebegini menjadikan persahabatan kita jadi putus. " Kata Haider.

Alan diam lagi.

"Baik... Aku akan terima hakikat yang Lia is yours. But, remember... Kalau kau sakitkan hati Lia lagi. Aku tak teragak-agak akan rampas dia kembali. Faham?" Amaran Alan.

Haider sudah tersenyum. Alan juga.

"Maafkan aku bro...anyway, kau kena izinkan Lia untuk tetap kerja dekat situ. Okay?" Soal Alan.

"Boleh Alan... Asalkan kau behave" kata Haider.

Mereka ketawa.
*******

Lia sedang mengemaskan pakaiannya. Dia merenung bilik ini. Di bilik ini lah, dia bangkit. Dia harus mengucapkan terima kasih kepada Puan Sally dan Alan.

Lia menutup pintu. Dia menuju ke arah Puan Sally, dia mencium tangan Puan Sally.

"Terima kasih Mommy..." Kata Lia..

"Sama-sama. Lia tak nak tunggu Alan dulu ke?" Soal Puan Sally.

"Err...." Kedengaran kereta masuk di perkarangan rumah.

"Itu mesti Alan..." Kata Puan Sally.

Masuk Alan dan Haider ke rumah tersebut.

"Dah ready ke, sayang?" Soal Haider. Alan sedikut cemburu namun dia harus merelakannya.

"Dah... Err, Lia nak cakap dengan Alan sekijap, boleh?" Lia meminta izin kepada Haider. Haider memberikan anggukkan tanda setuju.

"Alan... Lia nak minta maaf kalau tak dapat balas cinta Alan. Tapi, Lia selesa berkawan dengan Alan. Maafkan Lia, dan terima kasih Alan.." kata Lia, ingin menangis.

"Hahahha.. dah kenapa menangis ni? Tengok buruk dah muka Lia. Dah, esok kerja macam biasa ye. Jumpa dekat bakery. " Kata Alan.

Sempat Alan berbisik di telinga Lia, "kalau si Haider gila tu buat hati Lia sakit. Bagitahu Alan, tahulah nak buat apa dengan budak itu. Anyway, cepat-cepat bagi anak buah" bisik Alan.

Muka Lia sudah memerah. Bukan sebab ayat pertama Alan, tetapi ayat keduanya.

"Errr... Dah lah tu.. sayang.. jom" ajak Haider.

Lia menganggukkan kepalanya.
********

Di dalam kereta.

"Apa Alan bisik sampai muka sayang merah?" Soal Haider.

"Errr... Dia cakap bagi dia anak buah" kata Lia, merah lagi mukanya untuk yang kesekian kali.

"Boleh.. tu takda masalah. Hehehe" kata Haider terus mengenggam tangan Lia.

"Err... Abang... Lia nak tanya sikit, boleh?" Soal Lia.

"Nak tanya apa tu??" Soal Haider.

"Nantilah tunggu sampai dekat rumah." Kata Lia.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now