CHAP 38

188 3 0
                                    

Lia bangun untuk bersarapan bersama Haider sebelum bertolak ke bakerynya.

"Abang... Bila nak jawab soalan tiga dan empat?" Soal Lia.

Haider sudah tersenyum melihat Lia yang seakan tidak sabar untuk mengetahui jawapan bagi soalan tersebut.

"Sabar... Nanti dalam perjalanan, Abang jawab. Okay.? Dah habiskan sarapan. Lepas ni, nak kerja kan?" Soal Haider.

Lia menghabiskan makanannya...
*****

Dalam perjalanan menghantar Lia ke bakery, Haider mengambil keputusan untuk menjawab soalan Lia.

"Lia nak tahu tak, macam mana Ababg boleh tahu Lia kerja dekat syarikat Abang? Sebab syarikat kami ada pangkalan data pekerja. Memang waktu tu, janji Abang selepas je habis semuanya.. Abang akan cari Lia. Tengah-tengah cari pasal maklumat Lia. Lia kerja dekat syarikat Abang. Macam tulah.... Dan, soalan keempat.. Abang tak pernah menyesal kahwin dengan Lia sebab yelah dulu asyik fikir dendam je nak balas dengan Lia. Tapi, tiga tahun baru Abang tahu, Abang tak boleh kehilangan Lia. Datang lah perempuan secantik mana pun. Tak boleh lawan dengan cinta pertama Abang dekat rumah anak yatim. Lagipun, Lia kan orang pertama yang Abang kenal dekat rumah anak yatim tu" terang Haider panjang berjela.

"Kenapa Lia masih ragu.. Lia takut Abang masih dengan dendam Abang" kata Lia, menyuarakan kebimbangan.

Haider meraih tangan Lia. Dia faham, bukan senang untuk melupakan segala perkara pahit yang dilaluinya. Hasil daripada dirinya sendiri, Lia seakan meragui keikhlasannya.

"Percayalah sayang... Abang sedaya upaya nak jadi suami yang terbaik, ayah kepada anak-anak kita, suatu hari nanti" kata Haider.

Lia melihat anak mata Haider, terpancar keikhlasan di situ.
********

"Kerja elok-elok ye sayang.. nanti balik ni, tunggu Abang" kata Haider.

Lia menganggukan kepalanya.
******

"Elaine, anything.?" Soal Haider yang baharu sahaja masuk ke syarikat.

"Yes.. err, Cik Yna nak jumpa Master" kata Elaine.

"Okay.." kata Haider.

Yna menunggu kedatangan bosnya. Dia ingin menyuarakan sesuatu.

"Yes.. Yna, what can i do for you?" Soal Haider, sedang membaca file laporan kewangan syarikat ini.

"Tuan, tak boleh ke bagi Lia kerja sini balik? Lagi pula.. saya rasa bersalah.. dan saya rindukan sahabat saya tu, Tuan" rayu Yna. Dia masih dihimpit rasa bersalahnya terhadap Lia. Dia menginginkan Lia kerja di sini agar mereka kembali seperti dahulu.

"Kalau itu Yna, saya minta maaf. Saya tak boleh bagi Lia kerja sini balik. Kalau awak rindu isteri saya, pergi je dekat bakery dia. Sebab, sekarang... Lia suka kerja dekat bakery dia tu. Anyway, adik awak macam mana? Dah sihat ke?" Soal Haider, cuba mengubah topik perbincangan.

"Sihat. Terima kasih Tuan.. err, kalau macam tu.. saya minta diri dulu ye Tuan. Sampaikan salam saya dengan Puan Lia" kata Yna.
*********
(UK)

"Kau yakin ini isteri dia?" Soal Maria melihat foto di tangannya.

"Ye Cik Maria. Lagi pula, dia sama-sama kerja dengan saya jadi orang gaji" kata Erma.

"Hahahha.. aku ingatkan hebat sangatlah isteri yang dia kahwin ni, rupanya bekas orang gaji.. " kata Maria.

"Mana bayaran saya Cik?" Soal Erma..

"Nah.... Tapi ingat. Kalau aku perlukan pertolongan kau.. kau bersedia. Faham?" Soal Maria.

"Baik Cik Maria" kata Erma, membawa diri keluar daripada kafe tersebut.

"Kerana ni je, kau sanggup putuskan hubungan dengan aku, Haider... Kalau tak kerana aku diterima modeling, aku tak berpisah dengan kau Haider. Dan, sekarang... Aku akan datang ke sana dan pastikan Haider milik aku. Bukan perempuan yang macam ni..." Kata Maria, sambil merobekkan foto milik Lia.
*******

"Hello, ye... Haider speaking" kata Haider ketika menerima panggilan telefon dari pejabatnya.

"What? You nak datang sini?Why?" Soal Haider, pelik.

"Sahaja.. nak cuba angin Malaysia. Lagipun, I ada jobs dekat sana. Enam bulan... " Kata Maria..

"Okay... Datanglah. Nanti I ambil you dekat airport. Okay, see you" Haider mematikan panggilan.

Maria sudah tersenyum kemenangan.
******

"Kenapa, Master? Macam ada yang tak kena je.." kata Elaine, mendengar Masternya mendengus.

"I think Maria ada rancangan yang tak elok dekat kami berdua, Elaine" kata Haider.

"Eh... Bukan Cik Maria dekat UK ke?" Soal Elaine.

"Tak.. dia nak datang Malaysia. Dia kata ada urusan kerja. Saya minta tolong kawan saya untuk cekkan jadual Maria, dia cakap.. Maria tak ada urusan kerja dekat Malaysia.. Saya takut, Elaine. Kami baru je berbaik. Baru nak bina hubungan" luah Haider.

Elaine sudah terdiam.

"Tu... Master jangan risau.. Anggap dah selesai" kata Elaine sambil tersenyum.
*******

"Okay... Okay...Boleh.. demi mereka." Kata seseorang di talian.

Elaine sudah tersenyum. Dia akan pastikan Maria tidak menghancurkan hubungan Masternya.

"Tok Puan...... Sophie nak ke Malaysia ni. Ada benda nak buat? Boleh??" Soal Sophie.

"Pergilah Sophie. Kirim salam Abang kamu dengan Kakak Ipar kamu tu" kata Tok Puan.

"Okay Tok Puan" kata Sophie.

"Dan, pastikan Maria tidak menghancurkan hubungan mereka ye" kata Tok Puan.

Sophie sudah terkejut, "macam mana Tok Puan tahu?" Soal Sophie.

"Jangan ingat... Orang tua ni tak tahu apa yang berlaku, Sophie" Tok Puan tersenyum... Dia tahu perihal orang gajinya, Erma yang senyap-senyap berjumpa dengan Maria.

Itupun setelah diberitahu oleh orang-orangnya dan Erma sudah diberhentikan kerja dan dihantar terus ke Malaysia kerana mengkhianati majikannya sendiri.

"Can't wait to see what coming next" kata Tok Puan sambil menghirup tehnya.

Sophie pula sudah terdiam. Dia kenal siapa Tok Puannya.. Orang berpengaruh. Di sebalik kebaikan dalam dia menjaga Haider dan Sophie tersimpan satu rahsia yang Haider dan Sophie pun tidak tahu. Siapakah sebenarnya Tok Puan mereka ini?

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now