CHAP 12

214 5 0
                                    

Lia sudah sembuh. Entah kenapa dirasakan bahawa Haider mengambil berat tentang dirinya apabila dia sakit. Dia senang melihat perlakuan Haider.

Namun, disangka perangai baiknya akan berterusan namun tidak.

Pagi itu, Haider mengarahkan dia untuk bekerja di pejabatnya. Tiba-tiba dia mendapat arahan daripada Haider untuk bekerja di pejabatnya.
********
(Di dalam kereta)

"Ah.. Sophie.. kau tengok budak ni. Dia mana tahu selok belok pejabat kita" kata Haider.

"Kenapa Abang panggil Kak Lia budak. Bukan ke dia sama umur dengan Abang Haider?" Soal Sophie.

Lia menyembunyikan senyumnya. Namun, dapat ditangkap oleh Haider senyumannya.

"Kau tak payah nak senyum-senyum. Kau kerja bawah aku. Bukan Sophie" kata Haider.

Mati terus senyuman Lia. Apalah nasibnya jika bosnya ialah Haider.
********

"Kau kemas file dalam bilik ni. Selagi tak kemas, selagi tu kau jangan balik" arah Haider, menutup pintu bilik. Haider mengunci Lia dari luar. Dia takut seseorang, iaitu Alan.

Berlambak file dalam bilik itu. Lia tidak tahu bagaimana dia harus mula dan dari mana.

"Kemas jelah. Kang mengamuk, aku juga yang susah" gumam Lia.

Dia mengemaskan bilik file tersebut.
********
Haider berada di biliknya sedang meneliti laporan kewangan. Memang banyak yang harus dikerjakan. Sudah tiba masanya dia mencari seseorang yang boleh menolongnya. Kedengaran ketukan di pintu biliknya. Masuk Alan ke ruangan kerjanya.

Walaupun Haider bos dan Alan cuma pekerja namun mereka berdua sudah rapat pada hari pertama Haider di bawa oleh kedua ibu bapanya di syarikat ini.

"Haider, kata Sophie. Lia dah kerja kat sini, mana dia ?" Soal Alan. Hatinya gembira apabila dapat tahu bidadari kesayangannya bekerja di sini.

Haider sudah tidak senang duduk. Nasib lah dia sudah mengunci budak itu di bilik file.

"Kau boleh tak jangan nak sibuk pasal Lia. Kau ni, pantang nampak dahi licin, mula lah nak mengatal." kata Haider, geram.

"Eh, kau ni.. nak marah aku pula, apahal? Lagipun aku nak try Lia. Lain lah kalau aku try Maria. Ahh, tu kau layak lah nak marah sebab Maria tu tunang kau" kata Alan.

"Hish... yelah, Sebab Lia itu....." Baru dia ingin menyambung kata itu namun tersekat. Dia belum yakin dengan perkataan itu.

"Lia tu apa, pekerja kau? Eh, sejak bila pekerja kau kena minta izin kau kalau nak bercinta. Apa, polisi baharu ke?" Soal Alan.

"Lia..... Hish.. yang pasti kau jangan sibuk pasal dia dan jangan cakap pasal dia dekat aku. Dah, jom meeting. Ada projek baharu" kata Haider.

Alan sudah tersenyum.
******

Perut Lia sudah mulai berbunyi. Dia menghabiskan masa pagi sehingga ke tengah hari di bilik file ini. Separuh sudah siap, namun setengah lagi belum.

Baru dia ingin keluar dari situ. Dia memulas tombol pintu dan terkejut dia terkunci dari luar.

"Aduiii...... Apasal pula dia kunci? Aku dah lah lapar..." Adu Lia.
***********

Haider selesai meeting, dia sempat menyiapkan kertas kerjanya. Tiba-tiba panggilan dari telefonnya berdering.

"Hello. Ye, sayang... Nak makan ke? Jom. Tempat biasa" kata Haider.
********
(Petang)
"Sophie.. mana Lia dengan Haider?" Soal Tok Puan.

Sophie membetulkan urat saraf lehernya. Penat dirasakan hari ini. Banyak klien yang dia bersemuka.

"Entah. Sophie balik dulu. Mungkin Abang Haider balik dengan Kak Lia lah kut. Sophie naik mandi dulu tau" kata Sophie.

Elaine diam dan berfikir. Di pejabat tadi, bukankah dalam jadualnya Masternya akan makan malam bersama Cik Maria.

Tok Puan melihat Elaine.

"Elaine. Kenapa?" Soal Tok Puan.

"Tok Puan, tadi saya tengok jadual Master. Master malam ni makan malam dengan Cik Maria" kata Elaine.

"Mungkin Haider ajak sekali kut, makan sama-sama" kata Tok Puan.

Elaine diam. Dia kenal Masternya. Di antara Lia dan Cik Maria. Master akan memilih Cik Maria berbanding Lia. Elaine mulai risau.
*******

"I miss u, sayang. Nasib baik Abang tak kerja dekat Malaysia dah" kata Maria.

"Of course, i miss you too sayang. Yalah, hati Abang kan ada dekat sini" kata Haider.

Maria sudah tersipu malu.

"Anyway, here's present for my sweet fiancé." Kata Haider menyerahkan kotak berisi jam tangan bertatahkan berlian.

"Oh my... Baby... Thanks" kata Maria.

"Most welcome sayang.." kata Haider.
*******

Sophie gelisah di rumahnya. Begitu juga Elaine. Mereka sesekali takut ingin memberitahu Tok Puan. Tok Puan juga sudah masuk tidur.

"Elaine... Saya risau lah" kata Sophie.

"Saya pun Cik Muda. Harap Master balik dengan Puan lah." Kata Elaine.

Kedengaran bunyi kereta sampai. Sophie dan Elaine berlari mendapatkan Hadier. Kelihatan Haider seorang. Elaine dan Sophie terus dipagut rasa risau.

"Abang.... Mana Kak Lia?" Soal Sophie.

"Master, Puan mana?" Soal Elaine.

Serentak persoalan itu ditujukan kepada Haider.

Haider diam.

Sesaat, Dua saat, Tiga  saat.

"Shit !" Sumpah Haider terus berlari. Begitu juga Elaine dan Sophie mengikuti Abang Haider.

Dia baru teringat, dia mengunci Lia di bilik file. Hati Haider berdegup kencang. Dia risau. Dia takut.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now