CHAP 71

220 3 0
                                    

Ketika itu, mereka dalam persiapan menyambut Puan Sally dan Alan. Dan, Lia tidak sabar bertemu dengan Puan Sally. Entah kenapa..

"Sayang... Come, sit down. Sabar. " Ajak Haider, mendudukkan Lia di sofa.

"Hehehe... Soryy abang, entahlah.. dulu kan Lia tak sempat nak jumpa Mommy. Tu yang Lia jadi rindu Mommy tu. " Kata Lia.

"Sabar ye.. " pujuk Haider.

"Hai Kak Lia..." Kata Sophie, menyalam tangan Lia dan mengusap perut Lia.

"Hai Sophie. Neves tak?" Soal Lia. Sophie mengelengkan kepalanya. "Tak.. ee.. baby dekat dalam ni... Tak sabar Aunty nak jumpa. Kalau Aunty kahwin hujung tahun ni, tahun depan mesti nak ada baby daa. Supaya boleh kawan dengan anak Aunty" rapi betul rancangan Sophie.

Lia sudah ketawa. "A ah lah. Sophie kahwin cepat-cepat ye... Terus boleh lah bagi berkawan anak kita.. " kata Lia.

"Okay kak" kata Sophie.

Kedengaran memberi salam dari luar. "Dah sampai dah tu. Jom" kata Haider memimpin tangan isterinya. Erat genggaman tangan Haider.

"Abang.. kenapa?" Soal Lia. Pelik dia..

"Lia..." Kata Puan Sally.. Lia sudah mendapatkan Puan Sally. Memang dia merindukan mommy nya itu.

"Mommy... Mommy sihat?" Kata Lia memeluk Puan Sally.

"Anak mommy.. anak mommy" kata Puan Sally menangis di dada Lia.

"Anak Mommy? Anak apa?" Pelik Lia dengan kata-kata Puan Sally.
*******

Mereka meninggalkan Lia dan Puan Sally di luar. Haider, Alan, dan Sophie sedikit menangis melihat pertemuan yang dramatik ini.

"Tak sangka aku Puan Sally tu ibu Lia" kata Haider.

"A ah.. aku pun Haider. Tapi, aku masih kagum dengan Tok Puan. Mommy cerita. Dialah orang pertama yang tahu semua ini." Kata Alan.

Haider terkejut. Sophie ketawa, dulu reaksinya sama dengan Haider. Memang Tok Puan mereka ini bukan sembarangan orang.

"Maksud kau? Tok Puan dah lama tahu. Lia ni anak Puan Sally?" Soal Haider.

Alan tersenyum, "kata Mommy.. orang Tok Puan lagi cepat berbanding dengan orang bapa aku" kata Alan.

Dan Haider diam.
******

"Percaya lah Lia, Mommy tak pernah tinggalkan Lia dekat rumah anak yatim tu, Mommy cuai dulu.. Mommy kehilangan kamu. Dan, sampai sekarang Mommy masih berharap agar anak Mommy dijumpai" kata Puan Sally masih menangis.

"Dan... Lia ialah anak Mommy.." kata Lia, sambil memeluk Mommynya.

"Dah, kita mulakan semula ye Lia. Tak boleh terlalu nangis, ni cucu mama ni.. kesian dia.. Dah, jom.. kita dahulukan majlis meminang Sophie dengan Abang Alan ye" kata Puan Sally.

Lia mendekati mereka, lantas menyalam tangan abangnya. "Abang Alan.. terima kasih" kata Lia. Alan mengusap rambut Lia.

"Takda apa yang perlu diterima kasih. Dah, selesaikan perminangan Abang dulu. Abang dah tak sabar nak kahwin dengan Sophie ni." Kata Alan, mengenyit mata ke arah Sophie.

Semua mereka masuk ke dalam. Baru sahaja Lia ingin menyertai mereka, tangannya ditarik oleh suaminya.

"Kenapa Abang?" Soal Lia.

"I love you, sayang..." Bisik Haider. Lia sudah tersenyum.

"Abang, jangan buat perangai. Ni banyak orang ni. Jom" kata Lia.

Mereka berjalan bergandingan. Menantikan bila tarikh Sophie dan Alan akan berkahwin.

Tok Puan sudah tersenyum melihat semuanya.. "kalau lah Luthfi dan Syidah masih hidup.." bisik Tok Puan. Aaron dan Elaine yang mendengar sedikit sedih dengan pernyataan tersebut. usia kandungan Lia sembilan bulan, di samping menguruskan Abangnya dan adik iparnya khawin, Haider semakin risau dengan keadaan Lia yang sudah sarat itu.

"Lia... Jangan kerja kuat sangat. Risau Abang tengok" kata Haider selepas pulang dari officenya. Lia hanya tersenyum.

"Takdelah. Lia okay je." Kata Lia. Sepatutnya Lia berada di hospital sekarang. Untuk berjaga-jaga namun isterinya degil dengan alasannya due date lambat lagi.

"Hemm.. yelah, kalau nak terberanak bagitahu abg ye" kata Haider.

"Belum lagi lah.. Lia dah pesan dekat baby kita, jangan keluar sebelum Aunty dengan Uncle khawin.. kan baby" kata Lia mengusap perutnya. Haider turut mengikuti Lia mengusap perut anaknya.

"Anyway, Lia.. Tok Puan ada bagi cadangan nama dekat Abang.." kata Haider.

Lia mendengar kata-kata suaminya.

"Kalau perempuan, Tok Puan nak bubuh nama Asyidah Amelia, kalau lelaki Ardani Luthfi" kata Haider.

Lia suka dengan namanyang diberikan Tok Puan, "dua-dua nama tu ada nama mak ayah abang kan?" Soal Lia.

"Ye sayang... Ni, nak berpantang ni nanti. abang suruh mommy lah ye.. dengan Tok Puan. " Kata Haider.

"Memang pun. Abang jangan risau lah. Kerja abang hanya bangkit kalau anak kita menangis. Okay?" Kata Lia.

Haider sudah mengucup dahi isterinya.
********

Majlis perkahwinan yang penuh gilang-gemilang diadakan di taman Tok Puan. Tema florist garden menarik minat sesiapa sahaja yang akan berkahwin.

Lia tersenyum senang apabila semua rancangan menjadi. "Lia..." Kata Puan Sally.

"Mommy... I'm so happy today" kata Lia. Puan Sally pun menganggukkan kepalanya.

Anak teruna yang dijaga selama ini sudah berkhawin. "Lia nak ikut Mommy balik ke Malaysia ke?" Soal Puan Sally.

Lia diam, ada dibincangkan perkara ini bersama suaminya semalam.

"Mommy, boleh tak Lia tinggal dekat sini. Lagipun, Abang dekat sini." Kata Lia. Puan Sally senyum.

"Boleh sayang.. Mommy takda masalah. Kalau ada apa-apa, call Mommy tau. Tapi, rasanya Mommy dah bagitahu dekat Haider yang pantang nanti, Mommy dengan Tok Puan jaga kan?" Soal Puan Sally.

"Ye mommy..." Kata Lia.

"Tak sabar nak tunggu cucu mommy ni lahir, dah Mommy nak ke sana dulu ye" kata Puan Sally.

Setelah Lia ditinggalkan, tiba-tiba perutnya sakit. Dia cuba tidak membuat semua panik, dia masuk ke dalam rumah, dan ingin tandas.

Namun, belum sempat dia  masuk ke tandas, pandangan kelam dan dia jatuh di situ.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now