CHAP 54

173 1 0
                                    

Lia menuju ke bilik Tok Puan apabila dia diarahkan oleh Tok Puan. Haider pula dari skrin mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Tok Puan. Melihat Lia yang masuk menyebabkan hatinya menjadi rindu.

"Lia. come, see " kata Tok Puan dan apabila Lia melihat di skrin komputer riba. Suaminya.

"Abang...." kata Lia sambil menitis air matanya. Haider yang di Malaysia juga menitis air matanya melihat wajah kesayangannya. Lia.

"Lia sihat? Abang nak minta maaf sebab semua ini terjadi, abang nak minta maaf sebab tarik rambut dan jerit dekat Lia tempoh hari" tangis Haider di sana.

"Takpe Abang. Lia faham.. Anyway, guess who gonna be father next year?" soal Lia. Haider diam.

"Father? Lia... are you pregnant?" soal Haider, Lia menganggukkan kepalanya. Pecah lagi tangisan Haider.

"Lia... so sorry Abang takda dekat sana. Jaga Lia. Abang.. I love you so much Lia Ilysa" kata Haider. Lia hanya menganggukkan kepalanya.

Lama mereka berbual. Tok Puan memberikan mereka masa. Haider bersyukur bahawa Lia di sana, sekurang-kurangnya keselamatan Lia terjamin. Setelah hampir sejam mereka bertelefon. Tiba masanya mereka memutuskan panggilan. Berat hati mereka berdua.

"Jaga diri Lia.. Jaga pemakanan. Abang akan ke sana. Untuk bersama Lia dan anak abang, setelah semua selesai" kata Haider.

"Baik Abang. Kirim salam semua. Sampaikan maaf Lia kepada Alan. " kata Lia.

Panggilan pun ditamatkan. Sudah tiba masanya, Tok Puan memberitahu semuanya kepada Lia.

"Lia... ada benda yang Tok Puan kena sampaikan kepada Lia" kata Tok Puan sambil menyerahkan album lama kepada Lia.

Lia membelek album tersebut. Kadangkala, Lia mengerutkan dahinya. Dia sedikit tidak memahami apa kaitannya gambar lama ini kepada dirinya.

"Errr.. Tok Puan. Apa ni?" soal Lia.

"Lia mesti tertanya-tanya kan. Kenapa kami berada di sini, bukannya Malaysia. Kenapa Haider digelar Master? Kenapa Elaine sentiasa ada dengan Haider. Kenapa Aaron ada dengan Lia dan kenapa Tok Puan tahu semuanya?" soal Tok Puan.

Lia menganggukkan kepalanya. Ya, betul. Semua persoalan itu harus dijawab kerana sudah lama persoalan itu disimpan di hatinya.

"Lia.... kekayaan Tok Puan ini berasal daripada sebuah organisasi.. dan, anak yang kamu kandungkan sekarang bakal menjadi pewaris organisasi ini" kata Tok Puan.

"Organisasi??" soal Lia.
**********

"Elaine, Sophie... Lia mengandung" kata Haider di pejabat. Mereka tidak boleh mengatakan perkara ini di rumah kerana khuatir Maria akan mendengar nya.

"Yay... ya Allah.. tak sabarnya nak jumpa Kak Lia.. " kata Sophie, teruja.

Elaine sudah tersenyum.. dan perjanjian itu wajib ditunaikan.

"Anak Master akan menjadi pewaris kumpulan" kata Elaine. Termati senyuman di wajah Haider dan Sophie.

"Waris? Kumpulan? Maksud Elaine?" soal Haider. Dia sedikit risau, apa yang dimaksudkan oleh Elaine.
*******

Lia yang mendengar sudah terdiam.. Adakah ini satu kegembiraan atau satu kesengsaraan. Apabila anaknya bakal menjadi pewaris kepada kumpulan yang Tok Puan ketuai.

Dia mendengar butir bicara Tok Puan. Dan, perkara ini tidak boleh wajib dilaksanakan oleh keluarganya.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now