CHAP 70

184 1 0
                                    

Ketika itu, mereka dalam persiapan menyambut Puan Sally dan Alan. Dan, Lia tidak sabar bertemu dengan Puan Sally. Entah kenapa..

"Sayang... Come, sit down. Sabar. " Ajak Haider, mendudukkan Lia di sofa.

"Hehehe... Soryy abang, entahlah.. dulu kan Lia tak sempat nak jumpa Mommy. Tu yang Lia jadi rindu Mommy tu. " Kata Lia.

"Sabar ye.. " pujuk Haider.

"Hai Kak Lia..." Kata Sophie, menyalam tangan Lia dan mengusap perut Lia.

"Hai Sophie. Neves tak?" Soal Lia. Sophie mengelengkan kepalanya. "Tak.. ee.. baby dekat dalam ni... Tak sabar Aunty nak jumpa. Kalau Aunty kahwin hujung tahun ni, tahun depan mesti nak ada baby daa. Supaya boleh kawan dengan anak Aunty" rapi betul rancangan Sophie.

Lia sudah ketawa. "A ah lah. Sophie kahwin cepat-cepat ye... Terus boleh lah bagi berkawan anak kita.. " kata Lia.

"Okay kak" kata Sophie.

Kedengaran memberi salam dari luar. "Dah sampai dah tu. Jom" kata Haider memimpin tangan isterinya. Erat genggaman tangan Haider.

"Abang.. kenapa?" Soal Lia. Pelik dia..

"Lia..." Kata Puan Sally.. Lia sudah mendapatkan Puan Sally. Memang dia merindukan mommy nya itu.

"Mommy... Mommy sihat?" Kata Lia memeluk Puan Sally.

"Anak mommy.. anak mommy" kata Puan Sally menangis di dada Lia.

"Anak Mommy? Anak apa?" Pelik Lia dengan kata-kata Puan Sally.
*******

Mereka meninggalkan Lia dan Puan Sally di luar. Haider, Alan, dan Sophie sedikit menangis melihat pertemuan yang dramatik ini.

"Tak sangka aku Puan Sally tu ibu Lia" kata Haider.

"A ah.. aku pun Haider. Tapi, aku masih kagum dengan Tok Puan. Mommy cerita. Dialah orang pertama yang tahu semua ini." Kata Alan.

Haider terkejut. Sophie ketawa, dulu reaksinya sama dengan Haider. Memang Tok Puan mereka ini bukan sembarangan orang.

"Maksud kau? Tok Puan dah lama tahu. Lia ni anak Puan Sally?" Soal Haider.

Alan tersenyum, "kata Mommy.. orang Tok Puan lagi cepat berbanding dengan orang bapa aku" kata Alan.

Dan Haider diam.
******

"Percaya lah Lia, Mommy tak pernah tinggalkan Lia dekat rumah anak yatim tu, Mommy cuai dulu.. Mommy kehilangan kamu. Dan, sampai sekarang Mommy masih berharap agar anak Mommy dijumpai" kata Puan Sally masih menangis.

"Dan... Lia ialah anak Mommy.." kata Lia, sambil memeluk Mommynya.

"Dah, kita mulakan semula ye Lia. Tak boleh terlalu nangis, ni cucu mama ni.. kesian dia.. Dah, jom.. kita dahulukan majlis meminang Sophie dengan Abang Alan ye" kata Puan Sally.

Lia mendekati mereka, lantas menyalam tangan abangnya. "Abang Alan.. terima kasih" kata Lia. Alan mengusap rambut Lia.

"Takda apa yang perlu diterima kasih. Dah, selesaikan perminangan Abang dulu. Abang dah tak sabar nak kahwin dengan Sophie ni." Kata Alan, mengenyit mata ke arah Sophie.

Semua mereka masuk ke dalam. Baru sahaja Lia ingin menyertai mereka, tangannya ditarik oleh suaminya.

"Kenapa Abang?" Soal Lia.

"I love you, sayang..." Bisik Haider. Lia sudah tersenyum.

"Abang, jangan buat perangai. Ni banyak orang ni. Jom" kata Lia.

Mereka berjalan bergandingan. Menantikan bila tarikh Sophie dan Alan akan berkahwin.

Tok Puan sudah tersenyum melihat semuanya.. "kalau lah Luthfi dan Syidah masih hidup.." bisik Tok Puan. Aaron dan Elaine yang mendengar sedikit sedih dengan pernyataan tersebut.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now