CHAP 28

207 3 0
                                    

Ramai juga mereka yang menyertai pertandingan ini. Lia seakan kerdil. Bakerynya baharu beroperasi selama setahun.

Lia menunggu di kerusi. Johan bagi pertandingan ini akan mendapat hadiah rm 10 ribu ringgit, resepi mereka akan dipromosikan oleh syarikat ini dan tuan syarikat akan bertandang ke bakery yang menang.

Lia harap ada rezekinya kerana, dengan duit itu dia ingin membeli sesuatu untuk bakery.

Kelihatan pengacara majlis sudah pun mengumumkan sesuatu. Pertandingan akan ada tiga tahap, tahap pertama: Ujian Rasa, Kedua : Kreatif,  Ketiga : Kotak Misteri.

Lia bersemangat untuk menang. Dia perlu positif.
********

Untuk tahap pertama, ramai yang tersingkir. Kerana Ujian Rasa ialah menguji kandungan yang terdapat dalam pastri berikut.. rasa yang sekecil-kecil pun susah ingin diteka.

Pergi ke ujian kedua, mereka hanya diberikan tiga bahan... Tepung, telur, dan butter. Dan mereka harus mengolah menjadi sesuatu yang lain daripada yang lain.

Dan rezeki Lia. Dia menjadi top 3 untuk peringkat terakhir. Dia bersyukur. Dan sangat bersyukur.

"Baik, bagi kotak misteri. Kamu akan membawa ke atas untuk bertemu dengan tuan empunya syarikat dan menerangkan mengenai resepi yang kamu buat. Resepi kamu haruslah asli atas kreativiti kamu sendiri." Kata pengacara majlis.
*******

"Looks your wife so calm, Haider" kata Puan Sally melihat tv di hadapan mereka.

Haider hanya tersenyum. Dia suka melihat kegigihan isterinya. Tidak sabar dia bertemu nanti.
*****

Lia membuka kotak misteri dan tersenyum melihat bahan di hadapannya. Bahan selalu dia gunakan. Dia bertenang dan cuba buat yang terbaik. Dia senyum. Entah kenapa dia mengingat kata-kata Haider dahulu.

"Tok Puan cakap, kalau nak tanam bunga, hati kena gembira" kata Haider ketika mereka di kebun bunga.

Begitu juga Lia sekarang, jika ingin membuat sesuatu. Hatinya kena senang..
*******

Ketiga-tiga peserta masuk ke tiga bilik berasingan. Sudah tiba masanya dia buat yang terbaik demi bakery yang sudah dia bangunakan selama setahun itu.

Lia mengetuk pintu. Kedengaran laungan masuk dari dalam.

Lia menolak troli kepada para juri di hadapan. Namun, juri di hadapannya sedang membaca kertas. Mungkin tentang latar belakang dirinya. Jadi, Lia tidak nampak siapa di sebalik kertas tersebut.

Lia hanya menyediakan kek yang dibuatnya di meja juri. Dia harus fokus. Dia meletakkan hiasan agar keknya cantik dan enak dimakan.

Setelah siap, dia berdiri di hadapan juri.

"Semua sudah Tuan.. Izinkan saya perkenalkan diri.... Nama saya ...." Belum habis Lia menyambung ayatnya.

"Lia Ilysa..." Kata Haider menurunkan kertas tersebut.

"Hai... My wife" kata Haider sambil tersenyum. Setelah tiga tahun menunggunya dengan sabar. Akhirnya, mereka bertentang mata.

Lia pula tergamam, terdiam, semua perasaan menyerbu di hatinya.

Dia tidak menyangka selepas tiga tahun, dia akan bertemu lagi dengan Haider... Haider Hamzah, masternya.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now