CHAP 25

193 3 0
                                    

Lia sedang melihat resepi. Selama dua tahun dia di sini, pelbagai resepi sudah  diketahuinya. Dan, Puan Sally sentiasa berpuas hati  dengan sikap Lia sangat cepat belajar.

"Hei, sweetheart..." Kata Alan.

"Ye Alan. Nak apa ?" Soal Lia, sedang mencatat resepi yang baharu sahaja dicarinya.

"Busy tak? Jom keluar nak ?" Soal Alan.

"Pergi mana? Lia macam malas lah. Ingatkan nak rehat je.. hehehhe" sengih Lia.

"Kita keluar, tengok wayang.. shopping-shopping. Jom lah" rayu Alan.

"Err... Okay... Jom..." Kata Lia.

Alan sudah senang...
*********

Lia memerhati keayuan perempuan yang bertudung litup di hadapannya. Sangat cantik dirasakan. Alan melihat Lia.

"Lia... Why?" Soal Alan.

"Takde apa Alan. Err, boleh tak lepas ni kita shopping?" Soal Lia.

"Boleh.. anything for you.. bidadari" kata Alan merenung Lia.

Mereka sampai di sebuah butik. Sudah tiba masanya dia berubah.
**********
Lia melilitkan tudungnya. Entah kenapa dirasakan dia merasa tenang memakai tudung.

Lia keluar. Alan sedang memerhatinya.

"Dah jom, pergi kerja.." kata Lia, semangat. Alan masih merenungnya.

"Lia.... Your are so gorgeous.. Perfect" puji Alan melihat Lia. Dia senang dengan perubahan Lia sekarang. Memakai tudung..

"Dah lah tu puji Lia tu.. dah jom pergi kerja. Mommy dah tunggu tu" kata Lia.
******

"Lia.... It's that you..." Kata mommy nya.

"Ye... Saya mommy" kata Lia.

"My... Cantiknya Lia.. manis lagi" puji Puan Sally.

"Hehehe. Dah.. jom buat kerja." Malu dia dirasakan. Alan masih di situ, memerhati raut wajah Lia yang cantik.

"Alan...Alan... Alan.. Ya Allah, budak ni. Alan Zulfikar" laung mommynya.

"Ye.. mommy. Nak apa?" Soal Alan.

"Nak apa? Pergi naik atas. Tercegat kat situ buat apa. Tahulah dapat tengok bidadari " tegur mommy.

"Hehhe. Yelah, Alan naik. Mommy kerja baik-baik tau. Lia pun, kerja baik-baik ye" lembut tutur Alan.

"Dah.. jom buat kek. Kita ada tempahan nak disiapkan" kata Puan Sally.
*******

Alan di pejabat masih mengingat kecantikan Lia bertudung, sudah tiba masanya perasaan yang dipendam lama, diluahkan. Adakah dia diterima? Dia akan memberikan Lia masa untuk menerimanya.

"Lia..... I love you" bisik Alan, angau dengan Lia.
******

"Mommy cuba rasa.. Ini resepi yang Lia gabungkan. Pastri Itali dengan perasa Malaysia. Kan, kita terkenal dengan santan, pandan, gula melaka. Cuba rasa" kata Lia.

Puan Sally mencuba resepi baharu Lia.. dan memang sedap.

"Mommy takde komen Lia. Mungkin kita boleh jual. Sedap ni Lia.." kata Puan Sally.

"Anyway, Lia... Hermm.. boleh Mommy tanya sesuatu?" Soal Puan Sally.

"Apa dia, Mommy?" Soal Lia.

"Lia dah ready nak buka bakery?" Soal Puan Sally. Semalam dia ada bertelefon dengan Tok Puan. Sudah tiba masanya Lia dan Alan mengusahakan bakery sendiri.

"Insha Allah. Lia dah bersedia. Kenapa Mommy?" Soal Lia.

"Dah tiba masanya Lia buka bakery sendiri. Lagipun, Lia dah cekap. Dan Mommy yakin Alan boleh bantu Lia." Kata Puan Sally.

"Baik Mommy. Tapi, mana kami nak dapat pinjaman buka bakery mommy?" Soal Lia.

"Tu jangan risau.." senyum Puan Sally.
********

"Luluskan wang tu" kata Haider dengan Tok Puan.

"Sebab?" Soal Tok Puan.

"Sebab saya suami Lia. Dan, sudah tanggungjawab saya untuk menyediakan semuanya." Kata Haider.

Dua tahun mengajar Haider erti tanggungjawab. Kerana selama bergelar suami kepada Lia dulu. Satu pun Lia belum dapat darinya. Bodohnya dia dulu.

"Cuma, Tok Puan cakap je. Pinjaman tu daripada Tok Puan. Boleh kan?" Soal Haider.

"Boleh Haider, jangan risau" kata Tok Puan.

Tok Puan bersyukur Haider sudah berubah. Selama ini,.perbelanjaan Lia di Malaysia juga Haider yang tanggung. Cuma, rahsia ini hanya disimpan oleh Puan Sally, Tok Puan, dan Haider.

"Setahun lagi... Dan, saya akan ke Malaysia.. untuk bertemu sayang.." bisik Haider.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now