CHAP 35

206 3 0
                                    

Selepas percutian mereka tiga hari, Lia kembali bekerja. Begitu juga Haider, namun Haider bekerja di syarikat mereka dahulu. Syarikat bakery yang dimiliki Haider diserahkan kepada Puan Sally untuk diuruskan.

Lia terus menapak ke ruangan atas. Dia ingin memberikan Alan buah tangan.

"Alan... Haiii" kata Lia, ceria. Namun, Alan tidak ceria.

"Kenapa jatuhkan maruah Lia hanya untuk lelaki macam tu?" Soal Alan secara tiba-tiba.

Lia terkejut dengan pertanyaan Alan. Adakah Alan marah kepadanya kerana ketiadaan Lia di bakery ini.

"Maafkan Lia, Alan. Alan marah Lia ke? Sorry sebab bercuti tiga hari. Sorry,, Alan" kata Lia dengan wajah bersalahnya.

"Lia.. buka hati dan mata Lia. Haider perangkap Lia.. paksa kahwin dengan Lia, jadikan Lia maid. Dan, kenapa Lia masih nakkan lelaki macam tu?" Jerkah Alan.

Lia sudah terkejut dengan jerkahan Alan. Alan pergi ke arah Lia. Lia sudah terkurung di antara dinding dan Alan. Lia sudah mulai menangis.

"I love you, Lia. Please... Tinggalkan Haider. Alan boleh layan Lia lebih daripada si Haider tak guna tu" bisik Alan.

Lia mengelengkan kepalanya.

"Alan janji dengan Lia. Alan akan jadi sebaik-baik suami. Dari hari pertama, Alan jumpa Lia. Alan tak pernah rasa begini Lia. Ingat balik, apa yang Haider dah buat dengan Lia." Kata Alan, semakin lama semakin dekat wajah Alan kepada Lia.

Lia sudah menangis.

"Alan.. stop.. Lia hanya anggap Alan sebagai abang, tak lebih dari itu. Maafkan Lia. Lagipun, Alan hanya dengar cerita mengenai kejahatan Haider. Tapi, hakikatnya... Lia yang mulakan semuanya. Lia yang bersalah. Kami dah lama kenal, Alan. Kami dari rumah anak yatim yang sama sebelum Haider dibawa ke UK" terang Lia sambil menangis, memohon agar Alan memahami semuanya.

"Habis tu, Lia pilih Haider? Lia pilih lelaki yang dah hancurkan masa depan Lia? Jangan hanya kerana kita terhutang budi dengan Haider tu, Lia nak balik dengan dia and I even don't care what happen to you long time ago. Tapi, kita cerita pasal sekarang, Lia." kasar suara Alan.

Lia terkejut, kenapa Alan boleh berubah sebegini.

" Please Lia. Think about it. Kalau Lia terima Haider kembali. Perasaan Lia akan disakitkan lagi. Lia nak jadi macam tu?" Soal Alan, namun muka Alan makin mendekat kepada Lia.

"Alan... Hormat saya sebagai isteri orang. Jangan buat saya macam ni?" Kata Lia, dia takut.

"I love you, Lia.." kata Alan sekali lagi dan baru dia melepaskan tangannya dari dinding.

Lia meninggalkan bakul dan berlari ke bawah. Dia menangis di kaunter. Nasib pekerjanya belum masuk bekerja lagi.

Alan terduduk di kerusi. Dia diam.. dia melihat bakul pemberian Lia dan melihat apa isi di dalamnya.

"Special for Alan"

Dia melihat baju kemeja dan necktie. Dia agak menyesal memperlakukan Lia sebegitu rupa. Namun, hatinya mencintai Lia. Hanya Lia.
*******

"Terima kasih semua.. hati-hati balik ye" kata Lia kepada pekerjanya.

Lia melupakan sekijap apa yang berlaku kepada mereka berdua. Lia sedang mengemaskan peralatan memasak tadi dan menulis sesuatu di bukunya.

"Lia...." Kata Alan dengan nada yang lembut.

"Ye, Alan..." Kata Lia namun tidak menatap muka Alan, dia masih sedikit takut dengan apa yang berlaku awal pagi tadi.

"Alan nak minta maaf pasal tadi ye. Alan terlalu ikutkan perasaan" kata Alan, mengakui kesilapannya.

"Err.. tak pe, Alan... Err, Alan balik dulu lah ye. Lia balik nanti." Kata Lia.

"Lia tidur rumah Haider ke malam ni?" Soal Alan.

Lia sudah mempamerkan muka peliknya. Salahkan jika dia tidur di rumah suaminya sendiri.

"Maaf kalau Alan bertanya. Err, okaylah. Alan balik dulu. Jumpa esok" kata Alan. Dia tidak mahu menjadi punca jikalau hubungan mereka renggang.
******

Selang beberapa minit, datang Haider mengambil Lia, Haider melihat muka isterinya yang sedikit muram dan sedikit lagi ingin menangis.

Haider mengenggam tangan isterinya memberi kekuatan. Dan, Haider melihat ada butiran jernih mengalir di pipi Lia.
*****

Lia merendamkan dirinya di dalam bathtub. Dia masih terkejut dengan perangai Alan pagi tadi.

"Abang boleh join tak?" Soal Haider. Lia menganggukkan kepalanya. Haider masuk ke dalam bathtub, berendam bersama Lia.

"Macam ada masalah je. Boleh tak kongsi dengan Abang?" Soal Haider, prihatin.

Lia diam..

"Lia tak tahu, Abang. Lia anggap Alan macam abang kandung Lia. Tapi, kenapa Alan mengharapkan lebih. " Lia sudah mulai bersuara.

Yakin Haider, Alan sudah meluahkan perasaannya.

"Lia suka Alan ke?" Soal Haider.  Lia mengelengkan kepalanya.

"Lia tak nak persahabatan Lia dan Alan putus hanya kerana Lia tak balas cinta Alan. Lia lebih selesa kalau berkawan baik dengan Alan, Abang" kata Lia, masih muram.

"Sekarang, dalam hati Lia, siapa?" Soal Haider. Sudah tiba masanya dia ingin mengetahui adakah Lia masih mencintainya.

"Orang yang sama, sejak dari rumah anak yatim lagi" terang Lia tanpa perlu memberitahu nama orang tersebut, kerana orangnya ada di hadapan Lia.

Haider sudah tersenyum kesenangan. Dia tidak perlu bertanding dengan Alan. Kerana, dia tahu Lia masih mencintainya dan cintanya juga kepada Lia tidak akan pudar.
******

Selepas Lia tidur, Haider membuat keputusan untuk menghubungi Alan. It's time to talk like a real man.

"Hemm Hello, kenapa?" Soal Alan, acuh tak acuh membalas panggilan Haider.

"Boleh kita jumpa esok?" Soal Haider dengan suara tegasnya.

"Buat apa? Aku takda masa" kata Alan sedikit kasar.

"Kalau betul kau sayang Lia, kita jumpa esok. Ada benda nak aku cakap" kata Haider.

Alan diam...

"Okay. Boleh.. dekat mana?" Soal Alan. Perkara melibatkan Lia, dia sanggup buat apa sahaja.

"Nanti aku share location" kata Haider.

"Hemm" kata Alan, dan panggilan di matikan.

Haider merenung isterinya yang tidur nyenyak. Dia mengusap rambut isterinya dan mencium dahi isterinya.

"Abang tak nak Lia bersedih lagi ye.. I love you, Lia Ilysa" kata Haider, memeluk isterinya.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now