CHAP 47

143 1 0
                                    

"A ah.. Dia muntah tadi. Aku dah suruh dia rehat atas sana." terang Alan di telefon mengkhabarkan mengenai kesihatan Lia.

"I wish i can go to your bakery, but. I have meeting right now. Just, make sure Lia fine okay. Habis je meeting, aku terus ke sana" luah Haider, risau.

"Don't worry bro. Okay lah, aku nak tengok Lia dulu kat atas" kata Alan.

"Okay... thanks again, Alan" kata Haider.

"Master... Puan okay ?" soal Elaine.

"Kata Alan dia tak sihat. Habis meeting, saya akan ke sana" kata Haider. Elaine menganggukkan kepalanya.
********

Selepas meeting, dia terus ke bakery. Elaine diarahkan untuk berada di pejabat, kerana takut ada yang penting di sana.

"Alan, mana Lia?" Soal Haider. Alan sudah terkejut dengan sergahan Haider di dapurnya.

"Kat atas. " kata Alan. Tanpa menunggu Alan, Haider sudah naik ke atas. Hatinya sangat risau. Masa mesyuarat tadi pun, dia tidak dapat memfokuskan dirinya kerana hatinya risau.  Haider membuka pintu dan melihat Lia yang sedang baring di sofa.

"Sayang.... " bisik Haider. Lia mendengar terbuka sedikit matanya.

"Abang... abang tak kerja ke?" lemah suara Lia.

"Are you okay ? Why? What happen?" soal Haider. Lia membangkitkan dirinya untuk bercakap dengan Haider.

"Tadi, Lia muntah. Mungkin, Lia silap makan kut." kata Lia. Pucat wajahnya. Haider memandangnya dengan pandangan risau.

"Jom balik ye..." kata Haider. Lia menganggukkan kepalanya.
*******

"Alan... boleh kan kau bagi cuti Lia lagi?" soal Haider kepada Alan. Haider masih menghormati bahawa Alan ialah majikan Lia di bakery ini.

"Bagi rehat lah dia. Bila dah okay, baru suruh Lia masuk kerja. Aku tengok tadi pun, takut dah, teruk juga dia muntah tu Haider. Better kau gi cek. Mana lah tahu kan... " kata Alan sudah tersengih.

"Apa.... dah lah, aku pergi dulu. Risau pula aku tinggalkan Lia dekat kereta, terima kasih Alan" kata Haider, meninggalkan Alan.

"Ee... Haider ni, belum sempat aku nak cakap... Tapi, kenapa aku rasa Lia tu mengandung erk ? Sebab, mommy pernah je cerita, kalau muntah-muntah, pening kepala, pucat-pucat. Bermakna mengandung... ke bukan? ke mengandung ke bukan..." kata Alan, bercakap seorang diri di luar bakery.

"Bos. apa yang bukan bos?" tegur pekerjanya. Pelik dia melihat bosnya bercakap seorang.

"Sibuk je sorang ni. Dah masuk, jom sambung kerja." seloroh Alan kepada pekerjanya.

"Puan Lia okay ke tu, bos?" soal pekerjanya.

"Okay lah kut..." kata Alan.
***********

"Lia, kita ke klinik ye?" soal Haider.

"Alah.. Abang.. kita balik ye. Please, Lia malas nak jalan-jalan. Lia nak rehat je. Boleh kan? Sebab, Lia rasa mungkin Lia salah makan je ni.. Betul" kata Lia, dia tidak mahu menyusahkan Haider.

"Okay lah.." kata Haider.

Sesampainya mereka di rumah, Haider terus mengendong Lia masuk ke bilik. Maria hanya menyaksikan perlakuan tersebut di sebalik pintu biliknya.

Daripada pakaian pejabat, Haider menukar pakaian ke pakaian t-shirt. Haider terus menapak ke dapur. Dia ingin menyediakn sup ayam untuk Lia.

Peluang keemasan untuk Maria. Kerana, di rumah ini hanya dia dan Haider. Orang gajinya pula sibuk menguruskan ruangan lain.

"Yes... Akhirnya... " gumam hati Maria, dia mengintai Haider di dapur. Dan menapak ke arah Haider.

"Haider... masak apa tu?" soal Maria, lembut.

"Owh.. Maria.. ye, saya nak masak untuk Lia. Dia tak sihat " kata Haider, Haider sedikit gugup... dia terlupa mengenai Maria di rumah.

"Owh....." kata Maria dengan nada menggoda. Dia mendekatkan dirinya kepada Haider.

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now