CHAP 66

133 1 0
                                    

"Puan nak dengar cerita pasal Tok Puan dan arwah suaminya?" soal Elaine. Lia sudah bersedia untuk mendengar cerita yang sudah lama dia ingin dengar.

"Tok Puan jumpa suami dia apabila mereka berlawan senjata, bayangkan umur Tok Puan yang masih muda, awal 20-an .. Tok Puan dah pandai main senjata. Suatu hari tu, mereka adakan perlawanan di antara organisasi.. Perlawanan terakhir menemukan Tok Puan dan suaminya. " kata Elaine.

Lia bersungguh-sungguh mendengar cerita Elaine. "Ibu bapa saya cerita, waktu tu.. suami Tok Puan sanggup kalah untuk Tok Puan, sebab nak bagi Tok Puan menang.. Dan, akhirnya.. mereka kahwin. Cuma, bukan suami Tok Puan je yang sukakan Tok Puan. Ada ketua kumpulan lain juga menaruh hati dengan Tok Puan, bila dah dapat tahu mereka berkahwin dan Tok Puan dah luaskan kawasan dia. Ada yang marah... dan yang paling sedih... suami Tok Puan ditembak, di hadapan mata Tok Puan, kerana kelemahan Tok Puan ialah orang yang Tok Puan sayang, iaitu suaminya". kata Elaine.

Lia sudah terdiam, banyak sebenarnya penderitaan Tok Puan selama ini. Dia ingatkan Tok Puan ialah seorang yang ceria, melindungi namun banyak yang dia pendamkan selama ini.

"Tulah sebab, sesiapa je yang cuba kacau keluarga atau keturunan Tok Puan, dia takkan maafkan. Sekarang, Puan tahu ke apa yang jadi dekat keluarga Cik Maria?" soal Elaine.

Lia menantikan jawapan itu, ya.. lama sudah dia tidak mendengar dan melihat Maria di sini.

"Mereka dilarang untuk menjejakkan kaki mereka ke sini, dan mempunyai apa-apa hubungan dengan kita. Tok Puan takut Maria akan bertindak lagi. Tapi, mungkin selepas amaran.. Maria tak berani lagi datang ke sini. Tulah sebab, Puan jarang dah dengar mengenai Maria. Tulah dia... kita jangan tengok Tok Puan sebagai orang tua, tapi lihat masa silamnya yang penuh dengan onak duri, dan memastikan organisasi, keluarga dia selamat" kata Elaine.

"Ada kemungkinan ke organisasi lain akan datang kacau kita?" soal Lia. Elaine tidak menganguk dan tidak juga mengeleng.

"Sebab, sekarang.. keadaan sudah kembali aman, tapi... kita tak tahu masa depan Puan. Cuma, kita harus bersedia.. Terutama sekali anak Puan." kata Elaine.

"Puan, tidur lah. Dah lewat ini" kata Elaine, Lia sebenarnya tidak mampu tidur. Dia masih memikirkan suaminya.

"Lia nak Abang..." Kata Lia.

"Puan.. tidur ye.. okay..? He will back " kata Elaine. Lia mulai menyelimutkan dirinya dan memejamkan mata, lama-kelamaan .. dia tidur. Selang beberapa minit, telefon milik Elaine berbunyi,

"Puan dah tidur, Tok Puan. Ya, Puan ada makan juga tadi.." kata Elaine. Panggilan pun dimatikan.

"Master is doing great Puan. Don't worry" kata Elaine.
***********

"Master... Are you okay?" Melihat Masternya yang sudah keletihan dari pagi melakukan misi tanpa henti. Pelbagai misi yang dilakukannya termasuklah berlawan secara fizikal.

"Still a lot more to go. Jom, Aaron. I don't want to waste time." Kata Haider. Dia kesiankan Haider, namun apa boleh buat. Inilah misi mereka.
**********

Apabila Lia bangun menyentuh bahagian katil sebelahnya. Dia  dapati kosong.

Dia menangis semahunya.

"Abang !!!!!" Tangis Lia. Suaminya tidak berjaya. Dan, mereka akan berpisah. Elaine sudah membawa beg bagasinya di tangan.

"Jom Puan. Maksud saya, Lia. Maafkan saya, Haider gagal dalam misi ini." Kata Elaine. Lia menangis semahunya.

Lia menjerit histeria. Dan, mereka akan berpisah. Pisah secara paksa... Dan, dia tidak sanggup ...

Dare You To Love Me, Master !Where stories live. Discover now