01-PERTEMUAN

2.7K 91 12
                                        

HUJAN renyai jatuh membasahi bumi, langit pun kian menua. Mendung saja cuaca hari ini. Kawasan tanah perkuburan itu sunyi dan sepi, mengungkapkan perasaan dia sekarang. Kehilangan orang yang kita sayangi sememangnya berat.

Hujan rahmat yang menghantar pemergian ibu bapanya.

"Yuta, marilah balik. Dah jam berapa ni, dah lewat." Pujuk Thaqief. Bahu Yusuf diusap perlahan cuba menenangkan sahabatnya itu. Budak lelaki itu hanya diam. Air matanya dibiarkan mengalir.

"Betul tu, Yuta. Nanti kita orang teman kau lagi. Kita balik dulu, hujan ni. Nanti kau demam." Sampuk Johan pula. Payung besar yang melindungi mereka dipegang kemas. Naik lenguh tangan dia dibuatnya.

"Tak nak. Kalau kau orang nak balik, baliklah." Tegah Yusuf. Masakan dia hendak balik ke rumah, ibu bapanya baru sahaja meninggal dunia. Sudahlah kakaknya langsung tidak muncul kan diri.

Air matanya dikesat kasar.

"Yuta, tak elok menangis-"

"Aku tak nak balik," tertutup rapat mulut Johan apabila mata Yusuf tajam menikam dirinya. Dia pandang Thaqief pula.

"Yuta, aku tahu kau sedih. Sekarang tengah hujan, nanti kau demam."

Bahu Yusuf diusap lagi.

"Tak nak." Yusuf bersuara tertahan. Lengan Thaqief ditepis. Kesabarannya kian menipis.

"Yuta-"

"Kau tak faham bahasa ke, hah?! Aku kata tak nak, maknanya tak nak lah!" Dia berdiri dari duduknya. Dadanya berombak kasar. Kedua tangannya menolak kasar dada Johan dan Thaqief.

Terpaku mereka seketika. Tak pernah lihat Yusuf marah.

"Baliklah!" Rambutnya diramas kasar. Dibiarkan saja hujan menimpa dirinya. Thaqief mengeluh perlahan. Begitu juga Johan. "Iyalah, kita orang balik. Ada apa-apa, bagitahu terus." Pesan Thaqief.

Yusuf tidak membalas, sebaliknya dia kembali duduk di antara pusara kedua ibu bapanya.

"Jaga diri, Yuta." Suara Johan bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia langsung tidak peduli. Matanya dipejam rapat. Dada yang berombak laju tadi kembali normal. Tangannya naik menekup muka, air mata laju melusuri pipinya.

Dan saat itu, suara tangisannya saling bersahutan dengan titisan hujan yang makin melebat. Dengan usia yang baru menginjak 15 tahun, apa yang dia boleh lakukan tanpa ibu bapanya.

Dari kejauhan, seorang gadis memerhatikan dia. Senaskhah yasin yang dipegangnya diletakkan semula ke dalam beg. Akibat hujan yang semakin lebat, dia buat keputusan untuk pulang. Tapi bila terperasan ada seorang budak lelaki sedang menangis, niatnya dibatalkan.

Matanya melihat payungnya sekilas. Tak besar mana, tapi cukup untuk meneduhkan seorang lagi di bawahnya. Dari belakang, budak lelaki itu mungkin sebayanya.

Laju dia berlari merapati.

"Awak!" panggil Zulaikha sedikit kuat. Takut suaranya tidak didengari.

"Pergi, aku tak perlukan kau." Dingin dia membalas. Perlahan, tapi masih boleh didengari. "Tak elok duduk dalam hujan. Baik awak balik. Nanti demam-"

"Tak ada guna aku balik rumah. Mama dan papa aku dah mati!" Pintasnya laju. Malas mahu melayan gadis di belakangnya. Zulaikha tergamam seketika.

Dia faham.

"Tak baik awak cakap macam tu. Lebih baik awak balik dan doakan yang terbaik untuk mereka. Sekarang tengah hujan, doa makbul tau! Tak pun, saya boleh teman awak pergi masjid-"

"Aku benci hujan." Sekali lagi dia memintas. Bergerak rahangnya menahan sabar. Mengharapkan gadis itu pergi meninggalkannya seorang.

"Hujan tu rahmat. Saya tahu awak marah, terkilan, sedih. Mak saya pun dah meninggal, waktu saya baru lima tahun. Saya faham-"

BIDADARI ; YUSUF'S Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang