09-MASA ITU

845 44 7
                                        

TOLONG! Mummy.. daddy.. John takut..”

“Jangan takut. Ikut makcik, sayang.”

“Ma-makcik!”

“M-mak!”

“Kita tak marah awak lah. Abah kata mak pergi sebab Allah sayang dia. Allah sayang adik baby. Bukan sebab selamatkan awak. Kita pun sayang mak kita.”

Tak mudah untuk anak sekecil dan sepolos Zulaikha memahami situasi. Kata abahnya, ibunya tunggu mereka di syurga bersama adik yang bakal lahir itu.

“Mulai hari ni, kita kawan.”

Johan pejam matanya rapat. Sejak enam tahun lepas, memori itu kembali menerjah kotak pemikirannya. Saat di mana seorang wanita mengandung selamatkan dia dari kebakaran.

Mak Zulaikha. Pembantu rumahnya.

“Aku minta maaf, Zulaikha.” Wajahnya diraup kasar. Sungguh dia menyesal. Dia tahu perasaan Zulaikha terhadapnya.

Ego.

Ya, dia ego. Tak mahu membuka hati kepada Zulaikha yang setia menunggunya. Zulaikha mungkin dah bahagia dengan Yusuf sekarang.

Dia lelaki. Dia tahu sedalam mana cinta seorang Yusuf buat Zulaikha. Cara pandangan dan gaya layanan lelaki itu cukup buat dia faham.

“Aku.. aku sayang kau, Zulaikha.”

Selepas apa yang Rania lakukan padanya, saat itu dia sedar kesilapan terbesarnya. Mempersiakan Zulaikha, malah dia merendah-rendahkan martabat seorang wanita.

Ya, dia salah. Dan sekarang dia sedar, semuanya sudah terlambat.

Damn, Han. Kau bodoh,”

GELANG hitam di tangannya ditenung dengan seribu satu perasaan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

GELANG hitam di tangannya ditenung dengan seribu satu perasaan. Pasangan gelang yang dimiliki Zulaikha. Memori pada malam itu betul-betul meninggalkan kesan di hatinya.

Zulaikha cintakan Naz.

Zulaikha sayangkan Naz.

Dan lelaki itu juga merasakan yang sama. Tidak semena-mena, air mata mengalir di pipinya.

Sakit.

Oh Tuhan, kenapa ia begitu sakit?

Tak boleh ke kalau Zulaikha cintakan dia juga?

Huh,” keluhnya perlahan. Naz memang selalu menyusahkan dia dengan benda yang gila sehinggakan dia terpalit sekali dan dialah yang disalahkan.

Memori itu sungguh memeritkan.

“Han, apa masalah kau?! Bagi baliklah!”

Gelang putih di tangan Johan cuba dicapai. Mata mula bergenang dengan air mata. Tak mengerti dengan setiap tindakan Johan.

BIDADARI ; YUSUF'S Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang