55-KISAH

406 20 3
                                    

SUASANA SUNYI PAGI itu, dingin dan hening mencengkam diri. Senyap dia duduk di tepi pusara yang masih merah itu. Menatap lurus ke hadapan namun sesekali, air mata mengalir di pipi.

Sedih. Dia sedih.

Tak sangka hingga ke akhir hayat wanita kesayangannya itu, dia tak dapat menatap wajah itu buat kali yang terakhir. Tadi selepas habis menguruskan jenazah, orang-orang mula beredar tapi dia masih di sini. Sesekali, kepala Mardhiyah yang tersarung selendang hitam itu diusap lembut. 

Gadis kecil itu masih tidak mengerti, apatah lagi dia tidak rapat dengan Maryam. Tapi, dia sedih. Lihat Aldan menangis makin menambah sedih di hatinya.

“Bang,” lirih suara Yusuf memanggil. Aldan tidak menoleh namun hanya berdehem perlahan membalas sapaan itu. Dia tahu Yusuf serba salah, sudah banyak kali adik iparnya itu meminta maaf.

Bukan salah Yusuf. Dia faham.

“Tak apa, Suf. Bukan salah kau,” tahu apa yang mahu Yusuf katakan, Aldan terlebih dahulu berbicara. Dia tersenyum nipis lalu perlahan-lahan lelaki itu bangun dari duduknya. Tangan Mardhiyah dipimpin sama untuk bangun.

“Aku balik dulu, dah lama aku dekat sini.” Bahu Yusuf ditepuk perlahan sebelum dia membuka langkah.

“Izinkan Yusuf cari penderma mata untuk abang. Itu je cara untuk buat Yusuf berhenti rasa bersalah,”

Langkah Aldan terus terhenti, begitu juga Mardhiyah. Mardhiyah diam memerhati, tidak mendengar dan mengerti apa yang dua orang lelaki itu katakan.

Ini bukan kali pertama Yusuf menawarkan perkara itu kepadanya. Cuma dia yang selalu menolak, apatah lagi sekarang, bukan hanya tidak dapat memandang namun, mendengar suara isterinya pun dia sudah tidak mampu.

“Yusuf, a-”

“Yusuf tahu jawapan abang. Kalau bukan sebab kakak pun, tolong terima untuk Mardhiyah. Sampai bila nak communicate guna orang tengah?” Yusuf memandang sekilas ke arah Mardhiyah. Jatuh lagi rasa kasihannya.

Sedikit sebanyak, Aldan terkesan dengan kata-kata itu. Dalam menusuk ke hatinya.

“Tolong bang, terimalah kali ni..” Yusuf merayu bila melihat Aldan masih teragak-agak.

Lama. Barulah Aldan menghela nafasnya perlahan.

“AKU AKAN UPAH orang jagakan Mardhiyah sementara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“AKU AKAN UPAH orang jagakan Mardhiyah sementara. Kau tak perlu risaukan dia,” kata Yuta datar. Saat ini, dia mahu menghantar Aldan ke luar negara untuk rawatan mata lelaki itu. Bukannya tidak boleh dibuat di dalam negara, tapi dia sengaja.

Biar Aldan tenangkan dan kosongkan fikiran buat sementara waktu. Dia tahu lelaki itu perlukan ruang.

“Kau tak perlu buat semua ni. Aku okey-”

“Tak payah nak cakap benda mengarut. Aku hantar kau dalam keadaan sihat dan aku nak kau kembali dengan yang lebih baik. Kau tu masih ada anak, aku nak kau jadi ayah yang sempurna. Anak kau perlukan seseorang yang boleh lindungi dia. Dan selagi aku boleh tolong, aku akan tolong.”

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now