25-CRAVING

460 20 7
                                    

NAZ tersenyum manis ke arah Zulaikha yang sedang memakaikan tali leher untuknya. Kenapa dia rasa yang Zulaikha makin cantik dari hari ke hari? Geram saja tengok.

“Aikha perasan tak yang Aikha makin cantik?” kata Naz, pinggang Zulaikha lantas dirangkul erat. Tak berkelip langsung matanya memandang wajah Zulaikha yang sudah tersenyum itu.

Zulaikha menepuk lembut bahu dan dada Naz selepas dia siap memakaikan tali leher untuk Naz. Leher suaminya dirangkul kemas, menyelesakan diri dalam pelukan Naz.

“Suami Aikha pun kacak sangat. Macam prince charming!” Zulaikha menjengket lalu hidung mereka dilagakan bersama. Pecah tawa mereka berdua.

Hmm.. rasa macam tak nak pergi kerja,” Naz mencebik. Zulaikha ketawa lagi melihat wajah cemberut Naz. Dahi dijatuhkan pada bahu Zulaikha. Rasa macam tak percaya saja muka begini boleh membunuh orang.

Lainlah kalau muka macam Yusuf. Astaghfirullah, tak baik.

“Tak naklah macam tu. Nanti Aikha datang pejabat, okay?” tanya Zulaikha. Rambut Naz diusap perlahan.

“Aikha masakkan kari ketam, boleh? Naz teringinlah..” pinta Naz. Zulaikha tak bertanya lebih dan hanya mengangguk.

“Nanti Aikha beli ketam. Naz kerja rajin-rajin, okay? Bagi peluang dekat Yusuf nak berehat juga,” kata Zulaikha. Bukan apa, tempoh hari Yusuf ada membebel tentang Naz yang suka sangat larikan diri bila disuruh buat kerja.

Terima projek pandai, bila dah semua pihak setuju boleh pula dia tinggalkan Yusuf selesaikan semua. Mana tak marahnya cik abang seorang itu.

Naz menggulingkan biji matanya.

“Dia dah pandai mengadu pada Aikha? Tak gu—”

Haip, apa tu? Janganlah cakap macam tu dekat diri sendiri,” kata Zulaikha seakan ibu yang memarahi anaknya. Naz merengus perlahan lalu leher Zulaikha di sebalik tudung sarung itu dikucup.

Geram!

“Janji tau Aikha datang office? Kalau tak, Naz makan Aikha sampai puas bila dah balik.”

Zulaikha mencebik. Mengada! Nanti bila dah balik kerja, bukannya Naz yang dia jumpa. Selalunya Yusuf.

“Iya, Naz. Aikha tunggu, okay?” rambut lelaki itu diusap lagi. Terkedu seketika Zulaikha apabila tapak tangan Naz jatuh menyentuh perut kempisnya.

“Agaknya bila kita boleh dapat baby, Aikha? Tak sabarnya..” bisik Naz perlahan sambil mengusap-usap kawasan itu lembut. Zulaikha tersenyum lebar.

“Kalau anak first, Naz nak baby girl ke baby boy?” tanya Zulaikha pula. Naz kemam bibir seketika sebelum menjawab.

“Nak baby boy, so that muka dia mesti macam Aikha tapi versi lelaki.” balas Naz. Zulaikha senyum suka.

“Kalau baby girl pun tak apa. Boleh jadi kak long kawasan. She must be strong as you.”

Rasa nak menangis Zulaikha mendengar. Manisnya..

“Ehem!” serentak mereka berdua menoleh. Luke berdiri tegak di pintu dapur sambil berpeluk tubuh. Muka tak payah cakap, menyampah habis.

Selepas sedap-sedap dia melantak sarapan, dia berjalan keluar dari dapur dan matanya terus dihiasi dengan pandangan yang kelihatan manis di mata orang lain.

Tapi bukan dia. Bukan Luke Taufeeq.

“Walaupun aku tak single, tapi tolonglah tengok sekeliling sama. Aku masih bekerja di bawah kau dan aku ada dalam rumah ni untuk menggantikan Kasyaf yang sedang demam. Jadi, tolong. Hormat tetamu kau ni,” usai berkata begitu, Luke naik ke tingkat atas.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now