RASA MAHU GILA Maryam dibuatnya apabila Yuta menayangkan semula satu persatu perbuatan jahat yang pernah dia lakukan.
Semuanya. Tanpa tinggal satu pun.
“Tiga hari dah cukup untuk ingatkan apa kau buat, right?” suara garau itu bertanya dingin. Derap kaki dibuka melangkah ke arah tubuh lemah wanita yang terikat tangannya ke atas itu. Bibir menyenget sinis.
Yuta berhenti betul-betul di hadapan Maryam. Mata tajamnya menatap kosong wajah tidak terurus itu. Bibir yang tadi meloret sinis mula berubah datar bagai tiada perisa.
Dingin.
“Aku ni, Maryam. Kalau kau nak sentuh aku, kacau aku, aku masih boleh terima. Tapi..” Yuta melangkah setapak.
'pak'
Rambut panjang itu direntap. Terdongak kepala Maryam dibuatnya, wajahnya berkerut menahan perit.
“Kalau kau sentuh keluarga aku, kau kena tahu yang kau dah bermain dengan api, Maryam.”
Yuta tersenyum psiko.
“Bukan macam kau. Kau bukan keluarga aku, kau syaitan.” Bahu Maryam dan ditarik kuat ke arahnya. Matanya menggelap penuh amarah. Setiap kali teringatkan peristiwa hitam itu, dia jadi marah.
Rasa mahu menghancurkan dan melenyapkan terus Maryam dari dunia ini.
“Kau ingat lagi tak.. apa kau dengan orang tua tu buat pada aku? Pada budak sepuluh tahun macam aku masa tu?” Yuta berbisik rapat. Perlahan dan sinis.
Mata Maryam bergetar. Masa hitam yang menghantui dirinya. Dia masih ingat dengan jelas selepas kejadian itu, Yuta membunuh datuknya di hadapan matanya sendiri.
Bagaimana dada itu ditikam berkali-kali dan Yuta dengan wajah datarnya yang dipenuhi darah. Dia ingat.
“Aku menyesal bunuh dia cepat sangat dulu, tak sempat aku nak seksa jantan bodoh tu. Kalau dia ada sekarang, hmm.. apa agaknya reaksi dia bila tahu kau bunuh satu-satunya anak lelaki yang dia ada?”
“Ma-mana kau dapat rakaman tu..” Maryam akhirnya bersuara. Suara serak dan kedengaran perit. Manakan tidak, jika anak buah Yuta hanya memberikan dia seteguk air saja sehari.
Yuta tersenyum sinis mendengar soalan itu.
“Suami kau. Kau ingat dia sanggup ke nak tengok isteri kesayangan dia ni menzalimi orang. Mestilah tak, Maryam. Dia simpan semua rahsia kau, sebab dia masih anggap ada peluang nak betulkan kau. Tapi.. apa kau buat pada dia? Kau ingat apa kau buat pada dia? Kau ingat tak, Maryam?!” kuat suara Yuta bergema.
Maryam pejam mata. Mustahil dia lupakan apa yang dia lakukan pada lelaki yang mencintainya sepenuh hati itu.
Mustahil.
“Dan.. anak kau? Hm.. kesian budak tu ada mak macam kau,” Yuta mencebik, sengaja membuat wajah sedih dan sayu.
Biar Maryam fikir yang kedua insan itu sudah tiada padahal selama ini, hanya dia yang tahu di mana Aldan dan Mardhiyah berada.
Maryam telan liur. Rasa dihantui dengan dosa silam. Tapi.. itu semua bukan salah dia! Dia.. dia cuma mahu orang lain rasa juga apa yang dia rasa.
Dia mahu nasib mummynya dibela. Tapi dia tidak tahu kenyataan yang, niat tidak pernah menghalalkan cara.
Yuta berdecit sinis lalu menjauhi Maryam. Kerusi ditarik lalu duduk dilabuhkan dua meter jauh dari Maryam. Telefon pintarnya dibawa keluar sebelum nombor seseorang didail.
“Hm, kau bawa dia masuk sekarang,”
'tut'
Panggilan tamat. Telefon yang tadi berada dekat dengan telinga diketuk pula pada penghadang kerusi sambil menunggu seseorang itu tiba. Matanya masih tajam merenung Maryam yang kelihatan sangat lemah itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
BIDADARI ; YUSUF'S
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES II وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَٰكِرِينَ ❝Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.❞ [al-Imran : 54] RAHSIA. LELAKI ITU PENUH RAHSIA SEHINGGA MENJERAT SEORANG FATIH...
