15-JUMPA

300 20 14
                                    

RAMBUT hitam pekat miliknya disisir kemas. Sesekali dia mengenyit mata ke arah pantulan diri sendiri di cermin besar itu.

Johan tersenyum.

Kacak woo!

Disebabkan hari ini hari pertama Johan ke pejabat daddynya, jadi debarnya lain macam. Wajahnya ditilik kali terakhir sebelum tangannya mencapai briefcase dan terus berlalu ke tingkat bawah.

Morning, mummy,” tegur Johan. Pipi si ibu dikucup sekilas. Roti bakar yang tersedia di atas meja diambil. Puan Suh tersenyum saja. Anak tunggalnya itu sudah besar, sudah mampu menjadi pengganti suaminya.

Sedih pula rasanya.

Satu-satunya anak lelakinya telah mencapai usia dewasa, dia akan menikahi seorang gadis dan meninggalkan dia dan suaminya di rumah yang besar ini.

Mum, why with that face? Are you okay?” Johan terus bangun mendekati Puan Sri Janirah. Sedap-sedap dia mengunyah tadi, tiba-tiba saja kedengaran suara tangisan.

Bahu si mummy dipeluk lembut, sambil tapak tangan membelai perlahan belakang Puan Suh.

“Kenapa ni, mummy? Han ada buat mummy terasa ke?” tanya Johan. Risau pula dia dibuatnya apabila Puan Sri Janirah terus-terusan menangis di dadanya.

Aduh, my. Basahlah baju anakmu ini.

“Han? Sayang? Eh, dah kenapa pula ni?” tegur Tan Sri Schalan. Dia baru sahaja turun ke dapur dan terus dihadiahkan dengan adegan jejak kasih di antara anak dan isterinya.

I don't know, daddy. Mummy tiba-tiba je menangis,” beritahu Johan. Wajahnya masih terbias riak kerisauan.

Tan Sri Schalan mencebik sedikit.

“Tak usah dilayan mummy tu. Dia sendu sebab kamu dah nak masuk kerja hari ini,” kata Tan Sri Schalan pula. Semalam pun mereka membicarakan hal yang sama. Melihat isterinya mengangkat wajah lalu membuat muka cemberut, dia tergelak perlahan.

Drama queen!

“Lah, my. Sebab tu je ke?” Johan bertanya. Pelukan telah dileraikan, namun tangannya masih di bahu si mummy.

“Iyalah, Han satu-satunya anak mummy dan daddy. Macam mana mummy tak sedih, hm?” kata Puan Sri Janirah, tangannya pula naik melekap di kedua pipi Johan.

Kacak sungguh budak seorang ini!

Mengenangkan cerita Johan beberapa hari yang lalu, dia jadi sedih lagi.

“Kesian anak mummy, kacak macam ni pun kena tinggal. Tengoklah, kalau mummy jumpa dia—”

My, we talked about this. Johan tak menyesal pun, better late then never, mummy. Kalau tak sampai ke sudah Han kena tipu. Mummy janganlah sedih sedih lagi. Han okay,” kata Johan. Bahu mummy diusap lembut.

Tahu yang mummynya marah, tapi apakan daya. Dia bersyukur sebenarnya, Allah tunjukkan dia semua ini. Walaupun perit untuk ditelan.

Tan Sri Schalan tersenyum.

“Ha dengar tu, sayang. You tak payahlah nak sedih sedih. Dia okay je, anak you tu dah besar panjang. Dah matang,” kata Tan Sri Schalan pula. Kali ini, dia bergerak memeluk bahu isterinya lalu ditarik ke meja makan.

Come, kita breakfast sama-sama. Hari ini, first day Johan masuk office. You must be a proud mum!” pujuk Tuan Suh, sesekali pipi isterinya dicuit manja.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now