54-MAAF

352 19 13
                                    

TRIGGER WARNING

ALDAN TERMENUNG SENDIRI. Sesekali bibirnya menarik senyum mendengar Mardhiyah ketawa bersama anak-anak Yusuf. Fikirannya menerawang jauh, dalam hati sudah tidak tenang sejak semalam. Sejak Yuta bawa dia berjumpa dengan Maryam semula setelah hampir enam tahun berlalu. Anak gadis mereka pun sudah genap 10 tahun.

Sekejap saja masa berlalu.

Terasa seperti semalam mereka berkahwin, mengandung dan melahirkan Mardhiyah ke dunia. Dia ingat setiap saat, dari yang paling manis dan sepahit hempedu pun dia ingat semuanya.

Maryam curang, Maryam dera Mardhiyah, Maryam hampir membunuh dirinya, dan apa yang mampu dia lakukan hanyalah memaafkan segalanya.

Dia akui, dia juga ada salah dan silapnya. Salah dalam mendidik isterinya. Dia yang gagal.

“Aldan,” tegur Zulaikha. Biarpun Aldan jauh lebih tua, tapi Yuta tetap menyuruh dia memanggil lelaki itu dengan nama saja.

Kaki cemburu rupa-rupanya.

“Makan dulu, Aldan.” Pinggan berisi kuih seri muka diletakkan di atas meja batu di halaman belakang rumah, mempelawa lelaki itu untuk minum petang. Aldan cuma pamerkan senyuman nipis.

“Terima kasih,”

Suasana jadi senyap semula. Aldan dengan dunianya sendiri dan Zulaikha yang senyap memerhati kanak-kanak itu bermain. Zulaikha kembali ke kehidupan lamanya. Ditemani anak buah Yusuf saja di rumah agam mereka itu.

“Macam mana Aldan jumpa Maryam?” Zulaikha bertanya tanpa sedar. Bila tersedar keterlanjuran dirinya, segera dia memohon maaf. Pasti perkara itu sensitif untuk Aldan.

Aldan tersenyum saja.

We were friends. Dari zaman sekolah lagi, I dengan Maryam dah lama kenal. Biasalah, kalau lelaki dengan perempuan berkawan mesti akan ada yang simpan perasaan. Bila dah besar, both of us decide to go on the next level. So, kami kahwin even though I know everything she did, everything she has been through. She told me everything,” panjang Aldan membuka bicara.

Zulaikha senyap saja mendengar.

“I thought I could fix her as I came from a broken family too. I understand. Maybe it's still my fault to not pay much attention to her. I should do better. I love her, so damn much. I care about her. But with all the things that happened before, dia jadi pendendam, tak nak terima kenyataan dan rasa diri dia pembawa malang. Bila Mardhiyah lahir dia rasa Tuhan tak adil pada dia. This marriage.. I sayang perkahwinan ni, I want to fix it..”

I thought it was us.. but it was just me.” Aldan tersenyum sendiri, tak sedar air mata sudah jatuh ke pipi. Dia bodoh, dia mengaku.

Kenapa harus menyakiti hati sendiri hanya kerana seorang perempuan? Tapi jika disakiti itu yang membuat dia bahagia, apa lagi jalan yang ada selain terima?

Dia tahu Maryam tidak terniat. Dia tahu isterinya itu sakit. Silap dia juga. Selama mereka berkahwin, solat dan ibadah entah ke mana. Agama tunggang langgang.

Jadi sekarang Aldan sudah bertekad, dia akan ubah dirinya dulu. Dia akan bantu Maryam, dia mahu berikan peluang lagi.

“Ego, dendam dan cemburu. It can make people the worst creature that ever exists.”

Zulaikha terdiam kali ini. Tidak tahu reaksi apa mahu diberi. Dalam hati, dia kagum. Kagum dengan lelaki seperti Aldan. Lelaki, selalunya akan kalah dengan ego tapi tidak lelaki yang di hadapannya sekarang.

“Yuta.. akan buat sesuatu yang teruk pada Maryam, kan?” tanya Zulaikha perlahan. Tahu gila suaminya itu bagaimana. Kalau perkara sudah lama disimpan, pasti akan teruk jika diluahkan.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now