03-PERCAYA

510 39 30
                                    

LANGKAH diatur lemah ke kafeteria sekolah. Bosan pula hidup dia tanpa Atiqah. Thaqief pula tak datang hari ni, susah dia nak bertanya. Nak call, topup pula habis. Badannya pun terasa lemah sangat hari ni. Rasa nak pengsan aje.

Baru dia ingin melepasi sebuah meja, lengannya tiba-tiba ditarik kasar.

“Kau kenapa ni, Han? Sakitlah!” Setelah mengenal pasti gerangan yang menariknya, dia bertanya. Johan tersengih sinis. Rambut yang mula panjang itu diraup ke belakang, bawah bibirnya dijilat.

“Bagitahu aku, duit siapa yang kau guna untuk bayar semua ni? Kau melacur, kan?!” Kuat suara garau itu bertanya sehingga berjaya menarik perhatian pelajar-pelajar lain. Mata Zulaikha membulat. Dah kenapa Johan tuduh dia tiba-tiba macam ni?

Terbantut terus niatnya untuk membeli makanan.

“Apa kau cakap ni, Johan? Duit? Duit apa? Kau jangan nak tuduh aku benda pelik-pelik!” Johan berdecit. Sampul surat yang tebal itu dibaling tepat ke muka Zulaikha.

Terpana gadis itu seketika.

Sampul yang tebal itu dikutip. Membulat matanya melihat isi di dalam. Lihat dari luar saja sudah dapat agak nilainya.

“Tak payah nak buat-buat tak tahu. Aku tahu, lelaki yang kau selalu jumpa malam-malam tu! Dia tu daddy sugar kau, kau mel-”

'pang'

Masing-masing terpaku dengan perbuatan berani Zulaikha.

Air matanya mula bergenang. Johan berdecit kasar. Isi dalam pipinya ditolak dengan lidah.

“Kau jangan nak tuduh aku yang bukan-bukan! Aku tak tahu pun ni duit siapa! Aku tak tahu duit ni untuk apa! Kalau betul pun kau benci sangat pada aku tak payah nak tuduh aku macam-macam!” Johan tersenyum sinis.

“Duit apa? Kau sedar tak keluarga kau selama ni bergantung pada keluarga aku? Keluarga kau tu miskin! Tak ada apa pun! Orang yang bagi aku duit ni kata yang dia nak bayarkan duit kononnya nak ganti balik apa yang keluarga aku bagi! Tapi setakat duit haram kau ni, aku tak kisahlah!” Air mata Zulaikha menitis jua.

Terasa seperti dikhianati. Rasa hina.

Suara-suara halus mula kedengaran. Mungkin baru tahu apa status sebenar keluarga Zulaikha.

Eh, hina sangat ke aku ni dekat mata kau? Lillahi taala, aku tak tahu pun siapa yang bagi duit ni pada kau!” Kata Zulaikha berani. Pandangan tajam Johan dibalas tanpa sekelumit pun rasa takut.

“Tak payah nak menipu lah!”

“Aku tak tipu!” Zulaikha pejam mata apabila Johan ingin mengangkat tangannya tinggi.

'buk'

Tubuh kecilnya jatuh menyembah tanah. Bibirnya meringis perlahan.

Sakit.

Johan bercangkung betul-betul di hadapannya.

“Aku menyesal ada kawan macam kau.” Kesal suara itu menutur kata. Kepala Zulaikha sempat ditunjal. “Aku bodoh sebab percaya orang yang bodoh macam kau!”

“Iya? Aku pun,”

Johan tersentak. Begitu juga Zulaikha. Perlahan mata dibuka memandang tepat ke arah figura yang menjadi tumpuan Johan.

Yusuf.

Lelaki itu berdiri tegak di suatu sudut sambil berpeluk tubuh. Dia berdecit sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali. Dia berjalan ke arah mereka membuatkan Johan bangun berdiri.

“Apa maksud kau, 'aku pun'?” Johan bertanya. Yusuf ketawa perlahan.

Sinis.

Kepalanya disengetkan, sengaja dia memandang ke arah Zulaikha.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now