YUTA MENGETAP ERAT bibir sendiri sedari tadi. Tak tahu mengapa tapi hatinya rasa terbakar pula melihat pasangan itu yang mesra bagaikan pasangan kekasih. Hatinya puas melihat wajah sugul Zulaikha awal-awal tadi tapi selepas beberapa minit ini Zulaikha dan Hans mula bergelak tawa. Bahagia sungguh lagaknya.
Hilang mood mahu berlatih menembak hari ini melihat dua orang itu bermesra. Memang dia yang memberi idea itu pada Maryam semalam tapi tak sangka pula sepupunya itu yang mendapat.
Eh, kenapa dia nak panas pula?
Panaslah kalau yang patutnya cemburu sekarang bukannya dia tapi Zulaikha.
“You, you okay tak ni?” tanya satu suara dari tepi bersama satu usapan di bahunya. Yuta merengus, bahunya digerakkan menepis usapan itu. Glock 17 di atas meja dicapai.
Bang!
Bang!
Bang!
Berdas-das bunyi tembakan terhasil selepas itu, menembusi papan yang berada lebih 50 meter jauhnya. Kuat dan tajam bunyi itu sehingga menarik perhatian Hans dan Zulaikha. Berkerut-kerut dahi Zulaikha dibuatnya, Hans pula hanya tersenyum lucu sambil memeluk tubuh.
Cemburu nampaknya si kunyit...
Dikerling sekilas wajah Zulaikha yang mula memucat, mungkin seriau dengan bunyi yang terhasil tadi.
“Are you alright, Tiha? Awak tak suka ya bunyi bising begini? Sorry..” Hans mendekat lalu tepi kepala Zulaikha yang tersarung hoodienya itu dipegang. Dia tahu Zulaikha sebenarnya wanita bertudung dan dia hormat semua itu.
Itu yang dia berikan hoodie miliknya pada wanita itu.
“Eh, ta-tak apa.” Zulaikha menolak sopan. Hans bukanlah lelaki yang kurang ajar atau jenis yang di luar jangka. Lelaki di hadapannya ini sangat menghormati wanita. Gaya bahasa yang digunakan pun lembut walaupun bahasa melayunya kedengaran pelat.
Bang!
Terhenti tingkah Hans ketika ada peluru dilepaskan betul-betul di sebelah kepalanya. Zulaikha yang terkejut tadi terus bertindak memeluk tubuh sasa Hans. Mata terpejam rapat.
Terkejut, takut semuanya ada!
Hans tersentak namun dia biarkan saja. Tangan yang tadi mahu menarik Zulaikha dijatuhkan ke belakang tubuh Zulaikha yang mula menggeletar itu. Matanya perlahan bergerak menatap Yuta yang beriak selamba walaupun rahang sepupunya itu jelas terketap garang. Lain yang dia mahu, lain yang jadi.
“Tiha, chill. You're gonna be fine,” pujuk Hans dan saat itu barulah Zulaikha tersedar. Terus tubuhnya dijarakkan daripada lelaki itu. Hans tersenyum. Sebotol air mineral dicapai dan dihulurkan kepada Zulaikha. Lambat lambat Zulaikha mahu mencapai.
“Te-terima kasih,” ucap Zulaikha lalu air mineral di tangannya diteguk laju.
“Sama-sama kasih,” Hans ketawa kecil. Kalau beginilah setiap hari, mungkin bahasa melayunya akan bertambah baik.
“Ma-maaf.. terpeluk awak tadi,”
“Nah, it's fine. I like it tho, you smell great,” usik Hans. Tapi dia tidak menipu, Zulaikha memang wangi!
“Saya tak suka cara awak bercakap..” tegur Zulaikha.
“What? I'm not a muslim, you are. Saya masih hormat awak, tadi tu kira emergency, right?” Hans berkata telus, tak marah atau terasa. Dia pun sukakan Zulaikha. Sudahlah cantik, kalau marah nampak comel sangat!

ANDA SEDANG MEMBACA
BIDADARI ; YUSUF'S
Storie d'amoreCOMPLETED BIDADARI SERIES II وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَٰكِرِينَ ❝Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.❞ [al-Imran : 54] RAHSIA. LELAKI ITU PENUH RAHSIA SEHINGGA MENJERAT SEORANG FATIH...