29-KISAH SILAM

329 18 13
                                    

TRIGGER WARNING

“MARLENE binti Razali, aku ceraikan kau dengan talak tiga. Aku nak kau keluar dari rumah aku!”

Bergetar bibir Nadir saat ayat itu meniti di bibirnya. Hati usah dikata, bagai disiat-siat rasanya. Hati lelaki mana yang tidak terluka melihat isterinya melakukan perkara terkutuk dengan ayah kandungnya sendiri?

Sakit sangat.

Lama dia bersabar dan tahan diri setiap kali ada gambar-gambar intim ayah dan isterinya dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali.

Dia tahu Kenji hanya mahu memprovok dirinya saja supaya mewarisi kumpulan itu. Ugut.

Tapi, ini.. depan matanya sendiri. Marlene benar-benar mengecewakan dia kali ini. Semuanya berlaku di bawah kesedaran mereka sementelah dia boleh mendengar suara tawa dua orang manusia keji itu.

Y—you..” Marlene pegang selimut yang melilit tubuhnya supaya tak melorot. Bapa mertuanya di sebelah dikerling sekilas. Lelaki itu hanya pamerkan wajah tenangnya.

“I am your son, papa! How dare you sleep with my own wife? She's your fucking daughter in-law!” tempik Nazir. Merah wajah dan matanya menahan amarah yang menggelegak panas.

This is my house, my room and my bed! How could you..” Nadir hilang kata. Tak percaya.

“Kanozyo ha atui desu..” selamba saja Kenji berkata. (She's hot)

Nazir genggam tapak tangan. Pantas lengan Marlene ditarik kasar lalu dihempaskan tubuh itu ke lantai.

“Kau pakai baju kau dan keluar dari rumah ni sekarang.” arah Nadir tanpa memandang sedikit pun wanita yang baru diceraikannya tadi. 

Dia jijik.

Kalau lelaki lain, mungkin dia boleh terima. Tapi bukan Kenji. Lelaki itu ayahnya!

Ayah kandung.

“Anata ha anata no tuma to arasugiru. kanozyo no you na yoi onnanoko ha odayaka na hito wo hituyou to si te i masu. Like me,” Kenji ketawa kecil. Langsung tak terkesan dengan situasi itu. (You are too rough with your wife. A good girl like her needs a gentle man.)

Memang ini yang dia mahukan. Baju disarungkan ke tubuh lalu dengan selambanya dia berlalu keluar dari bilik itu. Sempat bahu anak sulungnya itu ditepuk.

Nadir berdecit. Kolar baju Marlene ditarik sehingga wanita itu berdiri di hadapannya. Baru tangannya ingin menampar wajah itu, ada satu suara kecil menjerit.

Mummy!” Maryam segera berlari mendapatkan si mummy. Dipeluk tubuh itu erat, menghalang perbuatan ayahnya. Budak sepuluh tahun sepertinya mestilah faham apa yang Nadir ingin lakukan.

Ini kali pertama, Nadir menengking dan cuba memukul Marlene. Lelaki itu seorang ayah yang penyayang dan suami yang baik.

D—daddy janganlah pukul mummy.”

“Maryam!” seorang gadis berlari dengan agak kalut. Gadis itu cuba mendapatkan Maryam. Dia sudah diberitahu oleh Nadir tadi supaya menjaga Maryam, tetapi anak gadis itu berjaya melarikan diri daripadanya.

Nadir perlahan-lahan menurunkan tangannya.

She is not your mummy anymore.” dingin suara Nadir. Lengan Maryam ditarik ke arahnya lalu dengan paksaan tubuh kecil itu didukungnya.

“Yara, kemaskan barang saya dan Maryam. Kita akan pergi dari sini.” arah Nadir. Maryam mula meronta-ronta dalam pelukan Nadir.

Dia mahu mummy.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now