59-MAKAN

1.2K 32 5
                                        

MATURED

“ASSALAM-ARKH, SAKIT!” Terbongkok-bongkok Naz melihat kakinya, dia terpijak mainan.

“Abang, kenapa?!” Zulaikha yang sedang memasak itu berlari keluar dari dapur. Wajah yang mencebik sedih ditayangkan kepada Zulaikha.
 
Sah, ini Naz.

Terus dia memimpin Naz ke sofa di ruang tamu.

Tiga butang kemejanya dibuka dari atas. Dua orang si kecil itu hanya senyap memerhati, terkejut juga mendengar jeritan bapa mereka tadi.

“Aikha, sakit..” pinggang Zulaikha terus dipeluk dan wajahnya disembamkan pada ceruk leher isterinya. Rambut Naz diusap perlahan.

Mengada.

Sejak bila Naz rajin keluar siang pun dia tak tahu. Biasanya malam baru dia nak keluar menggatal dengan Zulaikha.

Sorry, Aikha tak perasan Naz balik.” Naz menggelengkan kepalanya.

“Naz yang careless, it's okay,” ucapnya perlahan. Dia tidak mahu salahkan sesiapa, lagipun dia hanya terpijak Lego, tak sakit mana pun.

Saja nak bermanja dengan isteri sendiri.

Naz mengangkat kepala apabila terasa ada sentuhan kecil pada kakinya, terus senyuman manis terukir di bibirnya.

“Babah..” Fathi mencebik sambil jari kecilnya mencucuk perlahan kaki Naz. Si adik pula telah selamat ke dalam pangkuan Zulaikha.

“Kenapa sayang babah ni?” tanpa menunggu, tubuh kecil itu diangkatnya. Terus leher Naz dipeluk erat.

“A-akit..” kata si kecil. Belakangnya terus ditepuk Naz perlahan.

“Sakit dekat mana?” tanya Naz lembut. Perlahan Fathi mengangkat muka, jarinya terarah pada kaki Naz. Tergelak kecil mereka berdua. Pipi tembam itu dicium bertalu-talu, rambut anak lelakinya diusap.

“Babah tak sakit dah..” Pipi Naz ditekupnya dengan senyuman manis sebelum pipi bapanya dicium lembut.

“N-nak..babah..” Fattah yang berada di pangkuan Zulaikha dipandang dengan healing smile nya. Fattah diletakkan di paha belah kanan dan Fathi di belah kiri. Tersenyum Zulaikha melihatnya.

“Naz, biar Aikha pegang Fathi. Tak berat ke?” Naz menggeleng tanda tidak mengapa.

“Tak apa, Naz tak kisah.” Tangan kecil milik anaknya dimain main dengan jari besarnya. Entah kenapa rasa sebak memenuhi dadanya. Dia tiada sewaktu isterinya perlukan dia, dia rasa tidak berguna. Sungguh tidak berguna.

Ini semua salah Yusuf.

Tapi dia bersyukur, Allah tetap bagi dia peluang untuk mereka bersama kembali.

“Janganlah menangis..” satu suara memujuknya dari tepi, terasa ada lengan yang melingkari pinggangnya. Naz tersenyum nipis. Mata yang berkaca tadi mula mengering. Tangan Zulaikha di perutnya disentuh.

“Naz masih marah dengan Yusuf ke?” Zulaikha ketawa. Pipi Naz dikucup sekilas. Naz tergelak kecil. Tak marah, geram sikit saja.

“Terima kasih,”

“Sama-sama,” pipi Naz dikucup lagi.

“Bubu.. nak ki-ssh..” Zulaikha tunduk memandang Fathi. Jari kecilnya menunjuk pipi sendiri.

“Fathi, nak apa?” tanya Zulaikha, buat-buat tak tahu. Wajahnya bertukar cemberut. Anak kecil itu mula merengek.

“Nak kissh! Babah, engok bubu!” adunya pada Naz. Tangan kecilnya menepuk-nepuk dada babahnya supaya memberikan dia perhatian.

BIDADARI ; YUSUF'S Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang