56

372 25 4
                                    

SEHARIAN INI YUTA hanya meluangkan masa bersama Zulaikha. Berkepit saja dengan isterinya itu dari pagi sampai ke malam. Anak-anak kembar mereka itupun diasuh oleh Damian.

Yuta memang memanfaatkan masa yang ada sesungguhnya.

“Awak.. kita keluar jumpa anak-anak dulu boleh? Mesti dia orang rindu sangat pada awak..” pujuk Zulaikha lagi. Yuta geleng buat kesekian kalinya, pelukan di tubuh Zulaikha dieratkan dan wajahnya disembam rapat pada dada wanita itu.

Zulaikha mengeluh kali ini.

Liat sungguh Yuta mahu bangun, mahu diajak solat dan makan pun sama. Solat apatah lagi, malas nak solat tapi tak mahu Yusuf keluar. Jadi, dia paksa juga si suami kesayangannya ini untuk menunaikan solat.

“Temanlah aku lagi. Bukannya aku suruh kau 'layan' aku pun, cuddle je..” Yuta merengek. Kepala digeleng lagi tanda protes. Tak mahu Zulaikha berjauhan darinya.

Tak puas lagi mahu bermanja.

“Tak nak jumpa anak-anak?”

Yuta terdiam seketika sebelum menggeleng.

“Nanti dia orang rampas kau..” Yuta mencebik kecil. Zulaikha tahan ketawa mendengarnya, kalau ketawa mahunya dia dimarahi. Tangan naik mengusap lembut rambut panjang Yuta lalu dikucup sayang ubun-ubun lelaki itu.

“Kata nak anak lagi, tapi dengan anak sendiri pun awak nak cemburu,” usik Zulaikha. Sesekali pipi Yuta dicubit lembut.

Yuta senyap.

Seketika kemudian, kepalanya diangkat dan matanya menatap lurus ke arah Zulaikha. Tak berkelip langsung matanya.

“Kalau aku keluar layan anak-anak sekarang, kau nak bagi aku anak lagi lah maksudnya, kan?” senafas Yuta bertanya. Mata dikelip-kelipkan penuh harapan. Senyuman pula sudah melebar sampai ke telinga.

Zulaikha garu kepala. Ya Tuhan..

Diangguk juga kepala, mengiyakan kata-kata suaminya. Pantang sungguh disebut tentang itu.

“Ya, nanti.. kita bincang semula. Sekarang ni, kita keluar dulu. Kesian dekat anak-anak..” pujuk Zulaikha. Sambil itu rambut Yuta diusap perlahan dengan jari.

Yuta bangun juga akhirnya. Laju saja langkahnya ke arah closet, mahu memakai baju. Zulaikha duduk di birai katil, menunggu Yuta bersiap. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan. Dah agak mesti Yuta faham lain kata-kata dia tadi.

Ingat nak pujuk saja, tak sangka Yuta tidak main-main tentang topik 'adik' kepada kembar itu.

“Jom, aku dah tak sabar nak ada baby lagi. Cepat!” Yuta tarik tangan Zulaikha untuk bangun. Mereka sama-sama keluar dari bilik.

Zulaikha hanya mampu tergeleng sahaja. Nak membantah nanti mengamuk pula lelaki itu.

“Fathi? Fattah?” Yuta dan Zulaikha memanggil namun tidak kelihatan lagi kelibat dua orang ketot itu. Selalunya bila dia buka saja pintu berlari-lari kembar itu mencarinya.

'ting'

Notifikasi masuk. Zulaikha capai telefon di dalam poket seluar. Ada pesanan dari Damian.

‘Aku bawa budak-budak jumpa Han, tadi aku call Yuta tak angkat’

Zulaikha halakan skrin telefon pada Yuta. Lelaki itu senyap sebentar sebelum berdecit sinis.

“Suka hati je nak rampas anak-anak kita. Naz dah kata dia cuba nak-”

Pipi Naz ditekup.

Bila masa pula dia bertukar ni? Zulaikha tak sedar langsung! Benarlah cemburu lelaki ini jangan dibuat main. Nampak macam tak terkawal saja.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now