06-A LESSON

369 25 7
                                    

TRIGGER WARNING

WAJAH yang berpeluh dingin disapu kasar. Perempuan yang masih terikat di atas kerusi itu direnung sinis. Topeng muka yang menyimpan kemas wajahnya daripada pandangan si isteri dibuka.

Oh, rindunya dia hendak melakukan semua ini.

Dah lama tak bau darah.

Tajam mata coklat tuanya menikam wajah yang sudah penuh dengan lebam itu. Kemudian bibirnya mengherot sinis.

Naz mencebik pula.

Pity you!

“Alia Najlaa.. you really know how to make me mad. Padahal kita tak kenal each other pun!” ujar Naz. Tangannya ditepuk kuat tanda bangga dengan 'pencapaian' gadis itu.

Naz mendekat. Wajah Alia dicengkam sehingga terbentuk kerutan di dahi licin itu.

“An-angan.. olong aya..” rayu Alia perlahan. Naz mendecit lantas menarik kasar kain yang disumbat ke dalam mulutnya.

Ada tompokan darah di situ kesan tumbukan padu anak buahnya tadi.

Ah, biarlah. Memang dia mahu Alia sakit.

“T-tolong..” mengalir laju air mata Alia saat dia merayu pada Naz.

Naz buat tak layan.

'pak'

Rambut Alia dicengkam kasar sehingga terdongak kepala itu ke atas.

Now, let me ask you, bitch. Masa Zulaikha aku suruh kau berhenti, ada kau dengar?” cukup perlahan suara itu berbisik.

Namun, cengkaman di tangannya semakin kuat. Bergema nyaring jeritan Alia di gudang besar itu.

Naz pejam mata serentak itu rambut Alia dilepas kasar. Telinganya ditekup dengan wajah bengang. Rambut yang sedia serabut itu diselerakkan lagi.

Semak.

Serabut.

“Bisinglah, sial! Semak kepala otak aku ni!” marah Naz. Pisau lipat yang terselit di poket seluar dibawa keluar.

“A-apa.. kau na-” Naz tahan Alia bersuara. Jari telunjuknya digoyangkan di hadapan wajah Alia. Bibirnya mengukir senyuman.

Kelihatan jahat dan penuh muslihat.

Shh.. shh.. Janganlah bising. Now, let me teach you a lesson. I'm the teacher and you're the student who should obey me.”

Pipi Alia diusap lembut sebelum bertukar kasar dan menyakitkan. Dicekup kemas sehingga bibirnya terbuka sedikit. Pisau lipat tadi dibuka dan..

Argghhhh.. arkkhhh..”

'puk'

Terjatuh lidah itu ke atas lantai simen. Darah mengalir laju dan ada yang terpercik sehingga terkena pipi Naz.

Naz ketawa.

Puas.

Tapi itu tak cukup.

“Lidah kau ni lagi tajam dari pisau aku.. dan untuk itu kau menang. Eh! Dah bisu.. hahaha..”

Naz ketawa sinis.

Tubuh lemah Alia ditumbuk dan ditendang beberapa kali sehingga tubuh itu terkulai lemah.

'buk'

“You called my wife a slut.”

'buk'

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now