DUA TAHUN KEMUDIAN
CEPAT sungguh masa berlalu. Bila diingatkan semula, spontan bibir Zulaikha mengukir senyuman tipis. Dua tahun, bukan masa yang sekejap tetapi terasa terlalu cepat untuk dia mengalah.
Yusuf tunggu dia bertahun, jadi tak salah untuk Zulaikha juga makan masa bertahun untuk menunggu lelaki itu.
Bukannya dia tak berusaha, pernah saja dia pergi ke pejabat Yusuf. Tapi, kelibat suaminya itu tiada di situ. Malah, wajah-wajah di hotel itu langsung dia tidak pernah nampak.
Seakan-akan, Yusuf Nazryn itu tidak wujud.
“Bubu!” tersentak Zulaikha ketika kedua belah kakinya dipeluk 'sesuatu'. Terus kepala menunduk memandang anak kembarnya yang sudah tersenyum lebar.
“Ah.. birthday boys ibu dah bangun? Alolo.. comelnya dia!” Zulaikha terus bercangkung di hadapan kedua anak kecil itu. Tubuh Fathi diangkat duduk di atas kerusi di dapur sebelum diangkat pula tubuh Fattah untuk diletakkan di sebelah abangnya.
“Kiss untuk Fathi, kiss untuk Fattah!” ketawa dua budak kecil itu apabila pipi tembam mereka dicium si ibu. Leher Zulaikha terus dipeluk erat.
“Kishh tuk bubu!” (Kiss untuk ibu!)
Kedua belah pipi Zulaikha diciumnya. Reda sajalah bila pipinya basah dengan air liur. Sudahlah dua orang ini masih belum mandi lagi.
Kedengaran tawa ceria tiga beranak itu.
“Eh, awalnya bangun?” tegur Atiqah melangkah ke arah dapur. Mendekati tiga beranak itu. Zulaikha tersenyum mesra.
“Teruja sangat nak sambut birthday, kan?” Zulaikha menyoal si kembar itu. Masing-masing senyum menampakkan gigi. Pipi tembam itu juga naik menyepetkan mata.
Comel!
“Biday!” jerit Fathi sambil kedua tangannya diangkat ke udara. Fattah terus menoleh dan melakukan yang sama. Dia jenis yang mengikut, apa yang Fathi lakukan, itulah yang diikut Fattah.
“Piday!”
Atiqah dan Zulaikha sama-sama ketawa.
“Eh, comelnya! Geram aunty tengok...” Atiqah kemam bibir. Pipi Fathi dan Fattah dicubit lembut. Tersenyum saja budak berdua itu.
“Okay, cinta hati ibu. Jom kita mandi dulu boleh? Dah besar kenalah wangi wangi,” kata Zulaikha. Serta merta wajah kedua-dua anaknya berubah. Kalut mereka cuba turun dari kerusi itu. Zulaikha yang melihat hanya pasrah saja.
“Yayi!” (Lari!)
Tiada tanda-tanda Zulaikha mahu menghalang walaupun gaya anak-anaknya seperti nak lari tetapi turun dari kerusi pun sudah memakan masa seminit.
“Ya Allah, budak berdua ni. Liat betul nak mandi,” bebel Zulaikha perlahan. Atiqah senyum saja.
“Tapi, sumpah comel Ika! Geram je tengoknya,” geram Atiqah memuji.
Zulaikha tergelak kecil mendengarnya. Atiqah tak sedar ke yang anak-anak kembarnya juga comel? Lincah bukan main. Itu kalau bergabung memang boleh terbakar rumah, tambah lagi dengan Muhammad.
Fuh!
“Ayyan dengan Ariana tu pun comel juga. Dah, sekarang kau nak tolong aku tak?”
“Eh, mestilah nak!” teruja saja Atiqah mengambil apron di tangan Zulaikha.
Sementara Atiqah dan Zulaikha sibuk memasak di dapur, dua orang kembar yang sedang berlari itu terhenti bila ada sepasang lagi kembar berdiri di hadapan mereka dengan lagak seperti polis.
YOU ARE READING
BIDADARI ; YUSUF'S
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES II وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَٰكِرِينَ ❝Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.❞ [al-Imran : 54] RAHSIA. LELAKI ITU PENUH RAHSIA SEHINGGA MENJERAT SEORANG FATIH...