51-BAHAGIA

416 21 20
                                    

“AKU NAK KAU balik rumah dulu buat masa sekarang, aku ada kerja. Sini tak selamat,” kata Yuta sambil menyarungkan baju ke tubuh. Matanya memerhati Zulaikha dari cermin besar di hadapannya.

Zulaikha kemam bibir bersama kerutan di dahi. Naik pelik dia dengan tingkah Yuta. Semalam, lelaki itu baik-baik sahaja. Hari ini tiba-tiba dingin dengannya semula.

“Tapi-”

No buts, Zulaikha. Pergi bersiap, aku hantar kau balik Malaysia.” Yuta kemaskan jaket denim di tubuhnya lalu berpusing memandang Zulaikha yang sedang duduk di birai katil. Dibuka langkah mendekati wanitanya itu.

Dagu si isteri ditolak mendongak membalas pandangan matanya. Jelas, mata wanita itu sudah berkaca dan penuh dengan air mata. Perlahan tubuh direndahkan dan wajah Zulaikha ditekup lembut.

“Aku pergi tak lama, aku janji. Anak-anak mesti dah rindukan kau,” kata Yuta dan saat itu juga air mata Zulaikha jatuh.

“Ta-tapi, awak..” Zulaikha terdiam bila Yuta mencium lama dahinya lalu turun ke pipinya yang masih basah kerana air mata.

“Nanti aku jumpalah dia orang sekejap. Cepat kau dengar cakap aku, cepat aku buat kerja, cepatlah aku balik. Kerja aku kali ni penting,” nadanya mendatar tapi Zulaikha tetap rasa terpujuk.

Hujung baju Yuta digenggam erat dan kuat. Sebelah lagi tapak tangan melekap pada belakang tangan Yuta di pipinya.

“Janji?”

“Aku janji,” Yuta berjanji. Satu tentang dia, tak kira apapun berlaku dia memang jenis yang menepati janji.

And, now kau kena bangun dan bersiap kemas pakaian. Aku nak bawa kau balik,” dengan selamba tangan diselit di celah ketiak Zulaikha dan tubuh itu didukungnya.

Zulaikha terjerit kecil. Laju tangannya merangkul leher Yuta kerana terkejut. Sudahlah dia menahan malu kerana lelaki itu mendukungnya seperti bayi.

“Boleh lah aku practice sebelum dukung anak aku nanti. Huh, tapi berat juga kau, ya?” Yuta berkata. Zulaikha ketawa dengan wajah merahnya. Bahu Yuta ditepuk perlahan.

Langkah dibuka ke arah almari pakaian. Yuta dengan sabarnya menanti Zulaikha mengambil baju dengan dia yang masih mendukung wanita itu. Kadang dia kena menunduk, berdiri semula namun Yuta tak mengeluh. Dia layankan saja Zulaikha.

“Dah?”

Zulaikha mengangguk saja. Apabila Yuta mahu meletakkan dia ke atas katil, Zulaikha menggeleng lalu diketatkan pelukan pada leher Yuta.

Yuta duduk di birai katil, sempat punggung Zulaikha ditepuk. Zulaikha terus menjegilkan mata.

“Mengada!”

Zulaikha memeluk tubuh itu dengan erat membuatkan Yuta tertelan liur sendiri. Rapatnya pelukan itu sehingga perut mereka bertemu.

“Zu-zulaikha, kita dah lewat. Cepat kemas,” tepi pinggang Zulaikha ditepuk perlahan mahu wanita itu bangun dari ribanya.

Zulaikha tersengih di sebalik bahu Yuta. Malu rupanya si kuat merengus ini.

Hmm.. seronoknya kalau dapat peluk awak seharian macam ni..” wajahnya digesel manja pada bahu Yuta. Yuta mendongak sambil rambutnya dikuak ke belakang.

Tak boleh jadi kalau begini.

Zulaikha pejam mata menikmati pelukan hangat itu, apatah lagi bila tangan Yuta naik mengusap belakang badannya. Rasa mahu tidur pula.

“Kenapa sayang manja sangat ni, hm?” bisik suara garau itu perlahan. Zulaikha serta merta membuka matanya. Ditolak bahu suaminya menjauh mahu menatap seraut wajah kacak itu.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now