BANGUN SAJA DARI tidur, Yusuf sudah tiada di sebelah. Tadi selepas solat subuh Zulaikha terus tidur semula, mungkin penatnya lebih. Yusuf juga suruh dia berehat hari ini. Mungkin suaminya itu sudah pergi ke-
“Sayang, are you awake?” tanya Yusuf di muka pintu. Zulaikha angkat saja muka, kelibat Yusuf yang sedang membawa dulang makanan menyapa pandangan.
“Abang..” tak sempat menghabiskan ayat, suara kedua anak kembarnya kedengaran pula.
“Bubu!”
“Bubu dah angun? Windunya bubu..” terkedek-kedek Fathi berlari ke arah katil. Yusuf yang melihat sudah tergeleng-geleng. Lucu rasanya melihat Fathi cuba memanjat katil bersaiz king itu. Dia rindukan bubu, pagi tadi waktu dia bangun, Yusuf yang siapkan mereka berdua.
Fattah cuma senyap memerhati sambil sebelah tangan menggenggam seluar Yusuf. Dia ikut saja langkah babahnya ke katil.
Yusuf letak dulang makanan di meja night stand lalu melabuhkan punggung di birai katil di sebelah Zulaikha yang sedang meriba Fathi. Fattah pula diangkat duduk di ribanya. Cepat saja anaknya itu melentokkan kepala di dadanya.
“Sayang okay? Nak makan sekarang?” prihatin suara Yusuf bertanya. Tangan juga ringan mengusap jemari si isteri dengan lembut.
Zulaikha senyum dulu sebelum angguk.
“Sayang okay, abang.”
Yusuf tersenyum lega.
“Lega abang dengar. Abang takut dan risau sangat kalau abang ada berkasar atau memaksa sayang malam tadi. Kita.. dah lama tak bermanja, abang takut abang tak boleh kawal diri.” Serba salah Yusuf. Sampaikan pagi tadi pun, Zulaikha tak larat mahu bangun untuk mandi dan solat. Semua dia yang uruskan.
Zulaikha yang mendengar sudah berbahang wajahnya. Tiba-tiba segala sel-sel otak mengimbas kembali peristiwa semalam. Liur diteguk perlahan.
“T-tak apa..”
“Bubu nanak mamam?” tiba-tiba suara Fattah kedengaran. Dari tadi dia lihat saja, nasi goreng yang Yusuf bawa tadi. Tak bersentuh pun.
Zulaikha tersenyum lalu mengangguk.
“Fattah nak suap ibu ke?” laju saja si kecil itu mengangguk. Terus dirinya turun dari pangkuan Yusuf dan berjalan mengambil pinggan berisi nasi goreng itu. Yusuf tersenyum, sambil itu dia tolong pegangkan bahagian bawah pinggan. Risau jika terjatuh.
“Bishmiyah..” pelat suara Fattah.
“Bismillah..” Yusuf turut melafazkan basmalah. Saja dia perbetulkan bacaan Fattah, tak mahu anak-anaknya terbiasa dengan sebutan pelat.
“Aaa.. bubu buka muyut!” Fathi mengarah. Jari kecilnya mencuit cuit pipi Zulaikha. Zulaikha tergelak kecil. Ish, comel!
Tersenyum Zulaikha menerima suapan Fattah. Tersenget-senget kepala Zulaikha ketika itu, mungkin tangan si kecil itu masih belum kuat lagi. Maka suapannya pun asyik tersasar. Yusuf tersenyum melihat itu.
Tepi bibir Zulaikha yang comot disapu dengan ibu jari sebelum dibawa ke mulutnya. Merah muka Zulaikha dengan tingkah Yusuf.
“Bubu.. nape ni?” Fathi bertanya sambil jari telunjuknya menekan 'sesuatu' pada leher Zulaikha. Mendongak kepalanya menunggu jawapan dari si bubu. Fattah yang tadi sibuk menyuap pun turut memandang ke arah leher Zulaikha yang dipenuhi lebam.
Hmm, nampak menakutkan.
Tak berkelip matanya. Zulaikha pula sudah mengeras di tempatnya duduk. Dia nak jawab apa? Tak berani pula nak memandang Yusuf yang jelas-jelas sedang tersenyum mengusik ke arahnya.
YOU ARE READING
BIDADARI ; YUSUF'S
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES II وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَٰكِرِينَ ❝Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.❞ [al-Imran : 54] RAHSIA. LELAKI ITU PENUH RAHSIA SEHINGGA MENJERAT SEORANG FATIH...