MATURED
YUSUF tolak daun pintu.
Sunyi. Padahal sekarang baru jam sembilan malam. Dah tidur ke si Kasyaf? Rasanya tadi, dia ada pesan yang dia balik mahu mengambil barang.
'ting'
Satu mesej diterima.
—Kasy
'Yusuf, baba aku tak sihat jadi aku balik rumah. Maaf tak bagitahu kau awal.'
Pesanan itu dibalas dengan 'okay' saja sebelum Yusuf melangkah ke tingkat atas. Sampai saja di hadapan pejabat miliknya, suara Zulaikha memanggil seseorang dari dalam bilik kedengaran. Berkerut dahi Yusuf.
Bukan dah balik ke si Farhah tu..
Tak jadi mahu melangkah ke bilik kerjanya, Yusuf masuk ke kamar utama itu. Diperhatikan sekeliling namun dia tak nampak bayangan Zulaikha.
“Farhah? Awak ada tak kat luar?” bergema suara itu sepertinya dari dalam tandas. Yusuf senyap saja sambil berjalan ke arah katil. Tubuhnya direhatkan seketika dengan mata terpejam.
Ah, leganya..
Sekejap saja dia berbaring sebelum Yusuf bergerak ke sliding door. Lelaki itu termenung sendiri sambil menyandarkan tubuh pada penghadang. Menikmati kedinginan angin malam.
Hari ini, hari yang panjang.
“Saya keluar, ya?” masih tiada sahutan.
'klak'
Zulaikha gosok lengan sendiri kerana angin sejuk yang terhasil dari penghawa dingin menyapa kulitnya. Mana taknya sepuluh minit juga dia duk merenung diri dalam tandas tadi. Keluar saja, rasa seperti seluruh kulitnya terekspos dengan udara sejuk itu.
“Farhah, mana awak?” panggil Zulaikha. Diperhatikan sekeliling namun tiada siapa kecuali dia di situ. Hujung lingerie ditarik tarik mengharapkan pahanya tertutup sedikit. Terkepit-kepit Zulaikha berjalan sehingga ke tengah bilik.
Zulaikha gigit bibir selepas perasan yang pintu gelangsar balkoni terbuka.
“Far—”
Kedua-duanya terdiam. Berdiri statik dan saling berhadapan. Mata Zulaikha membulat sempurna. Yusuf telan liur berkali-kali. Bergerak-gerak halkumnya menatap atas bawah tubuh Zulaikha yang tersarung gaun tidur yang cukup mencabar nafsu itu.
“A—awak..” tegur Zulaikha. Mahu mengalihkan perhatian Yusuf yang sibuk melirik ke tubuhnya dan ia berjaya. Lelaki itu mengangkat wajah, menatap datar wajah Zulaikha.
Yusuf berdehem, dia menunduk seketika lalu rambut dikuak ke belakang.
“Ehem, a—aku nak pergi ambil barang sekejap.” kata Yusuf. Kening Zulaikha berkerut. Yusuf.. tak tergoda dengan dia atau apa?
Tiba-tiba rasa tercabar pula. Dia ingat senang ke nak pakai macam ini.
Saat lelaki itu melintasi tubuhnya, pantas Zulaikha melelar lengan sasa itu supaya berhenti dan menghadapnya.
“Nak pergi mana?” tanya Zulaikha. Tidak cukup lengan kanan yang dipegang, Zulaikha mencapai pula lengan kiri. Yusuf menatap lurus ke matanya, tak meliar seperti tadi.
“Aku balik nak ambil barang, lepas ni aku keluar semula,” kata Yusuf. Baru dia mahu menoleh, Yusuf terkejut apabila Zulaikha bertindak merangkul lehernya. Kuat Zulaikha merangkul sehingga badan Yusuf membongkok.
Pinggang Zulaikha dirangkul kemas. Kalau dia tak dapat stabilkan tubuh, mesti mereka berdua sudah jatuh.
“Zulaikha! Kita boleh jatuh kalau aku tak—”

YOU ARE READING
BIDADARI ; YUSUF'S
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES II وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَٰكِرِينَ ❝Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.❞ [al-Imran : 54] RAHSIA. LELAKI ITU PENUH RAHSIA SEHINGGA MENJERAT SEORANG FATIH...