04-JANJI KITA

471 35 16
                                    

ZULAIKHA genggam erat beg di ribanya. Matanya tidak duduk diam memerhati kawasan sekeliling. Terangnya hanya bercahayakan lampu jalan yang malap sahaja. Sunyi dan sejuk. Zulaikha hela nafas, penat ditubuhnya diabaikan. Dia harus selesaikan semua.

Hari ini juga.

Lama dia begitu sebelum pandangannya terjatuh pada telefon yang bergetar.

ABAH

Panggilan itu segera diangkat. Zulaikha kemam bibir rapat.

“Abah, Ika okay je ni. Tak ada yang perlu dirisaukan.” balas Zulaikha apabila bapanya bertanyakan keadaannya.

“Cakap dekat abah kau, aku ada dengan kau.”

Terhinjut bahu Zulaikha apabila Naz menegur dari kiri. Bangku panjang itu diduduki sebelum telefon Zulaikha dirampas.

“Abah, saya ada dengan Ika. Nanti saya hantar dia balik, jangan risau. Saya pinjam anak abah sekejap.” terang Naz. Dia tahan senyum apabila Zulaikha memandangnya tak berkelip.

“Ya, abah. Assalamualaikum,” Naz letak panggilan. Dia pandang Zulaikha.

“Kenapa kau tak balik lagi? Dah lewat ni, Zulaikha. Pergi balik—”

“Sa-saya.. tak nak kita berjumpa lagi dah lepas ni.” kata Zulaikha laju. Percayalah, sembilan perkataan itu betul-betul merentak tangkai hati Naz. Keningnya berkerut dan bicaranya putus.

“Saya nak ini jadi pertemuan terakhir kita. Lepas ni, saya mungkin akan sambung belajar. Kita tak perlu lagi berjumpa, lagipun tak elok untuk kita keluar malam-malam macam ni. Tak manis. Saya harap awak faham. Saya tak nak kalau disebabkan saya, awak difitnah dan terpalit sama dengan masalah saya. Jadi, terima kasih untuk dua tahun ni. Saya betul-betul hargainya, terima kasih sangat. Mungkin saya dah mati kalau Allah tak kirimkan awak waktu tu.” tutur Zulaikha ikhlas.

Dia fikir semua ini akan jadi mudah, namun dia sendiri yang mengkhianati dirinya. Sakit. Hatinya sakit.

“Apa kau cakap ni, Zulaikha?” soal Naz dengan suara yang berat. Hampir saja tak terkeluar suaranya.

Zulaikha tidak menjawab sebaliknya dia terus bangun dari duduknya dan bersedia untuk pergi. Naz turut bangun dan langkah Zulaikha diikut.

“Zulaikha!” panggil Naz. Zulaikha segera menoleh. Mata gelap Naz ditatap dalam.

“Saya dah cakap dengan jelas, Naz. Saya tak nak ada kena mengena dengan awak lagi. Tolonglah..”

Naz terdiam. Rasa terpukul.

“T-tapi.. kenapa?” lirih suara Naz bertanya. Dia tak pernah rasakan ini.

Selama hidupnya, tak pernah.

Dia Naz, apa yang dia mahukan mesti dia akan dapatkan.

“Keadaan kita sekarang mungkin boleh timbulkan fitnah, Naz.” balas Zulaikha.

Naz hela nafas. Macamlah dia tak tahu apa yang membuatkan Zulaikha berfikir sedemikian. Dia melangkah mendekat.

“Kau tak percayakan aku?”

“Kau ragukan aku, Zulaikha?”

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now